5 July 2009

..Usrah Dalam Harakah Islamiyah-PENUTUP..

KONSEP `AMAL JAMAl DALAM GERAKAN ISLAM

Amal jamaie adalah merupakan satu tuntutan harakah yang panduannya disebut di dalam Al-Quran yang bermaksud:

"Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berperang untuk rnembela agamaNya, dalam barisan yang teratur rapi seolah-olah mereka, sebuah bangunan yang tersusun kukuh". - (Al-Saff : 4)

Di dalam hadith, Rasulullah s.a.w. telah bersabda yang bermaksud:

"Diriwayatkan daripada Huzaifah bin al-Yamani r.a. katanya: "Manusia sering bertanya kepada Rasulullah s.a.w. mengenai amalan-amalan yang baik tetapi aku telah bertanya tentang amalan-amalan jahat kerana aku takut ia akan menimpa diriku, Ialu aku bertanya: Wahai Rasulullah! Dahulu kami berada dalam kejahilan dan kejahatan, kemudian Allah mengurniakan kepada kami kebaikan (kebenaran), adakah selepas kebenaran ini akan berlaku pula kejahatan? Rasulullah menjawab: Ya. Aku bertanya lagi: Adakah akan berlaku pula kebaikan selepas kejahatan itu? Rasulullab menjawab: Ya, tetapi ketika itu terdapat kekurangan dan perselisihan. Aku bertanya apakah yang dimaksudkan dengan kekurangan dan perselisihan itu? Rasulullah menjawab dengan bersabda: laitu satu kaum yang tidak beramal dengan sunnahku dan mengikut selain dan jalanku, di antara mereka itu ada yang kamu kenali dan ada yang kamu tidak mengenalinya. Aku bertanya lagi: Adakah kejahatan akan berlaku lagi selepas itu? Rasulullah menjawab: Ya, ketika itu ada orang-orang yang menyeru atau mengajak nianusia ke Neraka Jahannam, sesiapa yang menyahut ajakan mereka, maka orang itu akan dicampakkan ke dalam Neraka itu. Aku berkata lagi: Wahai Rasulullah! Sifatkan mereka kepada kami. Rasulullah menjawab: Baiklah, mereka adalah sebangsa dengan kita dan berbahasa seperti bahasa kita. Aku bertanya lagi: Wahai Rasulullah! Apakah pendapatmu sekiranya aku masih hidup lagi ketika itu? Rasullullah menjawab dengan bersabda: Kamu hendaklah bersama dengan jamaah Islam dan pemimpin mereka. Aku bertanya lagi: Bagaimana sekiranya ketika itu umat Islam tidak mempunyai jamaah (kesatuan) juga tidak ada pemimpin? Rasulullah menjawab lagi dengan bersabda: Kamu hendaklah memencilkan diri kamu dari kumpulan mereka walaupun kamu terpaksa memakan akar-akar kayu dan tinggallah kamu di sana sehingga kamu mati dalam keadaan yang demikian".

Saidina Umar aI-Khattab juga ada menyebut yang bermaksud:

"Tidak wujud Islam tanpa jamaah dan jamaah pula tidak akan wujud tanpa kepimpinan dan tidak wujud pula kepimpinan tanpa ketaatan".

Bersandarkan kepada nas-nas di atas, kita hendaklah menyedari hakikat bahawa penglibatan diri di dalam jamaah Islam yang berbentuk haraki adalah merupakan satu tuntutan syara'. Di dalam merealisasikan tuntutan ini ke dalam waqi' kita di Malaysia, ikhwah yang sedang melalui proses tajnid ini hendaklah peka terhadap beberapa zaadun `ala tariq (bekalan sepanjang perjalanan) yang perlu difahami, diamalkan dan diistiqamahkan sepanjang perjalanan ini.

Sehubungan dengan itu, dua perkara yang perlu kita programkan sepanjang kewujudan kita di sini adalah al-ghayah (matlamat) dan al-wasilah (kaedah atau cara) untuk sampai dan memenuhi al-ghayah tersebut.

Al-Ghayah (Matlamat)

Satu persoalan yang sewajibnya diulangi oleh setiap ikhwah dan akhawat sepanjang komitmen kita terhadap Islam dan jamaah ini ialah apakah dia matlamat kita?. Hanyalah dengan matlamat yang jelas akan dapat mengurus arah perjalanan dan keberkesanan perjuangan kita. Sasaran utama dalam konteks matlamat kita ini adalah:

• Fard al-Muslim (individu muslim) yang terangkum di dalamnya rumahtangga dan keluarga Islam
• Masyarakat dan negara Islam yang terlaksana di dalamnya keseluruhan hukum dan tuntutan Allah Azza Wa Jalla.

Dalam mengisi tuntutan ini AI-Syeikh Sa'id Hawwa menyebut bahawa maratib (peringkat) amal yang dituntut adalah:

1) Individu muslim hendaklah memperbaiki dirinya sehingga mernhiki anggota tubuh badan yang kuat, akhlak yang suci, daya intelektual yang tinggi (muthaqqaf), keupayaan untuk menguasai suasana aqidah yang bersih, ibadah yang benar, berjihad dengan dirinya, menjaga waktunya, teratur hidupnya, mampu memberi manfaat kepada orang lain dan setiap ikhwah hendaklah berusaha untuk mencernakan tuntutan ni dengan kesungguhan.

2) Membentuk rumahtangga muslim sehingga keluarganya dapat menampung fikrah yang dibawanya, memelihara adab-adab Islam dalam setiap urusan rumahtangganya, memilih isteri yang solehah dengan memberikan panduan kepada hak dan tanggungjawabnya, mendidik anak-anak dangan sebaik-baiknya. Begitu juga dengan pembantu rumah, membesarkan mereka dalam suasana Islam dan setiap ikhwah hendak berusaha dengan satu kesungguhan untuk memenuhi tuntutan ini.

3) Memberi panduan kepada masyarakat dengan menyebarkan dakwah dengan baik dan menghapuskan segala kemungkaran, mengajak kepada yang ma'ruf, berlumba-Iumba ke arah kebaikan, menjadi unsur yang dominan dalam masyarakat sehingga dapat menguasai pendapat am (public opinion) yang disandarkan dengan pandangan Islam dan menghidupkannya dalam kehidupan am. Tuntutan ini adalah ke atas setiap individu dengan didukung oleh jamaah sebagai tenaga yang menggerakkan.

4) Membebaskan negara dari belenggu pemerintahan yang bukan Islam dalam bidang siyasah (politik), iqtisad (ekonomi) dan rub (kerohanian) .

5) Membaiki kerajaan sehingga menuruti Islam yang sebenarnya serta berkhidmat sebagai khadam ummah yang bekerja untuk kepentingan ummah. Antara sifatnya adalah sifat belas terhadap rakyat, keadilan sesama manusia dan berjimat dalam urusan perbendaharaan dan ekonomi negara. Menjadi kewajipan negara ini pula untuk menjamin keamanan, perlaksanaan sistem perundangan pendidikan sehingga melahirkan kekuatan, menjaga kesihatan am dan sebagainya.

6) Mengembalikan penyatuan umat Islam secara keseluruhan dengan membebaskan negara yang dijajah, mendekatkan budaya antara kaum dan berusaha untuk mengembalikan sistem khilafah yang telah dimusnahkan.

7) Berusaha untuk mewujudkan ciri "ustaziyat al-'alam" (penguasaan alam) dengan penyebaran dakwah di segenap pelusuk dunia ni sehingga tidak ada lagi fitnah dan meletakkan al-Din keseluruhannva adalah milik Allah.

Keempat-empat peringkat di atas menipakan kewajipan yang perlu dipikul dengan jamaah dan setiap individu yang bersama dengannya sebagai pendukung yang utama.

Lihatlah betapa beratnya tugas ini dan betapa besamya tanggungjawab yang perlu dipikul yang mungkin dirasakan sebagai satu khayalan dan impian yang tidak akan tercapai oleh manusia tetapi Allah s.w.t. telah mengingatkan kita di dalam firmanNya yang bermaksud:

"Dan (setelah Yusuf dijualkan di negeri Mesir), berkataIah orang yang membeli Yusuf kepada isterinya: "Berilah dia layanan yang sebaik-baiknya; semoga ía berguna kepada kita, atau kita jadikan dia anak" Dan demikianlah caranya kita menetapkan kedudukan Yusuf di bumi (Mesir untuk dihormati dan disayangi), dan untuk kami rnengajarnya sebahagian dari ilmu takbir mimpi. Dan Allah Maha Kuasa melakukan segala perkara yang telah ditetapkanNya, akan tetapi kebanyakan rnanusia tidak rnengetahui" . (Yusuf : 21)

Kita hendaklah menganggap kehadiran kita di sini adalah kehadiran dalam marhalah al-bina' (peringkat pembinaan) dan pengemasan barisan kader perjuangan. Maka dengan itu, antara matlamat yang perlu kita hadirkan adalah:

Pertama

Memperkemaskan diri kita dengan kefahaman Islam yang sebenarnya dengan memahami konsep tarbiyah yang syumul merangkumi tarbiyah ruhiyah, tarbiyah `aqliyah, tarbiyah jihadiyah, tarbiyah siyasiyah (politik), tarbiyah ijtima'iyah (kemasyarakatan) dan tarbiyah jasadiyah (fizikal). Perkara yang perlu ditekan dalam pembentukan individu adalah:

1) MeIahirkan insan yang bertaqwa pada Allah dengan pembentukan Iman dan aqidah yang benar.
2) Pembentukan fikrah Islam yang syumul (menyeluruh) .
3) Pernbentukan syakhsiyah Islamiyah (personaliti Islam) yang sempurna melalui akhlak yang benar, hati yang bersih lagi suci, ubudiyah hanya pada Allah dan memastikan hudud (sempadan) Allah dalam setiap urusan.

Perlu ditegaskan di sini bahawa musuh dan mereka yang tidak bersama dengan kita akan sentiasa mencari unsur yang negatif pada kita sebagai bahan untuk dijadikan hujah.Pastikan sahsiah ini berjalan pada setiap ketika samada ketika bersendirian, berdua mahupun ketika ramai. Cara berpakaian, cara mengatur rumah, perkembangan akademik dan budaya berfikir, cara bermuamalah dengan masyarakat semuanya mengajak kepada menzahirkan syakhsiyah Islamiyah.

4) Mewujudkan intima' dan iltizam kepada Islam, dakwah dan jamaah pada setiap masa dan di dalam suasana mana sekalipun.
5) Membentuk ciri-ciri kepimpinan dengan berpandangan jauh dan tajam terhadap isu sensitif terhadap perkembangan ummah dan bertanggungjawab dalam memikul tugas dan boleh memimpin.
6) Membentuk matlamat perjuangan yang jelas terhadap tanggungjawab individu kepada PAS dengan memahami dengan jelas akan perjuangnya iaitu:

a) Perjuangan yang bercita-cita untuk membentuk Daulah Islamiyah
b) Tanzim yang bersifat terbuka
c) Muwajahah silmiyah
d) Kepimpinan ulama dan penggabungan bersama oleh tenaga professional
e) Penglibatan dalam politik sebagai wasilah selain aktiviti-aktiviti lain yang mencerminkan gerakan Islam yang syumul

Kedua

Dalam hubungan `amal jamaie, setiap nuqaba' hendaklah jelas akan konsep tanzim kita di sini dan keperluan kepada konsep wala' dan thiqah pada pimpinan. Kerja kita di sini adalah kerja yang dihasilkan dari konsep syura dan bukannya pandangan individu. Setiap keputusan yang melibatkan jamaah samada dari segi perencanaan, perjalanan dan hal ehwal ahli yang ada kaitan dengan jamaah hendaklah merupakan keputusan syura.

Al Wasilah dan kepentingan usrah dalam tarbiyah

Bila kita menyebut tentang wasilah atau kaedah kita bekerja, terdapat unsur-unsur yang perlu difahami antaranya ialah wa'I (sedar) dan waqi'I (realistic). Kita hendaklah sedar bahawa kita adalah pendakwah dan bukannya penghukum atau qadhi. Tugas kita adalah untuk berusaha semaksima mungkin untuk memanggil dan mengajak dan bukan untuk berebut mahupun memaksa. Maka dengan dernikian dua wasilah yang kita gunakan adalah wasilah umum dan wasilah khusus.

Dalam wasilah umum, tugas kita adalah untuk menyampaikan Islam kepada umum dengan dakwah samada dengan lisan, tulisan ataupun dengan qudwah hasanah (contoh tauladan yang baik). Kita hendaklah menerangkan apa itu Islam yang syamil (menyeluruh) , apa itu aqidah yang benar yang kesemuanya ini perlu kembali kepada pentafsiran al-Quran dan al-Sunnah oleh ahlinya dan bukan yang diabstrakkan oleh ahli fikir semata-mata.

Kita mengadakan majlis-majlis ilmu, majlis masyarakat dengan unsur-unsur Islam dan lain-lain majlis yang boleh mesej Islam disampaikan. Marhalah ini dikenali sebagai marhalah al-ta'rif (pengenalan) yang kandungan utamanya adalah Islam dan Iman dan bukannya perkumpulan.
Hanya apabila telah diyakini bahawa mad'u (sasaran dakwah) telah boleh menerima konsep Islam sebagai al-Din yang syamil barulah dipindahkan kepada wasilah khusus.

Dalam wasilah khusus pula, konsep `amal jama'i adalah unsur yang ditekankan dan di sinilah bermulanya kepentingan usrah sebagai satu unit terpenting dalam gerakan Islam. Dalam wasilah ni ada dua marhalah yang perlu di lalui iaitu takwin (pembentukan) dan tanfiz (perlaksanaan) .

Di dalam marhalah al-takwin, unsur-unsur yang telah dikenalpasti boleh menerima konsep yang telah dijelaskan tadi hendaklah dipupuk dengan satu capaian seperti yang disebut oleh Sheikh Sa'id Hawwa sebagai nizam al-da'wah yang berbentuk sufi pada ruhnya dan ketenteraan dalam amalannya yang syiarnya adalah perintah dan taat. Ikhwah hendaklah melatih diri untuk sentiasa berada dalam keadaan peka dan bersedia menerima arahan dan tanggungjawab kerja.

Marhalah inilah yang dikenali sebagai tajnid untuk mernbentuk satu barisan kader yang telah mempunyai satu tasawwur yang jelas terhadap Islam dan matlamat perjuangan kita. Di sini beberapa pengorbanan adalah diperlukan dan ianya akan merupakan sebab kepada peningkatan Iman dan Islam kita kerana proses pencernaan akan berlaku dan beberapa ujian akan mula dirasakan.

Marhalah al-tanfiz sebagai marhalah ketiga pula adalah marhalah sebenar yang akan menguji komitmen kita terhadap segala teori yang telah kita jalani bila mana di dalam marhalah ini kita akan benar-benar berada di tengah-tengah medan juang dan di sinilah batas yang akan menguji keikhlasan kita kepada Allah Azza Wa Jalla.

Ramai yang boleh berteori dan ramai yang boleh menyatakan Islam itu syamil dan kamil tetapi belum tentu yang ramai tadi akan sanggup menanggung berbagai mehnah dan ibtila' (tribulasi dan ujian) yang akan berada di hadapannya.

Konsep Islam itu tinggi dan tidak ada yang lebih tinggi dari Islam akan terbukti kalau kita berani membenarkan dan membawa Islam itu ke tengah-tengah medan tanpa mengira sebarang halangan yang didatangkan oleh manusia samada harta, kedudukan, pangkat, nama dan sebagainya.

Akhirnya marilah kite sama-sama memperbaharui syahadah perjuangan kita dengan mengulangi ucapan Allahu rabbuna (Allah tuhan kami), al-Rasul za'imuna (Rasul pemimpin kami), al-Quran dusturuna (al-Qur'an perlembagaan kami), al-Jihad sabiluna (jihad jalan kami) dan al-maut fi sabilillah asma amanina (mati dijalan Allah adalah cita-cita tertinggi kami).

Sesungguhnya Islam tidak berhajat kepada kita tetapi kitalah yang berhajat kepada Islam dan hajat ini tidak akan dapat dipenuhi kalau keindahan dan kesyumulan Islam itu hanya kita teorikan dan tidak dicernakan dalam amalan dan perbuatan kita.


wassalam,,

LajDaT...:)

0 comments: