29 April 2008

Freemason Caturkan Malaysia!!!

"Tiada paksaan dalam hidup secara Islam, sesungguhnya telah jelas antara yang lurus dengan
yang sesat..."


Sengaja dimulakan dengan ayat ini kerana ia mengandungi beribu hikmah. Dalam menjelaskan situasi ummah kini, begitu banyak yang perlu dibangkitkan hingga tiada satu pun tindakan tegas dan lurus, diambil untuk membendung kemurungan ummah ini.

Mengambil isu setempat, fenomena ketidakstabilan sosiopolitik di Malaysia kini memang banyak yang hendak dibahaskan. Baik dari segi kepimpinan, hak asasi, suara rakyat, perlembagaan, dan tidak lari juga dari perkauman. petikan dari akhbar the star 27 April 2008, 'Malays should follow Jews and Chinese steps in confronting the present'. Ini bukanlah ayat sebenar tajuk akhbar tersebut, tapi sedikit sebanyak menyungkil isi petikannya.

Akhirnya, benarlah sabdaan nabi SAW,' ummat ini akan mengikut apa yang dilakukan oleh
kaum yahudi dan nasrani, hingga ke lubang cacing'.

Terkadang kita terfikir juga, nilai bangsa melayu yang dipertahankan secara kebaratan ini, lebih baik atau ini adalah termasuk dalam perancangan 'The New World Order' yahudi, yang tidak kurang jelasnya mempengaruhi golongan aristokrat negara kita. pernahkah anda mendengar pergerakan Mason, atau Freemason Movement? Inilah yang dimaksudkan oleh petikan akhbar tadi.



Pergerakan freemason telah lama wujud, sejak sebelum kelahiran Nabi Isa lagi. Pergerakan inilah yang menjatuhkan benteng terakhir Khilafah Islamiyah, di mana seorang berpelajaran Freemason, tanpa diketahui, telah diangkat menjadi hero ummah, dan akhirnya telah menukar pusat Khilafah Usmaniyah di Turki kepada republik Turki yang kononnya telah mendaulatkan bangsa Turki.

Hal ini mungkinkah dibincangkan di malaysia, dimana kita telah merdeka secara aman daripada imperialis Britain, sama seperti republik turki. kita telah mengangkat dan mengagungkan Britain dan Amerika sebagai kuasa besar yang perlu disegani dan ditakuti, sama seperti Turki semasa di zaman kemerdekaannya. Tapi tidak perlu disingkap sejarah silam apabila bukti atau kesannya jelas kelihatan di zaman ini.

Sekiranya anda membaca buku karangan Ian Gittins, 'Unlocking The Masonic Code' mengenai sejarah Freemason, anda akan memahami bahawa adanya perkaitan kerajaan pusat malaysia dengan Freemason. gerakan ini tidaklah dilihat seperti gerakan zionis, yang mana hubungan antara zionis dan Freemason tidak lari sama seperti dua jemaah yang berbeza tapi mempunyai matlamat yang serupa. tapi antara yang perlu dihairankan atau tidak, Freemason bergerak secara berlesen di malaysia. buktinya, bangunan pergerakannya ada terletak di Kuala Lumpur.

Mari kita lari dari tajuk asal sebentar, bagamanakah wujudnya individu berpemikiran kritikal di dunia barat? kerana mereka telah diberi pelajaran yang serius mengenai gerakan untuk mencapai suatu matlamat, seperti memecahkan benteng turki usmaniyah, mendapatkan negara kuasa besar, seperti amerika dan britain, dan juga perkara yang membantu ke arah mendapatkan kekuasaan seperti, menubuhkan syarikat gergasi seperti syarikat automobil Ford, menjadi penyanyi yang glamor, novelis yang mampu menulis cerita yang pelik dan complicated, rumit untuk sekiranya difikirkan oleh orang awam biasa, pemain bola, golf, kereta lumba, arkitek menubuhkan syarikat besar dan terkenal dalam bidangnya, seperti warner brothers studio, dan makanan seperti kentucky fried chicken.

Hal ini memang jelas kebenarannya. mereka tidak dapat buat semua itu tanpa sokongan daripada sesiapa. Orang yang memberi sokongan tersebut tidak lain mempunyai fikrah dan pemikiran yang sama baik dari segi matlamatnya, dan hala tujunya.

Kembali kepada tajuk asal, bagaimana pula dikatkan dengan mMlaysia? kita dapat tahu adanya dikalangan pemuda Umno berpelajaran oxford, dan lain-lain di barat. Kita tidaklah menuduh mereka punya kaitan dengan freemason, tapi apa yang mereka buat, seperti percaturan politik, gaya pemikiran yang kritikal, dan semangat untuk mempertahankan nasionalisasi sebagai isu perpaduan, sama seperti yang tersingkap dalam sejarah, yang dimainkan oleh golongan Freemason yang beragama Islam. tidak hairanlah kerana sekolah-sekolah elit, ada ditubuhkan satu kelab elit yang didokongi oleh guru yang lebih kurang sama ideologinya dengan Freemason.

Di universiti, jangan terkejut kalau ada juga kelab seperti ini... Penulis tidaklah mahu menunjukkan nama-nama kelab tersebut, atas sebab kekurangan bukti hitam putih.

Tapi beberapa isu juga boleh diketengahkan berhubung kekuasaan beberapa Freemason dalam kerajaan, sehingga membenarkan FTA, free trade agreement Amerika... Rasanya kalaupun kita negara kecil takut pada kuasa besar, tidaklah sampai maruah dan martabat negara yang kononnya dijaga, sampai kepada perjanjian ini, kecut perut nak menolak... Mesti ada udang disebalik batu... Musuh dalam selimut... Dalam kerajaan yang telah berakar lama..

Cukuplah dengan berkata,'habislah isteri nabi', ketua munafik, Abdullah bin Ubai telah memulakan fitnah terhadap aishah RHA, cabaran menghadapi golongan Islam yang munafik, menyebelahi pihak kafir yang membenci kesucian Islam, mereka telah lama bijak memijak kita.

Kita telah berbaiah dengan gerakan Islam, kitalah yang perlu tampil, menjadi insan yang mendekatkan diri pada Allah, dan takut bahawa hati ini dibolak-balik kepada kesesatan.

Caturkanlah diri kita, untuk agama..

1 April 2008

Negeri Hok Mane Nih??





25 ribu hati yang ingin diisi solat Isyak dan hajat berjemaah di stadium

Lepas solat dengar ceramah (yang oposisi kata 'berunsur hasutan')

Tanpa polis peronda, tanpa polis berpakaian preman

Jauh lagi dari kecaman FRU dan air pancut

Eh, negeri mana nih??

SELANGOR BARU, TARBIYAH TERAJU!!



Buat pertama kalinya, Stadium Melawati Shah Alam diisi dengan zikrullah. Khabarnya sejumlah itu juga yang kecewa kerana tak dapat masuk atas asbab kuota stadium yang minimum.

Allah.. Bergenang air mata. Gembira berbaur sayu. Gembira kerana ia telah dimulakan. Sayu kerana aku tiada di sana!

Inilah bukti kuasa (politik) mampu menyuntik nilai aqidah kepada rakyat jelata.

Allah, rahmati dan limpahi pemimpinku (tidak kiralah belah mana pun) dengan taufik dan hidayahMU.

Gambar ihsan TranungKite.Net











Hm.. Rakyat Johor sekalian (tanah kelahiranku), masih teruja dengan pembangunan dan projek mega kah? Kalian tak mahukah munajat perdana diadakan di Danga Bay..

19 March 2008

Tok Guru Haji Abdullah Lubok Tapah meninggal



Written by admin on Mar 19th, 2008


KOTA BHARU: Penguasa Pondok Lubok Tapah, Tuan Guru Haji Abdullah Abdul Rahman, telah kembali ke Rahmatullah pagi ini selepas keuzuran akibat penyakit angin ahmar dihidapinya sejak beberapa bulan lalu.

Tuan Guru Haji Abdullah meninggal dunia kira-kira jam 7.00 pagi ini dalam usianya yang menjangkau 74 tahun selepas mewakafkan sebahagian besar dari hayatnya mencurah ilmu agama tanpa henti dan turut bersama-sama mendukung perjuangan politik Islam di negeri Kelantan bersama PAS.


Sepanjang hayatnya Allahyarham seorang pejuang yang istiqamah mendukung perjuangan PAS dan sering dipanggil untuk mengimami solat hajat khususnya dalam mempertahankan kerajaan PAS di Kelantan.

Sejak akhir-akhir ini Allahyarham agak keuzuran menyebabkan beliau tidak menghadiri majlis-majlis anjuran PAS, termasuk ketika Munajat Perdana di Stadium Sultan Mohd Ke-IV sehari sebelum hari pengundian bagi Pilihan Raya Umum ke-12 baru- baru ini.


Jenazahnya dijangka dikebumikan jam 5 petang ini di tanah perkuburan Lubok Tapah. Allahyarham meninggalkan seorang balu, Hajjah Kamariah Abdul Ghani dan lima orang anak iaitu dua lelaki dan tiga perempuan serta ribuan anak muridnya. Sama-sama kita sedekahkan al-Fatihah dan berdoa semoga roh Allahyaraham ditempatkan bersama roh para Anbia’ dan Solihin. Amin.

8 March 2008

Entah Apa Di Hati Mereka....





Saya cemburukan rakyat Kelantan. Walau ditohmah dengan pelbagai kejian, mereka tetap memiliki sesuatu yang tiada galang gantinya di Malaysia.

Dulu saya juga termakan dengan propaganda media. Negeri miskin, kotor, kolot!

Tapi setelah saya jejakkan kaki ke sana sewaktu Muktamar Tahunan di Putik tahun lepas, saya jatuh cinta pada Kelantan!


PEMBANGUNAN MODAL INSAN

Rakyatnya tidak dibangunkan dengan bangunan mencakar langit, projek yang mencurah-curah, tapi mereka dibangunkan dari dalam. ROHANI



Lihatlah bagaimana Tuan Guru berjaya membawa ribuan hati ini untuk bersama memperhambakan jiwa pada Pencipta seawal 3 pagi!

Saya menangis, cemburu!



Tuan Guru bukan menangis kerana takutkan kekalahan pada PRU 12, tapi takut andai tidak selamat di hari akhirat.

Allah, indahnya andai AKU dipimpin oleh golongan sebegini.

PEMIMPIN MEMANG MENDIDIK RAKYAT

Pagi tadi saya berpeluang bertugas di lokasi pembuangan undi. Buat pertama kali saya menghadirkan hati dalam pilihanraya Malaysia. Saya memang dibesarkan dengan suasana parti, hingga saya meluat dengan isu politik.

Tapi setelah saya faham tentang Islam (yang semestinya bukan difahamkan oleh kurikulum pendidikan Malaysia), saya memandang suasana dari sudut berbeza.

Melihat seorang wanita Barisan Nasional, ku sangka dia berbangsa Cina. Berambut pendek berseluar ranggi. Rupaya Melayu Islam! Bersalam, pegang dengan semua, tak kira jantina, tak kisah suami orang mahupun berwajah ustaz.

"Kita hancurkan mereka, kuburkan mereka! Mereka pertualang negara!"

"Barisan Nasional pertualang agama!"

"Ah, bukan agama yang tadbir negara!"

Bila dikatakan padanya bahawa mufti telah memperingatkan, jari itu akan disoal depan Allah, dia menjawab. "Mufti pun manusia biasa, tak boleh percaya sangat".

Allah... Sungguh, saya simpati melihatnya.

Tidak adakah secebis hidayah dalam hatinya Ya Allah?

Atau ini yang ditarbiyahkan dari pimpinan mereka?

SISPAN : SEKITAR MUNAJAT PERDANA


Modal Insan




Rebung dilentur di 2/3 malam




Cukuplah mereka menzalimi kami Ya Allah




Dijulang rakyat tetap menghamba

1 March 2008

PILIHANRAYA : GULINGKAN BN


Sebagai seorang Muslim, kita tak dapat lari dari memilih amirul ummah yang berjiwa kepimpinan dan mampu membawa kepimpinan Allah dan Rasul, bukan kepimpinan taghut. Walaupun ada segelintir warga Ummah tidak mengiktiraf demokrasi, tapi majoriti ulama' mengatakan perlunya kita keluar mengundi untuk memilih mereka yang ahlul halli wal aqdi.

mari kita ungkap satu persatu, kenapa kerajaan BN dan Umno, lebih spesifik lagi, kepimpinan Paklah, tidak boleh terus memerintah... hipokrit, penipu, cakap x serupa bikin... depan tv, dalam paper punyer la baik, nak hapuskan rasuah, nak cegah masalah sosial, promote Islam dengan pendekatan Islam Hadhari.
Manusia takkan dapat lari dari melaksanakan Islam. mereka yang merasakan boleh lari, mereka sedang bergelumang dosa. nak bawa badan dakwah, ketuanya mestilah yang paling baik, elok akhlaknya. Paklah nak bawak negara Islam, tapi...
dalam akhbar kecoh tok guru tak jwb salam, perkara ni diperbesarkan dalam akhbar, disebut2 dalam tv. tapi kes peluk, pegang paklah, tak kecoh pon. bahkan ditutup supaya rakyat x sedar yang mereka pilih tu ketua taghut, yang mengikut nafsu.
sekadar renungan, buat yang boleh mengundi, sebab kami xle mengundi lagi, so yg da bleh kua mengundi, undilah PAS, insyaallah terpandu halatuju negara tercinta...

23 January 2008

PENGHAYATAN BAI’AH

Oleh : Ustaz Zulhelmi Bin Haron

MUQADDIMAH

‘ Berilah peringatan,. sesungguhnya peringatan itu memberi manfaat kepada orang-orang Mukmin’

Di dalam Al-Quranul karim ada menyebut dalam dua keadaan :
i-'Ya Ayyuhan-Nas' (untuk semua manusia)
ii-'Ya Ayyuhallazina Amanu' (untuk orang Mukmin)
Kedua-dua ayat tersebut menunjukkan Islam itu untuk semua.

Manusia itu dijadikan untuk bantu-membantu antara satu sama lain di samping kita dijadikan berqabilah (berkelompok) tetapi apa yang pasti ialah AQIDAH dan PERJUANGAN itu adalah sama.

“Sesungguhnya yang mulia di sisi Allah s.w.t adalah taqwa” ….dan ini bermakna tiada perbezaan lain melainkan TAQWA.

BAI’AH DAN KEPENTINGANNYA

“Kita bukan menyokong pimpinan tetapi
kita menyokong perjuangan yang dibawa oleh pimpinan”

Bai’ah boleh dibahagikan kepada 2 iaitu
i- bai’ah am – perlu ada saksi
ii- bai’ah khas – tidak memerlukan saksi

Bai’ah boleh dilakukan dengan 4 cara iaitu :
1. Musafahah – yang bermaksud dengan cara berjabat tangan tetapi menjaga batas dari segi jantina. Sebagai contoh semasa Bai’atul Aqabah @ Bai’atul Nisa (kerana ada seorang muslimat ketika itu), Nabi Muhammad s.a.w berjabat tangan dengan semua yang berbai’ah kecuali dengan muslimat tersebut yang hanya mengungkap bai’ahnya melalui perkataan sahaja.
2. Berwakil – iaitu mewakil polan bin polan. Sebagai contoh individu yang hadir ke Muktamar boleh mewakili sahabat-sahabat yang tidak hadir berbai’ah kepada pimpinan yang baru dilantik.
3. Bertulis – Menurut Ustaz Yahya Osman, penghayatan bai’ah itu adalah menerusi borang keahlian.
4. Secara sembunyi – sebagaimana yang dilakukan oleh para sahabat di rumah Al-Arqam Bin Abi Al-Arqam

Apakah syarat-syarat SAH BAI’AH?
1. Pemimpin yang dilantik perlukan mempunyai kepimpinan yang memenuhi ciri-ciri kepimpinan Islam.
i- Rukun untuk menjadi pimpinan ialah KEKUATAN( Quwwah) & AMANAH.
ii- Jelas dengan perjuangan, sihat tubuh badan, mempunyai fikrah yang jelas, mempunyai pengetahuan etc.

2. Tidak dipaksa. Terdapat 2 qaul berkaitan syarat ini iaitu :
i- Tidak sah jika dipaksa
ii- Menurut Imam Al-Ghazali – boleh dipaksa dengan syarat tidak ada yang benar-benar layak tetapi jika ada, bai’ah tersebut terbatal.

3. Mestilah dipilih melalui pendekatan Syura. Syura boleh dibahagikan kepada 2 iaitu:
i- Syura Am – yang diputuskan oleh ramai orang
ii- Syura Khas – ahlinya adalah dikalangan alhalli wal aqdi

4. Mesti ada saksi. Saksi tersebut mungkin terdiri dari individu-individu yang mewakili batch masing-masing terutama batch-batch yang awal (senior).

5. Tidak boleh berbai’ah lebih daripada seorang pemimpin.

- Di dalam Islam, sekiranya terdapat 2 orang pemimpin yang dibai’ah, pemimpin yang kedua perlu dibunuh kerana boleh mengganggu kesatuan dan perpaduan umat Islam.

Apakah HUKUM Bai’ah?

Menurut kitab ianya adalah WAJIB dan sesetengah mengatakan hukum bai’ah adalah FARDHU ‘AIN berdasarkan kaedah Fiqh :

‘Tidak ada yang wajib melainkan dengan adanya, ianya menjadi wajib’

Menegakkan Islam itu adalah wajib jadi untuk menegakkan jamaah Islam, bai’ah itu adalah wajib

Kesan NEGATIF jika mengABAIkan BAI’AH

1. Gerakan Islam atau jamaah islam akan menjadi lemah dan banyak berlakunya fitnah. Oleh kerana itu, setiap kali perjumpaan, bai’ah tersebut perlu diperbaharui semula (renew) supaya masing-masing dapat mengamalkan akhlak Islam dan untuk menguatkan lagi ikatan dalam perjuangan Islam.
- Ustaz juga menerangkan mengenai keburukan yang akan timbul sekiranya Mathurat diabaikan

i- boleh meregangkan ukhwah ( ikatan hati akan hancur begitu sahaja) kerana Mathurat merupakan acuan yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w

ii- kita akan rasa ‘tidak sedap hati’ sekiranya sesuatu yang buruk berlaku kepada sahabat-sahabat kita kerana itu adalah ‘hint’ dari Allah s.w.t

iii- pengabaian juga boleh menghancurkan jemaah itu sendiri kerana tidak ada sifat kebersamaan dan ikatan hati antara satu sama lain.

2. Lahirlah ahli yang tidak bertanggungjawab dalam perjuangan. Gaya hidupnya sendiri terikut-ikut dengan gaya hidup orang lain keran tidak ada ikatan hati dan aqidah yang kuat.

3. Longgokan kerja ke atas orang lain. Di sebabkan situasi ini berlaku ahli tersebut akan terbeban dengan kerja yang banyak sehingga menganggu akademiknya yang boleh menjadi fitnah kepada Islam. Orang yang sama memegang jawatan setiap kali program manakala ahli lain yang tidak melibatkan diri dalam apa-apa taklifan.

'Kewajipan itu lebih daripada masa yang ada’

Amal Islami boleh dipecahkan kepada amal Jamaie dan amal Ijtimaie. Amal Jamaie adalah amal yang diputuskan oleh tanzim yang mempunyai sistem manakala Amal Ijtimaie adalah amal yang berbentuk kemasyarakatan (sebagai contoh situasi hari ini adalah kelab2 dan persatuan2). Kadang-kadang kita lebih meng’awla’ kan program2 lain , sekiranya bertembung antara program jemaah dan program yang bukan melibatkan jemaah, perlulah didahulukan program jemaah dan escape program yang lain daripada itu. Sekiranya kita mempunyai autoriti (menjadi presiden persatuan contohnya), gunakan kuasa yang ada samada menganjakkan masa atau menukar pada hari2 yang lain (jika bertembung) dan mendahulukan program2 jemaah kerana kita adalah golongan yang faham.

Bagaimana MENGATASI masalah BAI’AH ?
- perlu ada penghayatan bai’ah jika tidak kita akan mengambil sikap sambil lewa.

- Tekankan selalu di dalam usrah

Tambah ustaz, sekiranya ahli takut dengan bai’ah dengan perjuangan Islam, maka tidak perlulah bersolat kerana apa? Kerana kedua-duannya merupakan perintah dari Allah s.w.t.

- jika mentaati pimpinan perlu disertakan dengan Bai’ah. Mengambil contoh dari sirah pada zaman perlantikan Abu Bakar As-Siddiq r.a, bai’ah tersebut telah diketuai sendiri oleh Saidina Umar dan diikuti oleh yang lain dengan lafaz ‘ Kami akan taat kepada Khalifah Abu Bakar’.

‘Tidak ada ketaatan makhluk jika ada maksiat di sisi Allah Ta’ala’

Perlu melihat samada ianya menuruti syara’ atau pun tidak dan tidak hanya bertaqlid semata-mata tanpa ada pertimbangan yang jelas.

Bagaimana jika Bai’ah DIKHIANATI?

‘ Sesungguhnya orang-orang yang berbai’ah (berjanji setia, patuh) kepada engkau (ya Muhammad), hanya sebenarnya mereka bai’ah kepada Allah. Tangan Allah di atas tangan mereka. Barangsiapa yang melanggar (bai’ah itu), maka bahaya perlanggarannya itu atas dirinya sendiri dan barang siapa yang menyempurnakan (menepati) apa yang telah dijanjikan kepada Allah, maka Allah akan memberikan pahala yang besar kepadanya’

(Al-Fath : 10)

- Orang yang mengkhianati bai’ah – tunggulah azab Allah yang amat pedih
- Orang yang menghayati bai’ah – akan diberikan kemenangan oleh Allah

Wallahu a’lam

Memetik kata-kata mantan Amirah

‘Jangan Kita Kisah Apa Yang Orang Buat Tetapi Kita Kisah Dengan Apa Yang Kita Nak Sumbangkan Untuk Jemaah’



‘Pemimpin yang hebat adalah pemimpin yang melukis zamannya sendiri, bukan zaman tersebut yang melukisnya’

- Adolf Hitler



‘Membumi tarbiah, memperkasakan dakwah, memartabatkan siasah’

- cilok UM nyer


from,
KAK ANIE

ini bukan penulisan ana, js skdr berkongsi perkara yg dah kita buat, iaitu ba'iah...

9 January 2008

Penjanaan MUKMIN Serba Baru




Tahun 1428H bakal melabuhkan tirainya. Meninggalkan segalanya dalam lipatan kenangan dan catitan Rakib dan 'Atid. Entah apa komen mereka yang sangat tulus dalam melaksanakan tugas terhadap kita.

Bagi yang merayakan kehilangan 2007, akan menyambut lagi satu perayaan yang pada hemat saya lebih kurang sama.

Kedua-duanya meninggalkan tahun dan menyambut tahun.

Kedua-duanya menuntut koreksi segenap aspek.

Kedua-duanya memperbaharui azam dan perancangan.

Jadi apa istimewanya tahun baru Islam berbanding masihi? Kalau benar Islam sudah lengkap (dan melengkapkan yang lain) seharusnya tak ada dua perayaan yang serupa. Dan tak perlulah merayakan keduanya.

APA YANG DITINGGAL BUAT KITA

Sebelum kita melihat sama-beza tahun masihi dan tahun Islam, mari kita selak tirai yang bakal menghijab kita untuk melangkah ke belakang.

Suatu peristiwa yang menarik Allah sediakan buat kita sebelum melangkah lebih jauh. Hari Raya Korban atau Eidl Adha berdiri betul-betul di belakang tirai. Eidl Adha bukan sekadar satu perayaan dan peristiwa, tapi ia juga satu memo awal dari Allah untuk gerak kerja tahun hadapan.

Peristiwa keluarga Ibrahim diisytihar sebagai satu perayaan kerana Allah mahu semua mengambil ibrahnya pada setiap tahun. Kisah lelaki, suami, bapa, pemimpin, wanita, isteri, ibu, madu, serta seorang anak. Kisah yang menjangkau watak walau hanya diwayangkan oleh TIGA manusia. Lengkap untuk semua lapisan manusia.

BIASA YANG LUAR BIASA

Ya, Hajar hanya wanita biasa. Malah tarafnya sebelum dinikahi oleh Nabi Ibrahim adalah hamba, hadiah pemberian Raja Mesir. Selepas dinikahi pun, dia masih biasa. Malahan dia adalah isteri kedua, madu buat Sarah. Tiada apa yang menarik pada Hajar pada asalnya.

Namun Allah pilih dia untuk menerima tarbiyah hebat. Memegang status isteri kedua dan mampu melahirkan anak pasti menimbulkan cemburu buat Sarah, biarpun pada awalnya Sarah yang mengusulkan Nabi Ibrahim untuk memperisterikan Hajar. Mungkin itulah fitrah wanita (saya kata 'mungkin' kerana saya belum bermadu, jadi tak tahu perihal hati wanita yang dimadukan).

Lantas Allah mengilhamkan Nabi Ibrahim untuk membawa keluarganya yang satu itu jauh dari Sarah. Malah jauh dari sekalian manusia. Dan Hajar tak merungut biar sepatah. Dia sanggup mengorbankan haknya untuk tinggal selesa bersama suami tercinta, demi kebahagiaan madunya yang berjasa.

Dibawanya jauh dari kota Kan'an dan seterusnya disuruh tinggal berdua dengan bayinya di tengah lembah Bakkah yang kering. Dan dia masih tak merungut biar arahan itu seakan tak masuk akal dan boleh membahayakan nyawa. Mungkin mati dek tiadanya makanan dan air. Mungkin diculik dan dijual oleh pedagang yang lalu lalang.

Tapi dia tak mengungkap apa.

Yang keluar dari bibirnya hanya pertanyaan, "Ibrahim suamiku, benarkah engkau akan meninggalkan kami sendirian? Benarkah ini perintah dari Allah?" Apabila Nabi Ibrahim mengiyakannya, dia tak tanya apa-apa lagi.

Tak tanya bila suaminya akan datang semula.

Tak persoal adakah tempat itu selamat dihuni atau tidak.

Tak berkata apakah bekalan yang ditinggal.

Hajar meletakkan thiqohnya hanya pada Allah hingga tak terlintas di hatinya sangkaan buruk (suuz dzan) terhadap Allah mahupun suaminya.

Barang siapa menyerahkan dirinya kepada Allah, sedang dia orang yang berbuat kebaikan, maka sesungguhnya ia telah berpegang pada tali Allah yang kukuh. Dan hanya kepada Allah lah kesudahan segala sesuatu [Surah Luqman: 22]

Disinilah letaknya LUAR BIASA pada wanita biasa seperti Hajar. Kerana lasaknya diri (jiwa) demi Allah, suami, anak dan madunya dia diangkat ke darjat yang tinggi yang tak pernah dia banyangkan.

Juga pada Ismail yang sanggup 'dibunuh' oleh bapanya sendiri sewaktu dirinya masih kecil. Mungkin kita mempertikainya yang Ismail adalah seorang Nabi, jadi dia ada sedikit 'luar biasa'. Tapi hakikatnya dia jua manusia, malah seorang anak kecil yang masih banyak keletah.

Di sini letaknya peranan Nabi Ibrahim sebagai seorang pemimpin keluarga. Dia mampu mencorakkan hati keluarganya supaya benar-benar taat pada Allah. Walau ada ketikanya dia sendiri bermuram duka untuk menyembelih anaknya, tapi anaknya yang bakal 'dibunuh' itu pula yang memujuknya untuk melaksanakan suruhan.

SURAT PEKELILING DARI NYA

Alihkan pandangan kita pada segala gerak laku zahir dan batin sepanjang 2007 dan 1428. Apakah kita sudah layak melihat syurgaNya andai kita dijemput pada malam tahun baru hijrah ini.

Kononnya bangga dengan orang kampung kerana bergelar mahasiswa, tapi bila kita ditarbiyah olehNya, tak kira melalui siapa, pasti ada keluhan meniti dibibir. Kalaupun hebat bibir menahan rasa, tanya pula pada hati. Sedikit sebanyak pasti terasa berat menerima 'hadiah' musibah dariNya.

Maka apakah kita bangga diangkat darjat oleh manusia kerana status mahasiswa padahal kita sendiri meletakkan martabat kita pada tahap lebih rendah dari hamba sahaya kerana mempertikai caturan Maha Pencipta?

Ini berlaku pada anda dan saya. Kita serupa. Maka Allah mengirimkan kita sebuah kisah untuk memandu perjalanan HIJRAH. Pilihan memang terletak pada tangan kita. Samada ingin menerima manual ini ataupun tidak. DIA tak rugi walau sekecil zarah.

SAMA TAPI JAUH BEZANYA

Jadi apa beza tahun baru masihi dengan Islam?

Bezanya ialah dengan Islam kita diberi panduan. Dengan masihi kita masih meraba.

Dengan Islam kita dibawa kepada sirah (kisah keluarga Ibrahim dan perpindahan kaum muslimin membentuk dunia baru Islam). Dengan masihi kita asyik memandang ke depan.

Dengan Islam kita bertahun baru (beraya) sebagai hamba. Dengan masihi kita bergelak gila suka tanpa punca.

Dengan Islam kita dipesan olehNYA untuk BERKORBAN, MENDIDIK JIWA, dan sentiasa BERLAPANG DADA TERHADAPNYA (semuanya mengandungi keperitan!). Dengan masihi kita bongkak menongkah pembaharuan.

Maal Hijrah tidak disambut dengan sia-sia. Kita dituntut untuk membedah segala titik hitam dalam diri supaya tahun 1429H melihat seorang MUKMIN baru yang bukan sahaja penuh dengan azam tapi juga terkandung ketundukan terhadapNya.

"Ya Allah, sesungguhnya pada tahun ini aku telah melakukan laranganmu tapi aku masih belum bertaubat. Sedangkan Engkau tidak redha dan aku lupai perkara itu. Engkau telah menangguhkan azabMu yang telah ditetapkan untukku. Engkau telah memerintahkan supaya aku bertaubat dari kesalahan itu.

Sesungguhnya pada hari ini aku memohon ampun dariMu, maka ampunilah aku dan segala yang aku lakukan pada tahun ini, yang Engau redhai dan Engkau janjikan pahala maka aku memohonnya dariMu"


Selamat tahun baru Hijri. Semoga tahun 1429H memperlihatkan manusia (MUKMIN) serba baru. Baru yang semakin ke arahNYA.


kelawarHijau
30 / 12 / 1428H
6.15 petang

28 December 2007

Teristimewa