PENULIS:AL-FAQIR ILA ALLAH MOHD BUKHARI BIN HASHIM
Slot 1
Muqaddimah
Setelah berlalunya pemukiman kehidupan matrikulasi setahun lepas, terasa terpanggil untuk diriku menulis mengingati diriku dan ashabku (MY TEAM) selaku insan yang pernah menghirup udara segar atmosfera matrikulasi tentang nikmat ukhwah bersama dan justifikasi kehidupan kami selepasnya.
Pelbagai duri kaca perjalanan serta manisan madu gula yang menggamit hati untuk dimuhasabah kembali. Persoalan yang ingin dikemukakan penulis dalam tulisan ini merangkumi dua aspek, pertama mengimbau kembali asas-asas kenangan serta faktor pemangkinnya dan kedua rintangan yang bakal melanda amilin jalan itu untuk meneruskan landasan titian hidupnya.
Kenangan Terindah Kami
Murshid yang mengambil berat keatas diri kami
Antara faktor dominan yang menjadikan diri penulis dan ashab kekal dalam perjuangan adalah adanya mudarris (pengajar) yang bersifat mursyid (penasihat), murabbi (pentarbiyah), muaddib (pembentuk akhlak) dan muallim (pemberitahu).
Mereka sentiasa mengambil berat tentang kami sama ada dari sudut fizikal kami seperti sakit sihat kami, permasalahan pembelajaran, kewangan, pergaulan dan kepimpinan serta sudut rohani kami seperti solat dan amalan agama kami.
Apabila mereka melihat kami jauh dari ALLAH mereka akan terus menasihatkan kami, bila kami murung akan mendekati kami, bila kami jarang bersamanya akan bertanya kemana kami pergi serta permasalahannya, bila kami kekurangan idea serta kelemahan gerak kerja, mereka akan membantu serta membangunkan diri kami.
Inilah diantara penulis rasakan kehilangannya ketika ini bila tiada penasihat yang memberi sumbangan seperti mereka. Terima kasih semua murabbiku, andalah permata mutiara pembakar semangat kami (Dedikasi khas buat semua pensyarah khususnya Ustaz Ghazali dan Ustazah Rosma)
Variasi program tarbiyah membangunkan kekuatan individu muslim
MY TEAM bukan sahaja memfokusi terhadap pembentukan ruhiyah diri individu malahan menekankan keperluan-keperluan tarbiyah lain yang dituntut ke atas individu muslim.
Masjid sebagai tempat penyatuan, pangkalan strategi gempur, kem pembangunan kepimpinan dan pelbagai aspek lain diguna pakai untuk memastikan ahli MY TEAM yang bekerja di jalan ini mengetahui bahawa segala perbuatannya adalah ubudiah (perhambaan) kepada Pemilik Alam Ini dan Raja Segala Raja yakni ALLAH.
Kita bukan sahaja menekankan solat berjemaah,berzikir,solat nawafil dan membaca zikir-zikir lain seperti Al-Quran dan Al-Mathurat malah dalam aspek kekuatan fizikal seperti bermain di padang, kemahiran menguasai massa dan percaturan kolej, kekuatan menghadapi tekanan, persediaan akademik
Keterlibatan aktif MY TEAM dalam aktiviti kolej
Perlu diingati bahawa sejarah MY TEAM pernah memenangi tempat ketiga bola tampar lelaki dan perempuan (saya ingat muslimin je) serta melayakkan diri ke separuh akhir bola sepak Karnival Kokorikulum Kolej Matrikulasi Pahang. Malah MY TEAM mempunyai wakil yang hebat dalam sukan golf (cuba teka siapa...) dan wakil dalam sukan skuasy.
Bukan sahaja di padang, malah dalam arena pentas MY TEAM pernah menghantar 2 pasukan pantun dan satu pasukan debat ke pertandingan kolej sehinggakan layak ke pertandingan separuh akhir (dalam perkara ini penulis adalah insan yang sentiasa berjaya menarik diri dari berada di atas pentas, minta maaf ashabku sekalian.
Bukan itu sahaja, malah dalam aktiviti kemasyarakatan MY TEAM menjadi juru bicara ummah sentiasa memberi perhatian kerana sedar perbuatan dapat mengatasi lisan yang bercakap.
Jadi MY TEAM sentiasa menjuarai isu kebajikan seperti menghantar wakil ke Kedah selama seminggu dalam Program Anak Angkat, menghantar sebahagian besar ahli ke Program Pembersihan Makam Mat Kilau dan pelbagai aktiviti kebajikan kolej seperti mengutip derma untuk pelajar kesulitan.
Bersambung Slot ke 2....
**tulisan ini tidak bertujuan untuk membangga-banggakan kumpulan. Harapan pihak SA ialah pembaca dapat menceduk ilmu dan semangat MYTEAM agar dapat membina satu kumpulan yang jauh lebih baik, insya Allah