3 July 2009

..Usrah Dalam Harakah Islamiyah-3..

PENTADBIRAN USRAH

Setiap naqib hendaklah memastikan agar perjalanan usrahnya diatur rapi dan kemas dan jangan sampai kepada peringkat yang boleh membosankan ahli-ahli usrah.

Dalam hubungan ini, isi usrah hendaklah jangan dijumudkan hanya kepada pembacaan teks dan hafalan tetapi dipelbagaikan bertepatan dengan ciri tarbiyah kita yang mempertekankan segenap aspek Islam itu sendiri. Kepelbagaian ni boleh dibuat dalam bentuk pembacaan, perbincangan, rehlah (perkelahan) , riadhah (sukan), majlis qiamullail dan sebagainya.

Usrah mempunyai beberapa ciri yang membezakannya dan nizam al-tarbiyah yang lain dan di antara ciri-ciri tersebut ialah:

1) Usrah hendaklah bersifat mutawasil (berterusan) : Sesuatu pembentukan yang bersifat sekali-sekala atau terputus-putus tidak akan dapat inencapai kesan yang diharapkan.

Ciri ni akan membantu proses perkembangan dan penghayatan secara yang lebih berkesan.

2) Merangkumi keseluruhan ahli samada pengikut, pekerja mahupun pimpinan. Ini adalah untuk memastikan agar tidak ada ahli yang terlepas dari program tarbiyah.
3) Mempunyai perancangan (aI-takhtit) yang rapi dalam semua sudut.
4) Kesungguhan semua pihak yang terlibat samada nuqaba' mahu pun ahli.
5) Di antara ciri-ciri keberkesanan sesuatu usrah itu akan dapat dilihat bila persoalan ini ditanya dan dapat dijawab dengan sempurna mungkin:

a. Sejauh mana peningkatan ahli dalam penghayatan Islam
b. Sejauh mana pula konsep al-ta'awum (bekerjasama) di kalangan para ahli dalam membantu proses penghayatan Islam

c. Sejauh mana ikatan dibentuk dan sejauh mana pula pelaksanaannya dalam bentuk amalan
wassalam..
LajDaT...:)

0 comments: