27 June 2009

..Usrah Dalam Harakah Islamiyah-MUQADDIMAH..

Allah s.w.t. berfirman yang maksudnya:

"Kami ceritakan kepadamu (wahai Muhammad) perihal mereka dengan benar; sesungguhnya mereka itu orang-orang muda yang beriman kepada Tuhan mereka, dan kami tambahi mereka dengan hidayah petunjuk Dan Kami kuatkan hati mereka (dengan kesabaran dan keberanian), semasa mereka bangun (menegaskan tauhid) lalu berkata: Tuhan kami ialah Tuhan yang menciptakan dan mentadbirkan langit dan bumi; kami tidak sekali-kali akan menyembah Tuhan yang lain danpadanya; jika kami menyembah yang lainnya bermakna kami memperkatakan dan mengakui sesuatu yang jauh dari kebenaran". (Al-Kahf : 13 – 14)

Golongan muda (syabab) adalah merupakan asset penting dalam memastikan kesinambungan gerakerja Islam. Sirah Rasulullah s.a.w dan sejarah Islam telah membuktikan bahawa golongan ni memainkan peranan penting dalam memastikan tertegaknya panji Allah s.w.t. di atas muka bumi ini.

Ayat di atas telah meletakkan syarat dan asas untuk memastikan golongan ini berjuang dan bersandarkan kepada panduan inilah kita mengambil sikap untuk menjadi golongan syabab li inqaz al ummah (pemuda yang berperanan untuk mengangkat darjat ummah).

Golongan yang ingin menegakkan panji Allah s.w.t. ni perlu memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh Allah s.w.t. agar pertolongan Allah s.w.t. dan kemenangan daripadaNya menjadi milik pejuang Islam.

Antara syarat-syarat tersebut ialah:

Syarat pertama

Syarat pertama yang disebut dalam ayat ni adalah iman yang kental dan hanyalah dengan iman yang sebegini kita akan dapat menjalankan tugas dakwah yang begitu banyak tanggungjawabnya ke atas kita tetapi begitu sedikit pula kemampuan yang kita miliki.

Ciri iman yang perlu kita miliki adalah iman yang ditasdiqkan (dibenarkan) bukan sahaja pada hati dan jiwa kita tetapi iman yang dicernakan dalam bentuk amalan sehingga golongan pemuda tadi menjadi contoh dan tauladan ibarat al-Quran dan al-Sunnah yang berjalan di atas muka bumi.

Syarat Kedua

Syarat kedua adalah al-huda (petunjuk dari Allah s.w.t.). Tugas dakwah adalah tugas untuk memindahkan panduan dan arahan al-Quran ke alam waqi'ie (realiti) dan ianya berhajat kepada pentafsiran dan penjelasan permasalahan semasa ummah dengan petunjuk dan hidayah yang digagaskan oleh Islam.

Islam tidak boleh diterjemahkan dalam bentuk abstrak mahupun khayalan. Dengan demikian hanyalah dengan al-Huda dari Allah s.w.t. kita akan dapat menjawab segala persoalan yang dihadapi samada pada peringkat fardi (individu) mahupun jama'i (jamaah) ataupun dauli (antarabangsa) .

Syarat Ketiga

Syarat yang ketiga adalah pertautan hati yang antara lain bermaksud untuk memerintahkan kita berjuang dan bergerak sebagai jamaah dan perhimpunan yang hati kita ini ditaut dengan ikatan iman, Islam dan ukhuwwah yang tidak mengenal sebarang perbezaan melainkan taqwa kepada Allah s.w.t.

Ikatan ini adalah ikatan yang simpulannya tidak boleh terungkai dengan permasalahan dan perbezaan furu' tetapi yang sentiasa diarahkan oleh panduan Al-Quran dan Al-Sunnah.

Syarat Keempat

Syarat keempat yang dinyatakan di dalam ayat di atas adalah konsep haraki (gerakan) apabila Allah s.w.t. menyebut `ketika mana mereka berdiri'.

Islam bukanlah merupakan al-din untuk golongan al-mutafajirin (golongan yang hanya melihat) ataupun al-mutaqa'idin (golongan yang berpeluk tubuh) tetapi ianya bersifat haraki yang dinamik lagi produktif untuk sentiasa melahirkan suatu natijah dan tidak bersifat jumud (beku).

Ini tidaklah bermakna kita mengharapkan kepada natijah yang cepat tetapi ianya adalah merupakan satu rangsangan daya juang yang sentiasa mengharapkan keredhaan Allah.

Seterusnya ayat ini diakhiri dengan ikrar yang mengikat kuat hati pemuda-pemuda tadi kepada Allah s.w.t. dengan syahadah bahawa sesungguhnya Tuhan kami adalah Allah yang mencipta dan memiliki langit dan bumi, dan kami sesungguhnya berikrar bahawa Dialah sahaja yang wajib disembah dan ditaati perintahnya dan kami dengan syahadah ini membebaskan diri kami dari sebarang kompromi dan ikatan dengan sesuatu yang tidak bersifat rabbani.

Ikrar ini adalah sebagai janji setia kita dengan Allah yang bersifat aqad (ikatan) yang tidak boleh diingkari apatah lagi kalau diputuskan.

Keseluruhan tuntutan di atas adalah merupakan tugas yang dipikul oleh golongan pemuda.

Tanggungjawab berat yang dipikul dalam era al-Shahwah al-Islamiyah (kebangkitan Islam) ini memerlukan kepada golongan syabab tadi melalui satu proses yang dikenali sebagai tajnid yang membawa erti memperkemaskan pemuda tadi ibarat satu kumpulan junud (tentera).

Proses ini adalah proses memupuk kefahaman yang jelas, tanzim (penyusunan) yang rapi dan amal yang mutawasil (berterusan) yang dibuat dalam bentuk tanzim `amal jama'i (penyusunan gerak kerja secara berjamaah).

Wassalam...

LajDaT..:)

Amerika Kecewa Ahmadenejad Terpilih


MENGAPAKAH media Barat, terutama media Amerika Syarikat tiba-tiba memainkan peranan 'pak sibuk' nombor wahid dalam melapor dan menganalisis pilihan raya presiden Iran?

Kesungguhan tidak terperi mereka dalam memberi liputan meluas kepada pilihan raya di Iran dan keputusannya seolah-olah menggambarkan siapa yang menjadi Presiden Republik Islam itu memiliki anak kunci untuk merobah dunia, menyelesaikan masalah ekonomi global serta meletakkan noktah terakhir kepada sengketa di Asia Barat.

Nampaknya, di sebalik slogan kebebasan media yang dipertahankan oleh Barat, sikap berat sebelah serta kewartawanan beragenda membumbui laporan dan liputan pilihan raya presiden Iran. Malah sebelum tarikh pengundian lagi, mereka telah mengandaikan Presiden Mahmoud Ahmadenejad bakal gagal mempertahankan jawatannya.

Misalnya majalah Newsweek edisi 15 Jun 2009, menyiarkan analisis bertajuk 'Why Iran's President May Lose' (Mengapa Presiden Iran Mungkin Tewas).

Kini di sebalik kemenangan Ahmadnejad, dakwaan penipuan kiraan undi yang lebih menjurus kepada krisis dalaman negara berkenaan diperbesar-besarkan dan diberikan dimensi baru dengan tujuan menghasut penyokong calon yang tewas, Mir Hossein Mousavi, bagi mewujudkan keadaan paling tegang negara tersebut selepas Revolusi Islam Iran 1979.

Perbalahan dan rasa tidak puas hati di kalangan pemimpin parti politik Iran dan rakyat negara itu bukanlah sesuatu yang luar biasa dan pelik. Ia lumrah di mana-mana sekalipun termasuk di Amerika Syarikat, Great Britain dan negara-negara Barat yang lain.

Tetapi apabila media Amerika mengepalai kempen Barat dalam menghura-hurakan keadaan politik sesebuah negara dengan mempermodalkan persengketaan dalaman, maka ia mengesahkan lebih lanjut dasar suka cari fasal Washington terhadap negara-negara Islam sebagaimana yang dilakukan terhadap Afghanistan dan Iraq bagi pelbagai tujuan kepentingannya.

Walaupun pelbagai pihak dan negara (kebanyakannya sekutu Amerika) dan para ulama tertentu republik tersebut mendakwa merasa bimbang terhadap apa yang berlaku di Iran, pihak yang lebih masak dengan permainan Barat dan Amerika terus mengucapkan tahniah kepada Ahmadnejad.

Mereka termasuklah Setiausaha Agung Liga Arab, Amr Moussa; pemimpin Hezbollah Hassan Nasrallah; Presiden Iraq, Jalal Talabani dan pemipin radikal negara berkenaan Muqtada al-Sadr, kerajaan Hamas di Gaza serta pertubuhan Jihad Islam Palestin; Presiden Pakistan, Asif Ali Zardari; Presiden Afghanistan, Hamid Karzai dan beberapa negara Islam lain serta beberapa negara bukan-Islam yang melihat pemimpin Washington sebagai 'syaitan bertopengkan manusia'. Pemimpin negara bukan Islam ini termasuklah Presiden Rusia, Dmitry Medvedev dan Pengerusi Majlis Tertinggi Rakyat Korea Utara, Kim Yong-nam.

Dalam perutusan tahniah masing-masing, mereka menyokong Ahmadnejad yang terus mengambil sikap anti-Israel, keengganan tunduk kepada tekanan Amerika dalam program nuklear serta ucapan-ucapan keras beliau terhadap Barat termasuk menafikan peristiwa Holocaust yang dikatakan dicipta oleh Israel untuk menagih simpati dunia.

Justeru, tidak hairanlah sekiranya Amerika dan Barat mahukan Mousavi yang dilihat sebagai sanggup berkompromi dengan Barat termasuk dalam soal program nuklear dengan melahirkan idea pembentukan sebuah konsortium Barat bagi memantau proses pengkayaan bahan uranium di Iran serta kesanggupan mengadakan dialog yang lebih terbuka dengan Amerika dan sekutu-sekutunya.

Ketegangan pilihan raya boleh berlaku di mana-mana tetapi keadaannya sudah tentu tidak akan menjadi lebih buruk dan tegang tanpa campur tangan media Barat dalam usaha mencapai agenda mereka terhadap sesebuah negara. - mks. _

Sumber: Harakahdaily

22 June 2009

PAS adalah bahtera yang selamat - Presiden PAS


SHAH ALAM, 7 Jun - Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menyifatkan 'PAS sebagai bahtera yang selamat' kepada seluruh rakyat Malaysia.
Beliau berkata demikian ketika berucap dalam sesi ucapan penangguhan Muktamar PAS ke-55 di Stadium Malawati hari ini.

Presiden PAS menegaskan, sesiapa yang meninggalkan bantera itu, pastinya akan tenggelam.

PAS disifatkan demikian kerana parti itu memperjuangkan Islam yang sebenar, tatkala suasana hari ini penuh dengan rasuah, kerosakan akhlak dan masalah ekonomi, katanya.

Kini PAS katanya, sudah diterima pelbagai pihak samda kawan mahupun lawan, samada Islam mahupun bukan Islam.

Dalam ucapan yang sama, beliau menyatakan komitmen bahawa PAS adalah bahtera yang diakui lawan akan kekuatannya, selain akan tetap dengan bahtera tersebut juga.

Beliau turut menjelaskan beberapa isu membabitkan 'tahaluf siyasi' hari ini yang dilakukan PAS dalam mendepani politik nasional.

Penubuhan Kelab Penyokong PAS disentuh selain persefahaman dengan pelbagai pihak dalam isu-isu tertentu ketika adanya krisis tertentu.

Sebelum ini Barisan Alternatif dan kini Pakatan Rakyat menjadi medan PAS bersepakat dalam kerjasama politik, katanya.

"Allah memerintahkan supaya kita mengutamakan perdamaian kerana matlamat adalah untuk menyelamatkan manusia," ujarnya.

Beliau turut menyatakan PAS tidak boleh menutup ruang kepada mana-mana pihak, sebaliknya terbuka untuk menerima semata-mata untuk memberi kebaikan kepada manusia.

Presiden PAS juga menyatakan, muktamar PAS kali ini berjalan baik "walaupun ada keriuhan tetapi tidak ada kekacauan".
Beliau menyeru sidang muktamar meneruskan perjuangan dengan tema muktamar 'Islam Memimpin Perubaha'.

dipetik dr http://presiden.pas.org.my

21 June 2009

Hilangnya murabbi umat

Apabila Rasullulah S.A.W. mengumpul para sahabt bagi mencari kekuatan semasa mula-mula menapakkan dakwah beliau dikota mekah,rumah sahabat bernama Al-arqam bin abi arqam menjadi pilihan mereka mengikat ukhuwah dan berbincang mengenal islam.Proses kesinambungan perjuangan melalui usrah dan kefahaman yang diterapkan oleh nabi kepada sahabat baginda terus mengalir dari zaman ke zaman dengan pesanan dari nabi bahawa ulamak akan mewarisi proses dakwah ini,bagi menyelamatkan umat keseluruhanya.

KEHILANGAN BESAR

f_yakan

Justeru apabila murabbi umat Syeikh Fathi yakan yang pulang kerahmatullah pada subuh 13 jun 2009 yang lalu linangan airmata umat serta getaran jiwa seluruh manusia yang meniti jalan dakawah mengiringi pemergian ini. Bertapa sumbangan yang dicurahkan oleh ulama besar ini bagi membawa umat keseluruhanya untuk memahami islam dan beramal dengannya pasti sesuatu yang menjadi kenangan buat seluruh pelusuk masyarakat. Sehubungan dengan itu marilah kita bersama-sama mamanjatkan doa dan sekalungan fatihah buat murabbi ini,semoga jiwa,pengorbanan dan setiap titik usaha yang dicurahkan beliau terus diselusuri oleh umat sepanjang zaman. Kehilangan yang pasti tidak ada gantinya sepertimana yang telah dipesan oleh Rasullulah S.A.W:

cabutilmu

“Sesungguhnya Allah tidak mencabut ilmu dengan merentapnya dari dada manusia. Tetapi Allah mencabut ilmu dengan mematikan Ulama. Apabila tiada lagi ilmuan, maka nantinya manusia akan mengambil pemimpin-pemimpin yang jahil, pemimpin itu ditanya lalu mereka berfatwa tanpa ilmu, maka sesatlah golongan yang bertanya, sebagaimana sesatnya juga golongan yang ditanya” [Hadith riwayat al-Tirmidhi]

Dengan sumbagan ilmu yang dicurahkan kejalan dakwah ini,janganlah disepikan dan jangalah dipinggirkan.

Atau nanti binasalah umat ini tanpa bimbingan, tanpa panduan, tanpa da’ie dan tanpa dakwah, yang semua itu menjadikan kita, umat terbaik dalam sejarah manusia ini.

15 June 2009

'Islamisasi'kan Bidang Lakonan




Perempuan Berkalung Sorban, mengisahkan perjuangan seorang muslimat daripada cara hidup Islam yang jumud. Semangat perjuangan dalam cerita ini boleh diambil iktibar dan pengajaran buat semua da'ieah yang ingin berjaya dalam bidang masing-masing.


Bakal muncul di Astro Oasis, Cinta Sempurna. Idea asal cerita daripada Ustaz Hasrizal Jamil manakala penulis srip pula ditulis oleh Ustaz Zabidi Mohamed. Nantikan kemunculannya. Untuk maklumat lanjut sila layari blog Cinta Sempurna.


Saya memang seorang yang amat gemar menonton televisyen tidak kira filem, drama, dokumentari, berita dan sebagainya. Memang itu hobi saya ketika berada di rumah (jika di kampus tentu sekali tidak, xcukup masa). Tetapi saya ini juga merupakan seorang penonton yang ‘selectif’. Jika drama dan filem saya hanya gemar menonton yang tertentu sahaja, yang menarik di hati dan rasanya dapat memberi mesej yang baik mungkin.

Memang tidak dinafikan kini sudah terdapat banyak drama dan filem berunsur Islam di negara kita. Bagi drama2 di televisyen, Malaysia mempunyai Murali Abdullah dan Puan Sheila Rusly iaitu antara pengarah dan penerbit yang banyak menghasilkan produk2 bermesejkan Islam. Dan tidak dinafikan memang terdapat ramai lagi pengarah dan penerbit drama yang dikatakan menghasilkan drama berunsur Islam ini.

Cuba pula lihat di negara seberang, Indonesia. Industri filem negara Indonesia telah banyak menghasilkan filem-filem berunsurkan Islam dan ramai yang berpendapat bahawa Indonesia lebih terkekehadapan dari Malaysia dalam menghasilkan filem2 begini. Antaranya sudah tentu Ayat-ayat Cinta (filem ngetop Indon), Kiamat Sudah Dekat, Kun Fayakun, Sang Murabbi, Perempuan Berkalung Sorban dan banyak lagi.

Terus terang saya ingin katakan bahawa industri filem Malaysia dan Indonesia memang tidak kekontangan dngn idea2 cerita berunsur Islam tetapi sebenarnya kekontangan dengan pelakon dan krew produksi filem atau drama yang islamik.

Timbul pula elemen pelakon di sini.

Jika seorng sahabat saya ada menulis di blognya bahawa nasyid itu seperi ‘menjual’ Allah saya ingin katakan bahawa filem berunsur Islam itu sebenarnya seperti ‘menjual’ Allah bukan menjual filem itu Maksudnya, bila sudah filem itu berunsurkan Islam, maknanya mesej Islam yang hendak disampaikan kepada penonton. Mesejnya tentu sahaja mengajak manusia kembali kepada ajaran Islam, mengajak manusia kepada Allah. Jadi itu yang dijual sebenarnya, mesej cerita tersebut. Apa kaitannya dengan lakonan pula adalah kerana pelakon2lah yang menggerakkan filem tersebut kearah mesej yang ingin disampaikan kepada penonton. Tanpa pelakon sudah tentu idea tidak dapat di ‘transform’ menjadi sebuah filem dan lakonan. Dan pelakonlah yang berperanan dalam mengarahkan mesej Islam sampai kepada penonton dan segala aksi penonton di dalam sesebuah cerita kemungkinan akan menjadi ikutan kepada penonton.

Sebagai contoh cerita Perempuan Berkalung Sorban, mesejnya sdh bagus tetapi ada satu babak yang tidak betul, ketika pelakon utama (lelaki dan permpuan) cerita tersebt berpegangan tangan. Ini kerana pelakon itu adalah pelakon. Mengikut apa yang disaran oleh pengarah. Silap haribulan msj lain pula yang disampaikan apabila melihat aksi pelakon dalam cerita tersebut. Cerita Ayt2 Cinta pula, filem yang diterbitkan lain benar dengan idea asal Ustaz Habiburrahman. Bagi yang belum menjadi nvl tersebut, mungkin akan tertipu. Pada hakikatnya, mesej yang hendak disampaikan sangat indah, adaptasi dr surah Az-Zukhruf ayat 67. Oleh itu saya sangt bersetuju dengan cadangan Ustaz Hasrizal u mewujudkan akademi lakonan Islam. link.

Memetik dari kata-kata Ustaz Hasrizal melalui blognya "Biar sampai ke satu peringkat, bidang lakonan diterima sebagai salah satu cabang kerjaya bagi orang yang memahami agama. Lakonan yang bukan kotor dengan glamour dan hawa nafsu yang berakar budaya semata. Tetapi dunia lakonan yang penuh bakat, nilai, kualiti, pemikiran yang bisa menenggelamkan drama-drama dan filem yang gersang nilai, termasuklah penggiat seni capek yang mendukungnya." Pelakon yang betul2 faham mesej yang ingin disampaikan di dalam cerita berunsur Islam tersebut. Pelakon yang bersakhsaih dan menjaga batas2 agama.

Sudah tentu bidang ini banyak cabarannya kerana amat sedikit pelajar yang berpemikiran Islam memilih jurusan seperti ini. Dan saya juga tidak mahu ada lagi yang mengatakan sama sahaja sama ada filem Islam atau tidak, semuanya lagha. Kerana benda yang menjadi lagha ini adalah aksi pelakonnya sedangkan mesej cerita tersebut sudah bagus.

Saya kagum dengan azam dan usaha Ustaz Hasrizal ingin angin tajdid dalam industri seni negara. Ya..! angin tajdid bukan retorik. Saya juga menantikan terbitnya filem Ketika Cinta Bertasbih iaitu satu lagi adaptasi dr novel Ustaz Habib. Kagum dngan semangat Ustaz Habib kali ini yang menjanjikan bahawa ideanya kali ini tidak akan diubah. Kagum juga dengan semangatnya ingin mencari sendiri pelakon yang akan membintangi filem adaptasi dari novelnya itu. Dengar-dengar watak utamanya adalah seorang pelajar lulusan universiti di Jordan. Ingin saya menyahut kata2 ustaz Hasrizal, sudah tibanya bidang lakonan menerima angin tajdid.

Oleh kerana saya ini seorang yang gemar menonton televisyen, saya ingin menasihat kepada diri saya terutamanya dan juga mungkin sahabat-sahabat lain di luar sana "Jangan menonton secara melampau nanti meletup".. Wallahua'lam.

Al Faqirah Ila Allah,
Wan Afifah Wan Ghazali,
LIM MyTeam.

LAMEGA 09 di Kelantan

Alhamdulillah pada 29/5/09 saya sekali lagi berpeluang terlibat dengan program Lambaian Menara Gading (LAMEGA 09) selama 3 hari. LAMEGA merupakan satu program khas untuk bakal mahasiswa Kelantan (lepasan SPM, STPM, STAM, matrikulasi) anjuran Markaz Siswazah Kelantan, MSK dan kerajaan negeri Kelantan. Program tahunan ini bertujuan memberi pendedahan tntang alam kampus kepada bakal-bakal mahasiswa Kelantan yang kebanyakan akan melanjutkan pelajaran di luar negeri Kelantan. Dan memang tidak dinafikan rakyat kelantan merupakan antara yang teramai merantau ke luar negeri.

Kali ini saya telah dilantik menjadi fasilitator mewakili kampus UMK yang mana fasilitator diambil dari wakil-wakil MSK kampus di kampus-kampus seluruh Malaysia. Tetapi, sedikit mendukacitakan kerana tidak semua wakil kampus yang dapat hadir. Mungkin ini adalah antara masalah yang dihadapi oleh pihak penganjur sepanjang bertahun-tahun program LAMEGA diadakan.

Kali ini seramai lebih 200 peserta menyertai program, mungkin sudah kuotanya 200 sahaja disebabkan penginapan yang tersedia itu sahaja. Berdasarkan pengalaman saya sebagai AJK pendaftaran LAMEGA tahun lepas, kami terpaksa menutup penyertaan bagi yang terlewat mendaftar. Dan ada juga yang komen menyatakan ketidak-puasan hati mereka kerana tidak berpeluang menyertai program ini sehinggakan ada yang mencadangkan supaya menutup penyertaan kepada lepasan matrikulasi. Tahniah MSK atas kajayaan ini. Dan seperti kebiasaannya peserta muslimat lebih ramai dari peserta muslimin. Tidak silap peserta mslimin ¼ sahaja dari peserta muslimat. Walaubagaimanapun tahniah kepada semua peserta.

Seperti tahun-tahun sebelumnya LAMEGA mnjadi tarikan kepada kebnyakn pelajar-pelajar sekolah Yayasan Islam Kelatan, YIK seperti Maahad dan SMU dan hanya segelintir sahaja pelajar dari sekolah biasa dan matrikulasi. Bukan ingin dikatakan pelajar-pelajar sekolah YIK sudah bagus dan tidak perlu lagi menyertai program ini tetapi persoalannya, pelajar-pelajar tajaan YIK lebih mendapat mendapat pendedahan promosi untuk program ini berbanding pelajar sekolah biasa dan lepasan matrikulasi. Oleh itu, untuk tahun-tahun kehadapan sy mengharapkan promosi tentang program tahunan MSK ini perlu ditingkatkan untuk pelajar-pelajar sekolah biasa juga.

Seramai lebih 30 fasilitator dari pelbagai universiti yang hadir. Daripada program 3 hari ini saya juga berpeluang untuk berkenalan dengan sahabat-sahabat kampus lain dan berkongsi pandangan dan bertukar-tukar pendapat dalam menyemarakkan lagi agenda dakwah di kampus masing-masing. Ukhuwah itu indah jika ia kerana Allah.

LAMEGA kali ini telah dirasmikan oleh Dr Rosli Allani, Timbalan Pengerusi Yayasan Amal Kelantan yang juga merupakan Pegawai Khas Dato' Husam Musa. Manakala perasmian penutup pula Ustaz Baihaqi Atiqullah, Exco kerajaan Negeri Kelantan.Antara program2 yang disediakan untuk peserta adalah seperti slot IPT, slot Nisa' ceramah, riadah dan LDK. Antara penceramah yang dijemput adalah Saudara Nazman Che Iberahim (UTM) dan Ustaz A. Ubaidillah bin Alias.

Slot LDK pula lebih bertemakan peranan mahasiswa Islam sebagai khalifah da’ie ila Allah apabila melangkah ke alam kampus. Rumusan akhir slot LDK adalah gambaran kepada peserta tentang kehidupan di alam kampus dan menekankan kepada peserta bahawa pengajian di kampus bukan sahaja untuk belajar tetapi tanggungjwab yang dipikul lagi berat. Dalam slot IPT, peserta dibahagikan mengikut IPT pilihan mereka dan fasi IPT masing-masing menerangkan tentang IPT mereka sebagai persediaan kepada peserta sebelum melngkah ke alam kmpus. MSK juga mengambil peluang ini untuk memperkenalkan MSK di peringkat kampus seperti di kampus UKM sebgai PERDANA, UM sebgai PMKUM dan lain-lain lagi.

Akhir kata, tahniah kepada semua AJK yang terlibat, fasilitator, dan kepada semua yang terlibat sm ada secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan program LAMEGA kali ini. Tahniah juga kepada MSK dan kerajaan negeri kelantan yang telah berjaya meneruskan program LAMEGA pada tahun ini. Diharap LAMEGA dapat dilaksanakan lagi pada tahun-tahun hadapan dan segala objektif program tercapai.


Al faqirah Ila Allah,
Wan Afifah Wan Ghazali
LIM MyTeam

14 June 2009

REVOLUSI MAHASISWA DALAM MENJADI AGEN PEMACU ‘ POLITIK BARU’


Artikel ini ditulis bersumberkan pandangan penulis hasil dari pembacaan, konvensyen dan seminar yang dihadiri. Semoga gagasan idea yang direncanakan dapat membuka minda keseluruhan mahasiswa dalam menjadi nadi Gerakan Mahasiswa yang sememangnya menjadi tulang belakang negara dalam menjaga banyak kemaslahatan ummah yang digegar saban saban hari. Arus perubahan yang membuka kepada dimensi dunia yang mempunyai nilai benar, amanah, keilmuan dan saling menampung dapat disegerakan dengan lahirnya pejuang yang luhur dari saff pelajar (mahasiswa).

Revolusi dan evolusi sememangnya menjadi suatu kepastian dalam Gerakan Mahasiswa sedunia. Gerakan Mahasiswa Islam sememangnya memerlukan suatu daya lonjak dari masa ke masa dari segi sudut gerakan yang sememangnya menelusuri sistem Tarbiyah Madrasah Rasulullah yang tetap dengan matlamat dan prinsip perjuangan dan fleksibel dari segi uslub (kaedah /method) yang digunapakai serta bersesuaian dengan zaman yang dilaluinya. Revolusi menunjukan suatu daya lonjak yang besar berbeza dengan evolusi dimana evolusi berlaku secara beransur-ansur manakala revolusi adalah perubahan mendadak dalam struktur suatu sistem mahupun ‘rupa’.

Kini mahasiswa secara umumnya mengalami suatu proses transisi dalam mengenali ertikata sebenar ‘politik semasa’ yang dianggap tidak berintegriti kerana sering berubah seperti hanya mengikut arus media perdana atas kesan pembawakan pemimpin besar yang mencengkam negara sahaja . Mengetahui kondisi mahasiswa yang zahir dan batinya hanya terikat dengan pegangan tuntutan agama, nilai intelak dan fitrah manusia yang luhur menjadikan mahasiswa sebagai agen perubah semasa dalam agenda perubahan negara yang semakin membangun atau runtuh. Mahasiswa mempunyai pandangan yang cekap dan telus kerana pemikiran mahasiawa belum lagi diwarnai sepenuhnya kekusutan dan kekalutan hidup dibekalkan mempunyai daya juang kepemudaan yang tinggi. Saidina Ali pernah mengatakan bahawa ‘Jika hendak lihat negara pada masa hadapan, lihatlah golongan mudanya pada masa kini’. Perihal ini menjelaskan persoalan yang terbungkam sekian lama bahawa perlukah mahasiswa diletakan di dalam kondisi yang dikepung dari menjalankan fungsi sebagai masyarakat biasa di dalam negara dalam menggerakan kelompok masyarakat itu sendiri dalam segala hal. Saya yakin dan pasti bahawa mahasiswa akan lebih cepat matang dalam menggerakan agenda pembangunan masyarakat tanpa rantai yang yang selama ini telah mengikat golongan mahasisawa di mana dengan sekatan yang ada sehingga masa kini.

Renungkanlah kata-kata Bapak Mohamad Natsir, seorang tokoh cendikiawan Islam Nusantara yang hidup sezaman dengan Sukarno dan Hamka dimana di dalam bicaranya menyebutkan;

“ Bisa ada percetakan yang mampu mencetak mencetak pemimpin, pemimpin tidak lahir di bilik-bilik kuliah dan tutorial, tetapi tumbuh dari hempas pulas kancah, muncul di tengah-tengah pengumpulan masalah, menonjol di kalangan rakan-rakan seangkatan, lalu diangkat dan dijulang oleh ummat”

‘Politik Baru’ yang digagaskan oleh sebilangan pemimpin dari terdiri dari pimpinan dari ahli akademik dan pimpinan politik serta keseluruhan pimpinan mahasiswa kini di peringkat nasional sendiri seolah-olah telah mengiakan tsunami politik yan telah berlaku di nagara-negara luar dan dialami sendiri oleh Malaysia menjadi suatu tuntutan yang pasti dalam membuat perubahan kea rah yang lebih demokratik secara keseluruhanya. Demokrasi yang telah tercemar akibat kerosakan sistem politik negara yang dipanggil ‘politik lama’ telah menjadi seolah-olah ‘tokak luka’ atau barah yang harus dipulihkan. Persoalanya mahasiswa perlu menjadi pejuang yang lebih agresif dalam menyatakan revolusi politik diperlukan oleh negara dan bukanya evolusi yang mempunyai ‘roh’ politik yang lama. Keseluruhan mahasiswa seharusnya tidak bisa dipalitkan dengan suatu cemar (yang terdapat dalam politik lama) kerana terdiri dari golongan yang berkapasiti intelek yang tinggi.

Agenda ‘Politic of hope’ sebagai dimansi politik baru perlu disegerakan oleh mahasiswa bagi menggantikan politik lama dalam dimensi ‘politic of fear’ yang masih
digunapakai oleh sebilangan pemimpin di Malaysia walaupun terdiri dari ahli akademik sendiri seperti di kampus-kampus di mana hilangnya maruah dan nilai pandang dengan ilmu oleh segelintir ahli akademik. Ini turut digagaskan sendiri oleh Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Malaysia, Dato’ Saifuddin Abdullah dan disokong sendiri oleh ahli akademik baru yang tersohor iaitu Datuk Naib Canselor UTM sendiri. Faktor ‘fear’ masih lagi digunakan dan menebal di kalangan sebilangan kecil ‘sang penguasa’ di kampus menyebabkan gerakan mahasiswa ditekan dan terkesan kepada semua kelompok mahsiswa. Situasi ini tidak akan menyokong sendiri Pelan Pembangunan Mahasiswa yang digagaskan oleh Datuk Naib Canselor yang bakal dijalankan.

Persoalan sehingga saat ini, adakah mahasiswa sudah benar-benar memahami realiti idealisme dan gerakan mahasiswa yang harus digerakan. Fikir-fikirkan?????
Ikuti sambunganya......

hadid_as-syabab

11 June 2009

Teks Ucapan Dasar Presiden Muktamar PAS ke 55


UCAPAN DASAR PRESIDEN PAS MUKTAMAR 55
UCAPAN DASAR PRESIDEN PAS MUKTAMAR 55 msshiedadida Ucapan Pembukaan Muktamar Tahunan PAS ke 55 oleh Datuk Seri Tuan Guru Haji Hadi Bin Awang.

6 June 2009

Ayat-ayat Cinta



Ayyuhal ikhwah wa ikhwati…,
Sedarkah kita, betapa Allah amat mengasihi hamba-hambaNYA yang ikhlas berjuang menegakkan agamaNYA. Allah sama sekali tidak akan membiarkan hamba-hambaNYA begitu sahaja. 6666 ayat-ayat cintaNYA telah dicatatkan dalam kitab suci sepanjang zaman iaitu AL-QURAN. Adakah kita sebagai daie selalu menatapnya??

Dalam Al-quran tercatat pelbagai macam kisah yang boleh mengubati keresahan dan rasa gundah gulana,marilah kita meluahkan rasa sedih dan duka kita dgn menatap ayat2 cinta dari Allah…SubhanaAllah, benar..ayat2 cinta ini dapat mengubat dan membuahkan ketenangan ke dalam hati dan kita…

kita bertanya,Al- quran menjawab..

1. kenapakah aku diuji?


Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan:" kami telah beriman,"sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka,maka sesungguhnya Allah mengetahui orang2 yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang2 yang dusta..( Al-Ankabut:2- 3)

2. kenapakah aku tidak mendapat apa yang aku idamkan?

"boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu,dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu,padahal ia amat buruk bagimu,Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui". .(Al-baqarah: 216)

3. kenapa aku ditimpa ujian seberat ini?


"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya" ..( Al-baqarah:216)

4.kenapakah aku merasa kecewa?

"janganlah kamu bersikap lemah,dan jangan pula kamu bersedih hati,padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya,jika kamu orang yang beriman"..(Al- imran:139)

5. bagaimanakah aku harus menghadapinya?


"Wahai orang-orang yang beriman!Bersabarlah kamu(menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan) ,dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih drpd kesabaran musuh,di medan perjuangan,dan bersedialah dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan serta bertaqwalah kamu kpd Allah,supaya kamu berjaya mencapai kemenangan". .( Ali-imran:200)

" dan mintalah pertolongan kepada Allah dgn jalan sabar dan mengerjakan sembahyang dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kpd orang-orang yang khusyuk"…(Al- baqarah:45)

6. Apakah yang aku akan dapat drpd semua ini?


" Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mukmin itu diri,harta mereka dgn memberikan syurga utk mereka"…( At-taubah:111)

7. kepada siapakah aku harus berharap?

"Cukuplah Allah bagiku,tidak ada tuhan selain dariNYA,hanya kpdNYA aku bertawakkal"… (At-Taubah: 129)

8. Aku tidak dapat tahan lagi!!!

"…dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang kafir"…( Yusuf: 12)

Sama-samalah kita taddabbur ayat-ayat cinta dariNYA supaya ruh perjuangan ISLAM x bisa luntur dari jiwa-jiwa setiap ansarullah…

Wallahua'lam. ..

LajDaT...:)

3 June 2009

Perkongsian Tokoh (Imam Ahmad bin Hanbal)

Imam Abu 'Abdullah Ahmad bin Muhammad bin Hanbal dilahirkan di Baghdad, Iraq, pada tahun 164H/781M. Ayahnya seorang mujahid Islam dan meninggal dunia pada umur muda, iaitu 30 tahun. Ahmad kemudiannya dibesarkan oleh ibunya Saifiyah binti Maimunah.

Imam Ahmad bin Hanbal menghafal al-Quran sejak kecil dan pada umurnya 16 tahun beliau sudah menjadi penghafal hadith yang terkenal. Imam Ahmad bin Hanbal meneruskan pengajian hadithnya dengan sekian ramai guru dan beliau pada akhir hayatnya dijangkakan telah menghafal lebih daripada sejuta hadith termasuk barisan perawinya.

Pada tahun 189H/805M Imam Ahmad bin Hanbal berhijrah ke Basrah dan tidak lama kemudian ke Makkah dan Madinah untuk menuntut ilmu. Di sana beliau sempat duduk berguru dengan Imam as-Syafi'e. Sebelum itu guru-gurunya yang masyhur ialah Abu Yusuf, Husain ibn Abi Hazim al-Washithi, 'Umar ibn 'Abdullah ibn Khalid, 'Abdurrahman ibn Mahdi dan Abu Bakar ibn 'Iyasy. Pada tahun 198H Imam Ahmad bin Hanbal ke negeri Yaman pula untuk berguru dengan 'Abdurrazzaq ibn Humam, seorang ahli hadith yang besar ketika itu, terkenal dengan kitabnya yang berjudul al-Musannaf. Dalam perjalanannya ini Imam Ahmad mula menulis hadith-hadith yang dihafalnya setelah sekian lama.

Imam Ahmad bin Hanbal kembali semula ke Baghdad dan mula mengajar. Kehebatannya sebagai seorang ahli hadith dan pakar fiqh menarik perhatian orang ramai dan mereka mula mengerumuninya untuk belajar bersama. Antara anak muridnya yang kemudian berjaya menjadi tokoh hadith terkenal ialah al-Bukhari, Muslim dan Abu Daud. al-Qasim ibn Salam pernah berkata:

Ahmad bin Hanbal adalah orang yang paling ahli dalam bidang hukum dan aku tidak melihat ada orang yang lebih mengetahui tentang as-Sunnah selain beliau. Beliau tidak pernah bersenda gurau, selalu berdiam diri, tidak memperkatakan apa-apa selain ilmu.

Imam Ahmad bin Hanbal pernah hidup di dalam penjara kerana kekerasannya menentang Mazhab Mu'tazilah yang diterima oleh pemerintah Abbasid ketika itu. Mereka (pemerintah) memaksa Imam Ahmad mengesahkan mazhab baru tersebut. Imam Ahmad enggan dan ini menyebabkan beliau dirotan di dalam penjara sehingga tidak sedarkan diri.

Akibat ketegasan Imam Ahmad bin Hanbal serta tekanan daripada para orang ramai akhirnya menyebabkan pihak pemerintah Abbasid telah terpaksa membebaskan beliau dari penjara. Imam Ahmad kemudiannya meneruskan pengajarannya kepada orang ramai sehinggalah kematiannya pada tahun 241H/856M, ketika berusia 77 tahun Hijriah.

Imam Ahmad bin Hanbal meninggalkan kepada dunia Islam kitab hadithnya yang terkenal iaitu “al-Musnad” yang mengandungi lebih kurang 30,000 hadith Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam dan atsar para sahabat radhiallahu anhum. Dua orang anaknya yang utama meneruskan perjuangan ayah mereka, iaitu 'Abdullah bin Ahmad dan Shaleh bin Ahmad.

Allahu a’lam bisshawab.

LaJDaT

sumber: http://sirah. blogsome. com