17 April 2009

Gagal sekali tak bermakna kan gagal selamanya...

Gagal sekali tak bermakna kan gagal selamanya...

Ilmu dituntut untuk menghayati hebatnya Pencipta..
Ilmu adalah pengetahuan yang terkesan dihati..
Apabila mempelajarinya mudah diingati..
dan membuahkan peribadi yang baik..
Bertambah baik akhlak si penuntut..

Iman seseorang perlu diuji untuk meningkatkan tahap keimanannya. .
Ilmu juga perlu diuji tahap kefahaman dan penghayatannya. .
Itulah pentingnya PEPERIKSAAN. .

Solat? apa hikmah aku melaksanakan solat?
setiap hari aku bersolat..dan setiap itulah aku perlu lakukan yang terbaik..
Setiap waktu solat dilaksanakan dengan baik..
Apakah zohor boleh disambilewakan?
dan Asar dititikberatkan. .atau subuh dilewat-lewatkan. .
dan maghrib dan Isyak sahaja perlu secara berjemaah?
tidak, setiap kali solat...itulah yang terbaik..

Masa..
Mengapa Allah bersumpah demi Masa?
Pentingkah masa...Masa adalah kehidupan..
Siapa menghargai masa, dia menghargai kehidupannya. .

Oleh itu, wahai saudaraku...
Tuntutlah Ilmu kerana Ilmu itu adalah jambatan menemui CintaNya..
Kerana Ilmu itu sumber kita untuk mengenalNya. ..
Semua Ilmu adalah milikNya...
Ilmu meningkatkan ketaqwaan kepadanya...
Menuntutlah dengan niat mendekatkan diri kepadaNya...
Moga ia menjadi suatu ibadah...

Lakukanlah yang terbaik dalam setiap perkara..
Kita tidak semestinya menjadi yang terbaik...
Tetapi kita ada hak untuk melakukan yang terbaik..
lakukanlah segala yang terbaik untuk TuhanMu..
Sebagai hadiah buatNya yang menyayangimu lebih dari dirimu sendiri..
Lakukanlah yang terbaik sepertimana kau melakukan yang terbaik pada setiap waktu solatmu..

Hargai masa sekarang...
Masa yang berbaki...
Apakah masa ini tidak mencukupi??
Usah berfikiran negatif disaat genting ni..
lakukan sahaja apa yang termampu..dan serahkan kepada Dia untuk menilainya.
Selamat Menghadapi Peperiksaan Akhir untuk semua....

Jika kejayaan yang dikecapi...
Tanamkanlah dalam jiwamu bahawa itu adalah lumrah a'lam (nature)
barangsiapa berusaha pasti berjaya..
Usah timbulkan ujub dihati..
kerana itu bukan pakaianmu..

Andai gagal dipenghujungnya. ..
Usah bersedih kerana yakinlah bahawa dirimu telah berjaya dalam medan usaha..
Itulah medan kita sebagai hamba..
Kejayaan itu milik Dia...diberi kepada yang dikehendaki
dan Tiada kejayaan melainkan dengan izinNya..


Assalamualaikum. ..

regards, azzam_LT

10 April 2009

Setulus Bicara Presiden..

Assalamualikum. ..kepada semua sahabat GAGASAN MENAWAN MALAYSIA

Bismillahirrahmanir ahim

Alhamdulillah, Wassalatu wassalamuala rasulillah.. Waala alihi wasahbihi ajmaiin..

Moga kalian dalam rahmat dan taufiq yang dikurniakan Allah hendaknya..

Mendampingi suasana exam yang bakal tiba menuntut kalian tentunya rasa cuak tahap ngaban,tidur tak berbantal,mandi tak sabun,makan tak minum,naik motor tak pakai glove,pakai tudung tak pakai PIN,kemas rambut tak pakai sikat dan sebagainya..

Apatah lagi jikalau menghampirinya( musim exam)dihimpit dengan hambatan assignment dan folio tesis yang sengaja dilambakkan utk disiapkan di akhir sem..

Namun sedarlah kalian,sebenarnya bagi diri mukmin itu mereka mempercayai terjadinya suatu perkara itu terjadi atas dua faktor:

1.Sunnatullah

2.Berkat dan kasih sayang Allah(ada org kata Syariatullah)

Ada org n kebanyakan org dia wajib makan 3 kali sehari..ada orang dia makan sesuap je boleh tahan seminggu..apa bezanya antara 2 kelompok tadi..tak lain faktornya berkat..ada org dia gaji RM 10000 n tiada anak,tapi sentiasa rasa tak cukup,ada orang isteri 3 n anak 20 dan gajinya RM 200,tapi ade je lebihan kewangan setiap bulan..Kenapa? ???sebab hasil dari rezeki yang berkat..

Begitu juga sahabat2 GAGASAN...Org lain ada masa studi 3 bulan,tapi budak J masa studi 2 jam,,tapi result periksa budak J lebih power..ada org dia peruntukkan masa buat assignment 2 minggu tapi budak J 30 minit,last2 assigmnet budak J lagi kemas n markah tinggi..Apa perbezaannya? ???

Tak lain faktor keberkatan itu yang ana ingin sahabat2 fahami skg..namun jangan amik kesempatan diatas kelemahan diri kita walaupun diri kita memang lemah dan sentiasa memahami konsep tawakal...hang tak berusaha,macam mana nak berjaya(sori, nada ni macam keras ckit)..

Aphal,daku yang hina disisi rabbi,Allah sentiasa mendoakan kalian sentiasa cemerlang,gemilang dan terbilang dalam bidang pengkhususan yang sahabat2 ceburi..n aku sentiasa doakan kalian atas 3 pointe sem ni...

Buat sahabat2 yang bukan dalam musim exam,moga kalian thabat dalam menjalankan ketaatan sebagai seorang mukmin dan mujahid dan menyedari diantara AIDS yang mudah memusnahkan badan kita adalah masa lapang dan kosong..Gunakan nikmat itu supaya tidak menjadi bala dengan perkara2 berfaedah.

Akhir kalam,Siiru Ala barakatillah. ..

Setulus Bicara Presiden,

Al-Faqir Mohd Bukhari Bin Hashim,

Presiden GAGASAN MENAWAN MALAYSIA,MYTEAM MUTTAQIN

8 April 2009

!!..BANGUN MALAM..!!

kata Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat mengenai bangun malam."Kalau kita terjaga di tengah-tengah malam itu, ia sebenarnya satu anugerah dari Allah. Allah kirimkan malaikatNya mengejutkan kita supaya kita bangun beribadah kepada Allah. Sebagai tanda terima kasih kerana mengejutkan kita, paling malas pun, mintalah apa-apa (berdoa) walau sedikit (meskipun kita masih di tempat tidur) kepada Allah. Kemudian tidurlah.

Kalau kita sedar, kemudian kita terus sambung tidur tanpa ucapkan apa-apa (contoh beristighfar, bertahmid dan sebagainya). Kemudian malam kedua dan malam ketiga pun begitu juga. Kita bimbang malaikat tidak akan datang lagi mengejutkan kita.”.
Kalau tidak mampu untuk buat tahajut tiap-tiap malam, biarlah seminggu sekali ataupun sebulan sekali ataupun setahun sekali. Paling tidak pun biarlah seumur sekali, jika tidak pernah buat, maka sia-sialah hidup orang tersebut..
Renungilah kata-kata ini:
"individu yang cemerlang adalah individu yang mengamalkan Islam secara total"

same-same kita tingkatkan amal fardi, ijtima'e dan jami'e kita..