31 March 2009

KEPIMPINAN JAMA'AH: KUALITI DAN PEMBINAANNYA

dipetik dr http://www.takwinfardilmuslim.blogspot.com/

KEPIMPINAN PAS : KUALITI DAN PEMBINAANNYA

MUQADDIMAH
' Dan Kami jadikan di kalangan mereka pemimpin-pemimpin yang memimpin dengan urusan Kami tatkala mereka bersabar dan adalah mereka dengan ayat-ayat Kami mereka yakin '
( As Sajadah : 24 )
Kepimpinan jama'ah adalah unsur tanzim yang yang sangat dharuri. Ianya terbentuk bagi memenuhi keperluan dan matlamat perjuangan jama'ah. Maka sudah pasti , ia mempunyai kualiti-kualiti tertentu dan kaedah pembinaan tersendiri.

LATARBELAKANG

* PAS adalah sebuah jama’ah yang beridentitikan harakah Islamiyyah.
* PAS juga berdaftar sebagai sebuah parti politik yang membawa dasar-dasar
perjuangan Islam.
* PAS mempunyai struktur organisasi yang besar dan mendasar.
* PAS bergerak melalui pelbagai bidang amal Islami tetapi terfokus pada dakwah, tarbiyyah dan jihad.
* Konsep amal jama’iy menjadi dasar utama dalam keseluruhan gerak kerja PAS.

FAKTOR AMAL JAMA’IY

* Qiyadah – Kepimpinan
* Jundiyyah – Ahli
* Syura
* Wala’ - Kesetiaan
* Ketaatan
* Tsiqah
* Tanzim – Organisasi
* Nizam – Perlembagaan

KUALITI KEPIMPINAN

• Keperibadian – personaliti
• Kebolehan tadbir
• Kebolehan membina persepsi
• Kebolehan dalam ‘art of war’
• Kebolehan interaksi dan komunikasi

KEPERIBADIAN

• Asas :
– Muslim
– Mukmin
– Muttaqi
– Da’ie
– MujahiD

• Sifat khusus :
– Amanah
– Berani
- Qudwah yang baik
– Tawadhu’
– Istiqamah
– Tetap pendirian

• Sikap Khusus :
– Berlapang dada
– Mengambil berat
– Berbincang
– Menghargai kebaikan dan kemuliaan

KEBOLEHAN TADBIR

* Mendapat info dan membuat kajian
* Membuat perancangan
* Membuat penyusunan kerja
* Membuat arahan dan motivasi kerja
* Membuat penyelarasan
* Membuat pemantauan dan pengawasan

KEBOLEHAN MEMBUAT PERSEPSI

* Kebolehan membaca dan menterjemah keadaan
* Mengesan permasalahan dan mengatur penyelesaian
* Kebolehan untuk membuat pilihan dan keputusan

KEBOLEHAN DALAM `ART OF WAR’

* Kebolehan mencipta sebab-sebab kemenangan
* Mengkaji SWOT
* Membina pelan dan strategi
* Menyerang musuh dan mempertahankan kubu

KEBOLEHAN DALAM INTERAKSI DAN KOMUNIKASI

* Kebolehan bergaul dan berhubung dengan ahli dan bukan ahli ( interpersonal)
* Secara verbal atau unverbal
* Kebolehan untuk menyampaikan mesej perjuangan
* Kebolehan mempengaruhi

PEMBINAAN PEMIMPIN

• Melalui manhaj tarbiyyah dan perkaderan.
• Melalui pencanaian terhadap bakat dan potensi yang tersedia ada.
• Melalui pengalaman dan penglibatan dalam medan perjuangan.

PENUTUP

Pemimpin yang lahir dari manhaj dan medan perjuangan jamaah adalah pemimpin terbaik yang mampu membawa jamaah ke matlamat perjuangannya. Ianya perlu diusahakan dengan gigih dan serius. Tanpa kesungguhan maka tiada apa yang terbaik akan dapat dihasilkan.

Wallahu a'lam.


ABi(ust mohd noor omar)

.UP UP Ibadah and UP UP iman.



Article Sumbangan: LajDaT MyTeam

Assalamualaikum dan salam ukhwah

Rabiatul Adawiyah dan Tingkat Ibadah , Rabiatul Adawiyah dan tingkatan iman.

Pernah suatu hari orang-orang salih datang berziarah kerumah Rabiah.. Ketika itu terjadilah tanya-jawab diantara Rabiah dengan tetamu itu berkenaan dengan masalah menyembah Allah. Salah seorang mereka ditanya Rabiah:

“Mengapa anda menyembah Allah?” tanya Rabiah.

“Kerana saya takut akan api neraka,” jawab orang itu.

“Mengapa anda menyembah Allah?” Rabiah bertanya pula pada tetamu yang lain.

“Saya menyembah Allah kerana takut masuk api neraka dan ingin masuk ke dalam syurgaNya,” jawab tetamu itu.

Rabiah menarik nafas panjang kemudian berkata:“Alangkah buruknya seorang hamba yang menyembah Allah hanya kerana mengharapkan syurga dan ingin menghindar dari api neraka!” Sejurus Rabiah terdiam seakan-akan kecewa mendengar jawapan mereka. Kemudian dari bibirnya keluar sebuah soalan:

“Sekiranya syurga dan neraka tidak ada, adakah kamu akan menyembah Allah?”

Hadirin saling berpandangan sesama mereka. Tidak menyangka kalau-kalau pertanyaan seperti itu akan dikemukakan oleh Rabiah. Agak lama tidak seorang pun diantara mereka berani menjawab.Salah seorang mereka itu memecahkan kesunyian dengan bertanya kepada Rabiah:“Kalau begitu, tolong jelaskan kepada kami kenapa anda menyembah Allah?”

“Saya menyembah Allah adalah keranaNya. Nikmat yang dianugerahkanNya kepada saya sudah cukup untuk menggerakkan hati saya untuk menyembahNya!”

Demikian jawapan Rabiah, ringkas tetapi padat.

Moral of the story: Let’s do a reality check on ourselves, me and you. Dalam kisah di atas, kita dapat extract tiga tahap keimanan :

1.Menyembah Allah kerana takutkan api neraka.

2.Menyembah Allah kerana takutkan api neraka dan inginkan syurga.

3.. Menyembah Allah semata-mata kerana cinta kepadaNya, bukan mengharapkan syurga dan ingin menjauhi neraka. (tahap pertama dan kedua adalah jelek dan buruk di mata Rabiah)

Sekarang check diri kita. Di mana iman kita berada? Adakah tahap pertama atau tahap kedua? Ramai yang sekurang-kurangnya akan meletakkan dirinya dalam tahap yang pertama. Ada juga yang mengatakan dirinya tidak mencapai tahap pertama sekalipun.

Adakah kita tergolong dalam golongan ini?:

1.Sangat jauh dari Allah. Golongan ini bukan sahaja mengabaikan suruhan Allah, malah melakukan maksiat dan mempertikaikan dan menentang suruhan Allah. Nauzubillah.

2.Bermain-main dengan Allah. Golongan ini kadang-kadang solat, kadang-kadang tidak. Ikut mood. Senang cerita orang yang malas.

3. Beribadah yang tidak memberi kesan. Golongan ini tidak meninggalkan suruhan tetapi masih melakukan maksiat. Bukankah solat itu, mencegah perkara yang keji dan mungkar?

4.Beribadah bukan kerana Allah. Golongan ini melakukan banyak suruhan Allah dan melakukan nahi mungkar tetapi tidak ikhlas. Sebaliknya ingin mendapatkan penghormatan daripada masyarakat, kononnya dialah ustaz, dialah yang paling alim dan semua orang kena ikut cakap dia.

Adakah anda tergolong dalam mana-mana golongan ini? Saya tidak tahu dan jangan beritahu saya. Anda lebih memahami diri anda sendiri dan terpulang pada diri anda untuk meletakkan di tahap keimanan yang mana. Mereka yang berada di tahap pertama akan meninggalkan segala perkara maksiat dari yang besar hingga sekecil-kecil pun dan melakukan ibadah yang wajib. Mereka yang berada di tahap kedua akan menambahkan amalannya dengan yang sunat-sunat. Mereka yang berada di tahap tertinggi, akan meninggalkan dunia dan meletakkan sepenuh cinta kepada Allah s.w.t.

Cinta Rabiatul Adawiyah adalah sangat sukar untuk diungkapkan dan difahami. Pergilah kekedai buku agama dan cuba cari buku yang menceritakan tentang Rabiatul Adawiyah. Itulah ‘chicken soup for the soul’ versi Islam.

Wallahu'alam

30 March 2009

Dakwah dan Tarbiyah - Wasilah Utama Dalam Pembentukan Ummah.

Article sumbangan: LajDaT MyTeam

Rasulullah saw memulakan jihadnya melalui dakwah dan Tarbiyah, bukan terbentuk secara tiba-tiba atau kebetulan tanpa apa-apa persediaan dan pembentukan bahkan Rasulullah saw menghadapi berbagai kesukaran dan halangan dan terus berjihad sehingga terbentuk satu ummah yang terpuji sebagai Khaira Ummah di abadikan didalam Al-Quran.
Seperti di tegaskan dalam Al-Quran ayat 110 Surah Al Imran maksudnya:
"Kamu adalah sebaik-baik ummah dikeluarkan untuk manusia seluruhnya, kamu memerintah (menyuruh) kepada ma’aruf dan mencegah mungkar serta kamu tetap beriman kepada Allah"
Rasulullah saw mula berdakwah dan membentuk ummah sejak di zaman Makkah lagi. Baginda mendidik (mentarbiyah) sekumpulan jamaah mukminin yang menjadi benih terbentuknya masyarakat yang baru (berbeza daripada masyarakat jahiliyah). Ketika Rasulullah saw membentuk jamaah mukminah di Makkah dimasa itu. Baginda menyedari bahawa peranannya lebih besar daripada Makkah dan Semenajung Arab dan Risalah yang Baginda bawa bukan semata-mata khusus untuk satu bangsa dan satu generasi bahkan Risalahnya bersifat sejagat (‘Alamiyah) dan halatujunya menghapuskan jahiliyyah dan membina insaniah yang baru, menepati prinsip-prinsip Al-Quran dan ajarannya.

Ketika Baginda menjadikan kota Makkah sebagai markas dakwahnya, Baginda tidak memulakan dengan membentuk daulah yang terdiri dari pembesar-pembesar Quraisy bagi menundukkan seluruh orang Arab dan memaksa mereka menerima prinsip-prinsipnya dengan kekerasan.. Baginda tidak melakukan demikian kerana Baginda bukan diutuskan untuk menghapuskan kerosakan dengan mengundang kerosakkan lain dan bukan untuk memaksa masyarakat menerima dakwahnya dengan kekerasan tetapi Baginda diutuskan untuk menyampaikan Risalah Allah SWT dan mengajak semua manusia dengan penuh hikmah serta dengan peringatan-peringat an yang baik. Serta sabar bersama-sama orang-orang yang beriman membentuk jamaah yang menjalankan kerja-kerja Islah agar mereka menjadi asas yang kukuh bagi kelahiran masyarakat (generasi) baru (Generasi Mukmin).

Rasulullah saw memberi penekanan kepada Tarbiyah Jiwa/ Dhomir / Al Wijdaan dan tarbiyah akhlak dan budi pekerti berteraskan keimanan/tauhid; kerana inilah asas sebenarnya bagi pembinaan ummah yang menjamin masyarakat dan Daulah daripada berlaku penyelewengan, kezaliman dan kerosakan. Ilmu perlembagaan, dan undang-undang serta deen undang-undang serta peratusan semata-mata belum cukup untuk mcmbina ummah tanpa dididik jiwa dan akhlaq masyarakat.

Sehubungan ini Al Quran telah menegaskan dalam surah Al Ra’ ad ayat 11, maksudnya”-
"Sesungguh Allah SWT tidak mengubah apa yang terdapat pada sesuatu kaum itu sehingga mereka mngubah apa yang terdapat dalam jiwa mereka."

Ustaz Mohd Syadid dalam kitabnya Al Jihad Fil Islam menjelaskan bahawa inilah jalan membentuk dan membina ummah serta membangunkan tamaddun dan kemajuan. Pengislahan masyarakat tidak akan sempurna melainkan di mulakan dengan jiwa masyarakat itu sendiri.... kerana itu maka medan Islam yang pertama ialah ‘alam jiwa dan dhamir., dan wasilahnya yang pertama dan utama untuk sampai kepada matlamat ialah AtTarbiyah,.’


6 March 2009

WAHDATUL FIKR DAN WAHDATUL AMAL

Skop amal Islami yang dibincangkan di sini ialah yang melibatkan amal jama’iy dan amal ijtima’iy.

Fokus amal Islami ialah dakwah, tarbiyyah dan jihad.

Pengertian Wahdatul Fikri wal ‘Amal

Wahdatul fikri bermaksud kesatuan fikiran dalam meletakkan matlamat, halatuju, sikap dan pandangan dalam jama’ah.

Wahdatul amal bermaksud kesatuan tindakan dalam menjayakan perancangan, penyusunan kerja dan tenaga ke arah mencapai matlamat bersama dalam jama’ah.

Ini bererti wahdatul fikri adalah asas penting ke arah wahdatul amal.

Asas-asas Wahdatul Fikri

1. Keutuhan aqidah.
2. Kefahaman tentang tasawwur Islam yang jelas.
3. Kejelasan matlamat dan fikrah perjuangan.
4. Kejelasan prinsip dan keanjalan strategi
5. Memahami uslub dan manhaj jama’ah.
6. Kefahaman waqi’e medan perjuangan.
7. Kekuatan ukhuwwah dan keterbukaan pandangan.

Asas-asas Wahdatul Amal

1. Keutuhan kesatuan fikrah ( wahdatul fikri )
2. Memahami tasawwur amal Islami ( fiqh amal jamai’iy dan ijtima’iy )
3. Memahami kerja berorganisasi
4. Menguasai nizam ( sistem ) jamaah .
5. Perencanaan ( takhtith) yang teliti.
6. Wala’ dan tsiqoh antara qiyadah dan jundiyyah.

Wasilah Wahdatul Fikri dan Wahdatul Amal

1. Pembentukan ahli dan pimpinan melalui tarbiyyah dan perkaderan ( takwin )
2. Perancangan melalui qiyadah dan syuro ( takhtith )
3. Penyusunan melalui organisasi yang tersusun ( tanzhim )

Halangan-halangan Ke Arah Wahdatul Fikri wal Amal

1. Kelemahan dan kelembapan takwin.
2. Kemasukan unsur-unsur fikrah ajnabi.
3. Munculnya berbagai firqah dan aliran dalam jamaah.
4. Kelesuan qiyadah dan kedegilan jundiyyah.
5. Perencanaan yang spontan dan perlaksanaan yang kucar kacir.


Wallahu a’lam

ABi

dipetik dr http://www.takwinfardilmuslim.blogspot.com/

5 March 2009

!..mencari cinta hakiki..!


Apabila kau ingin berteman,
Janganlah kerana kelebihannya,
Kerana mungkin dengan satu kelemahan,
Kau mungkin akan menjauhinya. ...

Andai kau ingin berteman,
Janganlah kerana kebaikannya,
Kerana mungkin dengan satu keburukan,
Kau akan membencinya. ...

Andai kau inginkan sahabat yang satu,
Janganlah kerana ilmunya,
Kerana apabila dia buntu,
Kau mungkin akan memfitnahnya. ...

Andai kau inginkan seorang teman,
Janganlah kerana sifat cerianya,
Kerana andai dia tidak pandai menceriakan,
Kau mungkin akan menyalahkannya. ...

Andai kau ingin bersahabat,
Terimalah dia seadanya,
Kerana dia seorang sahabat,
Yang hanya manusia biasa....

Jangan diharapkan sempurna,
Kerana kau juga tidak sempurna,
Tiada siapa yang sempurna...
Tapi bersahabatlah kerana ALLAH !