15 September 2010

Raikan Cinta


“ Dan di antara tanda-tanda kekuasaanNya dan rahmatNya, bahawa Ia menciptakan untukmu pasangan dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya.

Dan dijadikanNya di antara kamu (suami-isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan.

Sesungguhnya yang demikian itu adalah keterangan (yang nyata) bagi orang-orang yang berfikir "
- Ar-Rum : Ayat 21


Teristimewa buat kedua-dua. Setulus rasa, moga bahagia selama-lama.


Heningnya
Sunyi suasana
Lafaz sakinah bermula

Apa rasa
Diterjemah hanya
Sebak abah, tangis ibunda

Adalah aku, wali puteriku
Serah kini amanahku ini pada mu
Nafkahilah dia, curah kasih dan cinta
Lebih dari yang ku berikan kepadanya

Dulu esakkannya sandar di bahuku
Tangisannya kini ku serah padamu
Bukan bermakna, dia bukan milikku
Fitrahnya perlukanmu

Jadikanlah dia wanita syurga
Mengerti benar akan maharnya
Taat itu bukan hanya pada nama
Indah ia pada maksudnya

Ku akur
Akan pesanmu
Puterimu kini amanahku

Iringilah
Dengan doamu
Bahagia kami dari redhamu

- Fadzil Far East


Saat majlis begini berlangsung
Bukan sedikit gembira yang dirasa
Tapi
Bukan sedikit juga tangis dan sebak di dada
Ibu, ayah, keluarga, sahabat handai,
Semua merasa yang sama
Manjanya dia, bukan lagi milik kami semua
Maka, wahai sang lelaki
Bila mana, saat terasa untuk mengabaikan haknya, ingatlah
Betapa banyak jiwa yang akan terluka
Kami layarkan sepenuh harapan
Didoakan kalian, sampai ke perhentian

Dunia memang penjara buat mukmin. Tak pernah mengizinkan kita bercinta lama-lama. Ayuh tentera Allah, kita berjuang sungguh-sungguh, kemudian kita berteduh sama-sama di syurga!

“Dari setinggi dan seluas kasih sayangMu,
Kau limpahkan rahmat jua keampunanMu
Kepada pengantin suami isteri.
Berkatilah majlis yang diadakan dengan keberkatan
Dari permulaan hingga pengakhirnya.

Sesungguhnya pertemuan ini adalah dengan izinMu,
Kurniakanlah keduanya ketenangan, kebahagiaan dan jiwa yang tabah menghadapi setiap dugaanMu.
Mudah-mudahan perkongsian hidup yang dibina berkekalan
Hingga ke akhir usia
Dan kurniakanlah kepada mereka zuriat yang soleh dan solehah.
Dengan taufik dan hidayahMu beruntunglah keduanya
Dalam kehidupan di dunia
Lebih-lebih lagi di akhirat "

- Amin Ya Rabbal ‘Alamin -



Salihah & Abg Dzulhuzmi

Kami sayang kamu berdua sungguh-sungguh!
-Myteam Muttaqin-

2 comments:

Teringat dulu, syi kate, sape-sape nak menikah dengan Myteam, kena lalu interview dulu.

Tapi Abg Dzul tak sempat diinterview.

Soalan yg nak ditanya satu, sebanyak mana cinta dia pada sahabat aku ni?

(mcm dalam filem G.I Rise of The Cobra, kawan dia tanya perempuan tu, "This (engagement) is not official, until you answer my quest. Do you love my boy?")

But then, bila pandang gambar yg atas sekali itu, i'm seriously relief. There was a deep love in his eyes, for her of course, my dearest.

So, alhamdulillah. So glad.

Siapa lagi nak menikah? Cepat-cepat la. Tak sabar nak tengok korang bahagia..

Tak sangka kan, kita dah melangkah satu lagi fasa dalam hidup. Dah 22 rupanya.

22 tahun mendatang, semoga makin banyak gambar bahagia tertampal di laman ni. Insha Allah

slm.wah3...k.salihah da kawen ye....bile ni...x tau pun...:(
dulu k.salihah la yg bwk ambe masuk myfam...^^