31 March 2009

.UP UP Ibadah and UP UP iman.



Article Sumbangan: LajDaT MyTeam

Assalamualaikum dan salam ukhwah

Rabiatul Adawiyah dan Tingkat Ibadah , Rabiatul Adawiyah dan tingkatan iman.

Pernah suatu hari orang-orang salih datang berziarah kerumah Rabiah.. Ketika itu terjadilah tanya-jawab diantara Rabiah dengan tetamu itu berkenaan dengan masalah menyembah Allah. Salah seorang mereka ditanya Rabiah:

“Mengapa anda menyembah Allah?” tanya Rabiah.

“Kerana saya takut akan api neraka,” jawab orang itu.

“Mengapa anda menyembah Allah?” Rabiah bertanya pula pada tetamu yang lain.

“Saya menyembah Allah kerana takut masuk api neraka dan ingin masuk ke dalam syurgaNya,” jawab tetamu itu.

Rabiah menarik nafas panjang kemudian berkata:“Alangkah buruknya seorang hamba yang menyembah Allah hanya kerana mengharapkan syurga dan ingin menghindar dari api neraka!” Sejurus Rabiah terdiam seakan-akan kecewa mendengar jawapan mereka. Kemudian dari bibirnya keluar sebuah soalan:

“Sekiranya syurga dan neraka tidak ada, adakah kamu akan menyembah Allah?”

Hadirin saling berpandangan sesama mereka. Tidak menyangka kalau-kalau pertanyaan seperti itu akan dikemukakan oleh Rabiah. Agak lama tidak seorang pun diantara mereka berani menjawab.Salah seorang mereka itu memecahkan kesunyian dengan bertanya kepada Rabiah:“Kalau begitu, tolong jelaskan kepada kami kenapa anda menyembah Allah?”

“Saya menyembah Allah adalah keranaNya. Nikmat yang dianugerahkanNya kepada saya sudah cukup untuk menggerakkan hati saya untuk menyembahNya!”

Demikian jawapan Rabiah, ringkas tetapi padat.

Moral of the story: Let’s do a reality check on ourselves, me and you. Dalam kisah di atas, kita dapat extract tiga tahap keimanan :

1.Menyembah Allah kerana takutkan api neraka.

2.Menyembah Allah kerana takutkan api neraka dan inginkan syurga.

3.. Menyembah Allah semata-mata kerana cinta kepadaNya, bukan mengharapkan syurga dan ingin menjauhi neraka. (tahap pertama dan kedua adalah jelek dan buruk di mata Rabiah)

Sekarang check diri kita. Di mana iman kita berada? Adakah tahap pertama atau tahap kedua? Ramai yang sekurang-kurangnya akan meletakkan dirinya dalam tahap yang pertama. Ada juga yang mengatakan dirinya tidak mencapai tahap pertama sekalipun.

Adakah kita tergolong dalam golongan ini?:

1.Sangat jauh dari Allah. Golongan ini bukan sahaja mengabaikan suruhan Allah, malah melakukan maksiat dan mempertikaikan dan menentang suruhan Allah. Nauzubillah.

2.Bermain-main dengan Allah. Golongan ini kadang-kadang solat, kadang-kadang tidak. Ikut mood. Senang cerita orang yang malas.

3. Beribadah yang tidak memberi kesan. Golongan ini tidak meninggalkan suruhan tetapi masih melakukan maksiat. Bukankah solat itu, mencegah perkara yang keji dan mungkar?

4.Beribadah bukan kerana Allah. Golongan ini melakukan banyak suruhan Allah dan melakukan nahi mungkar tetapi tidak ikhlas. Sebaliknya ingin mendapatkan penghormatan daripada masyarakat, kononnya dialah ustaz, dialah yang paling alim dan semua orang kena ikut cakap dia.

Adakah anda tergolong dalam mana-mana golongan ini? Saya tidak tahu dan jangan beritahu saya. Anda lebih memahami diri anda sendiri dan terpulang pada diri anda untuk meletakkan di tahap keimanan yang mana. Mereka yang berada di tahap pertama akan meninggalkan segala perkara maksiat dari yang besar hingga sekecil-kecil pun dan melakukan ibadah yang wajib. Mereka yang berada di tahap kedua akan menambahkan amalannya dengan yang sunat-sunat. Mereka yang berada di tahap tertinggi, akan meninggalkan dunia dan meletakkan sepenuh cinta kepada Allah s.w.t.

Cinta Rabiatul Adawiyah adalah sangat sukar untuk diungkapkan dan difahami. Pergilah kekedai buku agama dan cuba cari buku yang menceritakan tentang Rabiatul Adawiyah. Itulah ‘chicken soup for the soul’ versi Islam.

Wallahu'alam

30 March 2009

Dakwah dan Tarbiyah - Wasilah Utama Dalam Pembentukan Ummah.

Article sumbangan: LajDaT MyTeam

Rasulullah saw memulakan jihadnya melalui dakwah dan Tarbiyah, bukan terbentuk secara tiba-tiba atau kebetulan tanpa apa-apa persediaan dan pembentukan bahkan Rasulullah saw menghadapi berbagai kesukaran dan halangan dan terus berjihad sehingga terbentuk satu ummah yang terpuji sebagai Khaira Ummah di abadikan didalam Al-Quran.
Seperti di tegaskan dalam Al-Quran ayat 110 Surah Al Imran maksudnya:
"Kamu adalah sebaik-baik ummah dikeluarkan untuk manusia seluruhnya, kamu memerintah (menyuruh) kepada ma’aruf dan mencegah mungkar serta kamu tetap beriman kepada Allah"
Rasulullah saw mula berdakwah dan membentuk ummah sejak di zaman Makkah lagi. Baginda mendidik (mentarbiyah) sekumpulan jamaah mukminin yang menjadi benih terbentuknya masyarakat yang baru (berbeza daripada masyarakat jahiliyah). Ketika Rasulullah saw membentuk jamaah mukminah di Makkah dimasa itu. Baginda menyedari bahawa peranannya lebih besar daripada Makkah dan Semenajung Arab dan Risalah yang Baginda bawa bukan semata-mata khusus untuk satu bangsa dan satu generasi bahkan Risalahnya bersifat sejagat (‘Alamiyah) dan halatujunya menghapuskan jahiliyyah dan membina insaniah yang baru, menepati prinsip-prinsip Al-Quran dan ajarannya.

Ketika Baginda menjadikan kota Makkah sebagai markas dakwahnya, Baginda tidak memulakan dengan membentuk daulah yang terdiri dari pembesar-pembesar Quraisy bagi menundukkan seluruh orang Arab dan memaksa mereka menerima prinsip-prinsipnya dengan kekerasan.. Baginda tidak melakukan demikian kerana Baginda bukan diutuskan untuk menghapuskan kerosakan dengan mengundang kerosakkan lain dan bukan untuk memaksa masyarakat menerima dakwahnya dengan kekerasan tetapi Baginda diutuskan untuk menyampaikan Risalah Allah SWT dan mengajak semua manusia dengan penuh hikmah serta dengan peringatan-peringat an yang baik. Serta sabar bersama-sama orang-orang yang beriman membentuk jamaah yang menjalankan kerja-kerja Islah agar mereka menjadi asas yang kukuh bagi kelahiran masyarakat (generasi) baru (Generasi Mukmin).

Rasulullah saw memberi penekanan kepada Tarbiyah Jiwa/ Dhomir / Al Wijdaan dan tarbiyah akhlak dan budi pekerti berteraskan keimanan/tauhid; kerana inilah asas sebenarnya bagi pembinaan ummah yang menjamin masyarakat dan Daulah daripada berlaku penyelewengan, kezaliman dan kerosakan. Ilmu perlembagaan, dan undang-undang serta deen undang-undang serta peratusan semata-mata belum cukup untuk mcmbina ummah tanpa dididik jiwa dan akhlaq masyarakat.

Sehubungan ini Al Quran telah menegaskan dalam surah Al Ra’ ad ayat 11, maksudnya”-
"Sesungguh Allah SWT tidak mengubah apa yang terdapat pada sesuatu kaum itu sehingga mereka mngubah apa yang terdapat dalam jiwa mereka."

Ustaz Mohd Syadid dalam kitabnya Al Jihad Fil Islam menjelaskan bahawa inilah jalan membentuk dan membina ummah serta membangunkan tamaddun dan kemajuan. Pengislahan masyarakat tidak akan sempurna melainkan di mulakan dengan jiwa masyarakat itu sendiri.... kerana itu maka medan Islam yang pertama ialah ‘alam jiwa dan dhamir., dan wasilahnya yang pertama dan utama untuk sampai kepada matlamat ialah AtTarbiyah,.’


6 March 2009

WAHDATUL FIKR DAN WAHDATUL AMAL

Skop amal Islami yang dibincangkan di sini ialah yang melibatkan amal jama’iy dan amal ijtima’iy.

Fokus amal Islami ialah dakwah, tarbiyyah dan jihad.

Pengertian Wahdatul Fikri wal ‘Amal

Wahdatul fikri bermaksud kesatuan fikiran dalam meletakkan matlamat, halatuju, sikap dan pandangan dalam jama’ah.

Wahdatul amal bermaksud kesatuan tindakan dalam menjayakan perancangan, penyusunan kerja dan tenaga ke arah mencapai matlamat bersama dalam jama’ah.

Ini bererti wahdatul fikri adalah asas penting ke arah wahdatul amal.

Asas-asas Wahdatul Fikri

1. Keutuhan aqidah.
2. Kefahaman tentang tasawwur Islam yang jelas.
3. Kejelasan matlamat dan fikrah perjuangan.
4. Kejelasan prinsip dan keanjalan strategi
5. Memahami uslub dan manhaj jama’ah.
6. Kefahaman waqi’e medan perjuangan.
7. Kekuatan ukhuwwah dan keterbukaan pandangan.

Asas-asas Wahdatul Amal

1. Keutuhan kesatuan fikrah ( wahdatul fikri )
2. Memahami tasawwur amal Islami ( fiqh amal jamai’iy dan ijtima’iy )
3. Memahami kerja berorganisasi
4. Menguasai nizam ( sistem ) jamaah .
5. Perencanaan ( takhtith) yang teliti.
6. Wala’ dan tsiqoh antara qiyadah dan jundiyyah.

Wasilah Wahdatul Fikri dan Wahdatul Amal

1. Pembentukan ahli dan pimpinan melalui tarbiyyah dan perkaderan ( takwin )
2. Perancangan melalui qiyadah dan syuro ( takhtith )
3. Penyusunan melalui organisasi yang tersusun ( tanzhim )

Halangan-halangan Ke Arah Wahdatul Fikri wal Amal

1. Kelemahan dan kelembapan takwin.
2. Kemasukan unsur-unsur fikrah ajnabi.
3. Munculnya berbagai firqah dan aliran dalam jamaah.
4. Kelesuan qiyadah dan kedegilan jundiyyah.
5. Perencanaan yang spontan dan perlaksanaan yang kucar kacir.


Wallahu a’lam

ABi

dipetik dr http://www.takwinfardilmuslim.blogspot.com/

5 March 2009

!..mencari cinta hakiki..!


Apabila kau ingin berteman,
Janganlah kerana kelebihannya,
Kerana mungkin dengan satu kelemahan,
Kau mungkin akan menjauhinya. ...

Andai kau ingin berteman,
Janganlah kerana kebaikannya,
Kerana mungkin dengan satu keburukan,
Kau akan membencinya. ...

Andai kau inginkan sahabat yang satu,
Janganlah kerana ilmunya,
Kerana apabila dia buntu,
Kau mungkin akan memfitnahnya. ...

Andai kau inginkan seorang teman,
Janganlah kerana sifat cerianya,
Kerana andai dia tidak pandai menceriakan,
Kau mungkin akan menyalahkannya. ...

Andai kau ingin bersahabat,
Terimalah dia seadanya,
Kerana dia seorang sahabat,
Yang hanya manusia biasa....

Jangan diharapkan sempurna,
Kerana kau juga tidak sempurna,
Tiada siapa yang sempurna...
Tapi bersahabatlah kerana ALLAH !

9 February 2009

KEMAHIRAN NUQABA': PENGENDALIAN USRAH YANG BERKESAN



1.0 ULANGKAJI TENTANG USRAH

a. Kumpulan ukhuwwah.
b. Bukan majlis kuliah ilmu tetapi penuh dengan perkongsian ilmu dan pengalaman, imaniyyah, biah solehah dan penghayatan hidup Islam.
c. Bengkel latihan kemahiran berjama’ah dan kepimpinan
d. Unit tanzim amilin jama’ah.

2.0 ASAS PENGETAHUAN
a. Bidang pencapaian ahli
- ilmu dan fikrah
- keperibadian
 
- iltizam

b. Usul tarbiyyah
- tarkiz tarbawi : ruh, aqal, hati dan nafsu

c. Usul dakwah
- maudhu’
- da’ie
- mad’u
- uslub
- wasilah

3.0 PERSEDIAAN

a. Persediaan ruh
- qiyam pada hari usrah
- solat subuh berjamaah
- al ma’athurat dan rabithoh
- tilawah dan tadabbur al quran

b. Persediaan bahan usrah

- ulangkaji bahan
- buat rujukan ayat-ayat al quran dan hadith-hadith
- buat rujukan buku-buku atau artikel yang berkaitan
 
- kenal pasti isi-isi penting

c. Persediaan pemfokusan dan pemberatan
- kenal pasti isu jamaah semasa seperti organisasi, gerakkerja, kepimpinan, keperibadian, commitment dsb.
- kenal pasti fokus dan objektif usrah

4.ORGANISASI USRAH

a. Ketua
b. Pengerusi liqa’
c. Pembentang tajuk
d. Pengulas tajuk
e. Pengulas Isu
f. Pentazkirah

5.0 PENDEKATAN ( USLUB)

5.1 Ta’arif

- aras kesedaran ke aras kefahaman
- hikmah dan nasihat yang baik
- membudaya ilmu dan amal melalui aktiviti yang dirancang.
- 2 hala dan melatih tugasan
- 80% sentuhan naqib

5.2 Takwin

- aras kefahaman ke aras keyakinan
- tugasan lengkap
- audit kefahaman ahli
- audit keperibadian dari segi ibadah dan akhlak
- audit iltizam dari segi keterlibatan dengan proksi
- 50-50

5.3 Tanfiz

- aras keyakinan ke aras kepimpinan
- audition berterusan
- tugasan lengkap
- pengarahan gerakkerja
- 20-80

5.4 Qiyadi

- aras kepimpinan dan penguasaan
- audtion berterusan
- tugasan lengkap
- pengarahan gerakkerja
- 20-80


6.0 KEMAHIRAN PERIBADI ( PERSONAL SKILL)
6.1 Kemahiran mendengar
6.2 Kemahiran mempengaruhi
6.3 Kemahiran komunikasi
6.4 Kemahiran interaksi
6.5 Kemahiran interaktif
6.6 Kemahiran bahasa badan
6.7 Kemahiran psikologi

7.0 CIRI-CIRI USRAH YANG BERKESAN

7.1 Berusaha mencapai matlamat perjuangan jama’ah.
7.2 Berusaha memenuhi keperluan jama’ah
7.3 Berusaha mencapai objektif usrah menurut tuntutan jama’ah.

8.0 PENUTUP

Kelihatannya sukar untuk mencapai tahap berkesan bagi sesebuah usrah. Namun jika para nuqaba' berusaha dan berterusan dalam menimba pengalaman berusrah ianya akan tercapai melalui kesungguhan dan penghayatan nuqaba' dan juga ahli-ahli usrah. InsyaAllah.

Wallahu a'lam
ABi

 dipetik drp  http://www.takwinfardilmuslim.blogspot.com/

8 February 2009

Bingkai Kehidupan




Ha hahaha hahaha hahaha
Haaa hahahaaa hahahaha hahahaha

Mengarungi samudra kehidupan,
Kita ibarat para pengembara
Hidup ini adalah perjuangan,
Tiada masa tuk berpangku tangan

Setiap tetes peluh dan darah,
Tak akan sirna ditelan masa
Segores luka di jalan ﷲﺍ,
Kan menjadi saksi pengorbanan

Allohu ghoyatuna
Ar Rosulu qudwatuna
Al Qur?anu dusturuna
Al Jihadu sabiluna
Al Mautu fi sabilillah, asma amanina

ﷲﺍ adalah tujuan kami,
Rasulullah teladan kami
Alqur?an pedoman hidup kami,
Jihad adalah jalan juang kami
Mati di jalan ﷲﺍ adalah,
Cita-cita kami tertinggi

Mengarungi samudra kehidupan,
Kita ibarat para pengembara
Hidup ini adalah perjuangan,
Tiada masa tuk berpangku tangan

Setiap tetes peluh dan darah,
Tak akan sirna ditelan masa
Segores luka di jalan ﷲﺍ,
Kan menjadi saksi pengorbanan

Allohu ghoyatuna
Ar Rosulu qudwatuna
Al Qur?anu dusturuna
Al Jihadu sabiluna
AlMautu fi sabilillah, asma amanina

ﷲﺍ adalah tujuan kami,
Rasulullah teladan kami
Alqur?an pedoman hidup kami,
Jihad adalah jalan juang kami
Mati di jalan ﷲﺍ adalah,
Cita-cita kami tertinggi
Cita-cita kami tertinggi

5 February 2009

!!..we LOVE Muhammad..!!

Bulan februari sering dikaitkan dengan bulan cinta dan lebih tepat lagi sering remaja mengaitkan bulan februari bulan untuk berkasih-kasihan dengan pasangan couple masing2..

14/2...tarikh keramat dimana kebanyakan remaja akan hanyut dibuai gelombang nafsu dan godaan syaitan bersama pasangan masing2..

perkara2 yg ditegah oleh Islam spt yg berlaku sms 14/2 ni boleh dihindarkan jika remaja menyandarkan cinta yg sebenar kpd Allah dan Rasulullah. Jom kita singkap sidikit sirah berkenaan Junjungan Mulia, Nabi Muhammad S.A.W..

“Tiadalah Kami mengutus engkau (wahai Muhammad) melainkan untuk menjadi Rahmat bagi sekalian alam.” (Quran s. al- Anbiya : 107)

Peribadi Nabi Mohammad s.a.w. sungguh menarik hati seluruh manusia yang mengakui kebenaran, keperibadian Rasulallah jelas diterangkan dalam al-Quran antaranya Allah berfirman yang bermaksud:

“Maka disebabkan rahmat dari Allah (kepadamu Muhammad s.a.w) , engkau telah bersikap lemah lembut kepada mereka. Kalaulah engkau bersikap kasar lagi keras hati, tentulah mereka akan menjauhkan diri dari kamu. Oleh itu ma’afkanlah mereka (mengenai kesalahan yang mereka lakukan terhadap engkau, dan mohonlah keampunan bagi mereka, dan juga bermusyawarahlah dengan mereka dalam urusan (permasaalahan keduniaan) itu. Kemudian setelah engkau berazam (untuk membuat sesuatu) maka bertawakkallah kepada Allah. Sesungguhnya Allah mencintai orang yang bertawakkal kepadaNya. (al-Quran s. Ali Imran: 159)


keperibadian Nabi Muhammad s.a.w. sebelum baginda dilantik menjadi rasul?

Baginda sering berkata benar sehingga digelar al-Amin kerana sikapnya itu.

Bersikap amanah sehingga Khadijah sanggup menyerahkan modal untuk baginda menjalankan perniagaan.

Baginda menjalankan perniagaan secara jujur dan layanan baik kepada pelanggannya.

Mampu memimpin kerana meletakkan semula Hajar Aswad di tempat sepatutnya.

Ketua keluarga yang pengasih dan bertimbang rasa kepada anak-anak dan isteri baginda.

Baginda mengamalkan cara hidup yang sederhana.

Baginda merendah diri dan bergaul dengan semua lapisan masyarakat.

Baginda sering berfikir dan prihatin terhadap kehidupan masyarakat zamannya yang penuh tidak bermoral

4 February 2009

Dakwah Bukan Untuk Pemikul Yang Manja

Tarbiyyah bukan untuk orang yang malas.

-Dakwah bukan untuk orang yang takut nak bergerak dan mencabar diri.

-Tarbiyyah bukan untuk orang yang cepat bosan, lari, lompat-lompat, sekejap down-sekejap up, cepat terasa.

-Tarbiyyah bukan bagi orang yang memilih program untuk dia ikuti yang senang dan mudah join, yang penat, bersusah payah elak.

-Bukan untuk orang yang mencari tarbiyyah hanya bila terasa diuji oleh tuhan. Kalau tak, batang hidung pun tak nampak.

-Bukan bagi yang meletakkan dakwah hanya untuk mencari calon akhawat atau ikhwah sebagai sang isteri dan suami,

-Yang join hanya untuk meminta tolong teman-teman pencerahan bila dia dalam kesusahan.
Tapi kesenangan dan kelebihan yang dia dapat, tak share pun dengan orang lain. 

-Yang cepat mengalah,

-Yang meletakkan mabit, qiamullail, daurah, dan tathqif dalam diari hanya selepas ditolak dengan semua agenda dan upacara-upacara `penting' yang lain.

-Yang hanya pandai cakap (dan menulis), tapi amal kosong

-Yang hanya tahu compare jamaah itu dengan jamaah ini, yang boleh mengkritik dan menilai harakah ini dan itu.

-Dakwah bukan untuk orang yang ikut liqa' hanya kerana nak disebut sebagai ahli dalam harakah ini dan itu, jamaah ini dan itu.

-Dakwah bukan untuk orang yang tak boleh diberi tugasan last minute.

-Dakwah bukanlah untuk orang yang tak nak keluarkan duit, infaq di jalan Allah.

-Dakwah bukan untuk orang yang tak boleh sesekali tidur lewat, terpaksa berjalan jauh.

-Dakwah bukan bagi orang yang kalau ada program untuk ikut terlibat, mesti naik motokar besar dan mewah, yang air-cond, dan laju. Yang tak nak naik bas, public transport, dan yang kena berpeluh-peluh.

 -Tarbiyah bukan untuk orang yang kena contact dan info dia setiap masa tentang perkembangan terkini sedangkan dia kena macam boss, hanya tunggu information.

-Pencerahan bukan bagi mereka yang hanya nak berkawan dengan orang berduit dan berharta, yang hidup mewah, dan mengelak berkawan dengan orang susah, miskin, dan pakai comot.

-Dakwah bukanlah untuk orang yang setiap masa dan ketika, kerja nak beri alasan ini dan itu. Penat, mengantuk, susah, banyak kerja, keluarga tak bagi keluar.

-Tarbiyyah bukanlah segala-galanya. Tapi segala-galanya bermula dengan tarbiyyah.
Tanpa anda, orang yang sering beralasan ini, dakwah akan terus berjalan. Islam akan tetap berjaya. Ummah akan tetap terpelihara.

Cuma tanpa pencerahan,
Tanpa tarbiyyah,
Tanpa dakwah
Belum tentu kita akan berjaya di mahsyar nanti.

  • Tak mengapa. Teruskan hidup anda seperti biasa. Dakwah tak memerlukan anda. Tiada siapa pun yang rugi tanpa kehadiran anda.
    Berbahagialah seadanya.

 Saya menghitung diri.
Terlalu kerap menuturkan.
"saya busy..saya sibuk..saya penat..saya letih.."
Adakah ini petandanya saya terlalu manja?
Ya Allah, tabahkan hamba-Mu.
"amanah ini bukan hak milik, tp anugerah dr Nya"

Lajnah Kebajikan Dan Ukhuwah