30 June 2008

Jaga Aurat - Ada Makhluk Lain Mengintai Kita




Ada kisah seorang wanita yang suka memakai baju-baju seksi 'gila' di luar dan di dalam rumah. Satu ketika, wanita ini dikatakan terkena penyakit buatan orang. Puas berubat sana-sini, akhirnya bertemu dengan seorang imam yang pandai mengubat penyakit berkaitan sihir dan saka.

Imam itu memberi satu sahaja pesanan pada wanita itu - tutup aurat dan jaga solat 5 waktu, Insya Allah sihir akan mampu dibenteng. Sambil itu, wanita tadi terus berubat dengan imam tersebut.

Setelah dia cuba mematuhi kata-kata imam, lama-kelamaan dia dapat merasakan ketenangan dalam diri dan terhindar dari gangguan 'penyakit' yang dirasakan sebelum itu. Dia rasa seronok bertudung, walaupun sebelum ini rasa panas dan rimas dengan sehelai selendang nipis.

Solat pun sudah tidak pernah culas lagi. Sebelum ini telekung berlipat kemas dalam almari. Suaminya turut terkesan dengan perubahan isterinya, dan dia pun terdorong untuk berubah. Sudah tidak belengging dengan seluar pendek. Dia tidak halang isterinya menutup aurat. Cuma pesannya, kalau hendak tutup aurat, buat betul-betul. Jangan ikut trend dan belajarlah agama. Pasangan ini mencari guru yang dapat menerangkan hukum syariat supaya tidak bosan beramal.



Di sinilah hikmah Allah mewajibkan semua wanita dan juga lelaki supaya menutup aurat seperti mana yang telah ditetapkan oleh syarak. Kerana apabila menutup aurat dan menjaga amal ibadah, kita akan didampingi oleh malaikat, dilindungi dari gangguan iblis, syaitan dan jin yang sentiasa mengintai peluang mengacau kita dalam apa jua keadaan.

Walau bersendirian, kita tetap perlu menjaga aurat di antara pusat dan lutut. Kita jangan 'perasan' kita seorang sahaja yang ada di bilik air, tandas, atau dalam bilik tidur, sebab ada makhluk lain yang lebih ramai. Kita tak nampak dengan mata kasar mengelilingi kita iaitu malaikat, jin, syaitan dan iblis.

Malaikat tidak akan mendekati kita apabila kita membuka aurat kerana malaikat sangat pemalu, seperti terbukti dalam satu kisah Nabi SAW didatangi Malaikat Jibril sewaktu baginda sedang bersama dengan Khadijah. Apabila Nabi SAW memberitahu Khadijah mengenai kedatangan Jibril, Khadijah meminta Nabi masuk ke dalam jubahnya (jubah Khadijah).

Kemudian dia bertanya Nabi SAW sama ada masih melihat Jibril, Nabi SAW menjawab 'Tidak'. Maka, Khadijah pun yakin yang datang itu malaikat, bukan syaitan, kerana malaikat tidak akan melihat aurat manusia.

Kepada para wanita, bagi melindungi diri dari gangguan iblis, syaitan dan jin dalam apa jua bentuk termasuk sihir, saka dan pelalau, kuatkanlah jiwa dengan iman, jaga amal ibadah yang telah Allah tetapkan, serta perbanyakkanlah amalan sunat dan zikrullah.



Suburkan peribadi dengan sifat-sifat mahmudah (sifat-sifat baik) seperti selalu bersangka baik dengan apa jua yang berlaku. Jangan mudah hasad dengki, jaga mulut jangan celupar, mata jangan menjeling dan menjegil ketika memandang orang. Akal pula perlu disuburkan dengan pemikiran yang baik-baik kerana semua ini akan mendorong jiwa jadi kuat.

Hati kena benar-benar tulus dan ikhlas, niatkan apa jua kerja kerana Allah dan dimulakan dengan basmalah di samping doa-doa lain. Sesungguhnya jin sangat susah mendekati orang yang ikhlas.

Tegasnya, langkah keselamatan untuk melindungi diri dari gangguan jin dan syaitan ialah dengan beramal bersungguh-sungguh dengan setiap perintah Allah. Tinggalkan sungguh-sungguh apa yang Allah larang. Sibukkan hati dengan zikrullah dalam aktiviti harian supaya ruang tenang itu tidak dapat dicelah oleh makhluk durjana.

Jalilah Ahmad
Editor Majalah Anis

6 June 2008

Pengusaha Lori Naik Caj Sebanyak 35%

5 Jun (Edisi7) - Hampir semua syarikat pengusaha lori mengumumkan kenaikkan caj pengangkutan barangan sebanyak 35%.

Kenyataan itu difaxkan ke bilik berita NTV7 dari Persatuan Pengusaha-pengusaha Lori Selangor dan Kuala Lumpur yang menyatakan kenaikkan 35% itu berkuat kuasa serta merta.

Persatuan terbabit memberi alasan, kenaikkan harga disel dari RM1.58 ke RM2.58 terlalu tinggi dan membebankan mereka. Sehubungan itu persatuan terbabit tiada cara lain selain menaikkan caj kepada mereka yang menggunakan perkhidmatan lori.

Selain Kuala Lumpur dan Selangor, kenaikkan 35% turut dikenakan syarikat pengusaha lori di Pulau Pinang, Kedah, Perlis dan Johor Bahru.


Tindakan itu dilihat boleh mendorong peniaga menaikkan harga barang kerana kos pengangkutan yang ditanggung mereka meningkat dan pastinya beban tersebuta akan turut dirasai oleh pengguna yang sebelum ini dibebani dengan kenaikan minyak bermula tengah malam tadi.


Ulasan :

Ape je barang yg tak gune lori? Sayur, ikan, ayam, lombu, getah, sawit.. Senang cite, semua lah! Moh le same-same kite ternak kude plak...

Ku tertanya-tanya, bakpo krajaan nk naekkn arge, sedangkan diorang dah kayo?



Maksud : Apabila pemimpin dan alim ulama menyembunyikan agama Allah (batasan pergaulan, sukan bukan cara Islam, lesen kilang arak, judi dan pelacuran, hudud, filem | drama | pgrm tv pnuh ma'siat, kewangan; tidak dijelaskan kepada rakyat akan halal dan haramnya), maka Allah laknat mereka. Bahkah segala makhluk (batu, kayu, pokok, miyak, air, angin, kambing.. segala yg makhluk la) laknat jua.

Lantas, duit yg berjuta rasa tak cukup. Bertelagah antara ahli, dll.

PILIH ISLAM. ISLAM JAGA SEMUA, MELAYU, CINA, INDIA

How to? Sokong Parti Islam, bukan Parti Bangsa

3 June 2008

Sejarah Penubuhan PAS : Siri I

Muqaddimah Kesinambungan
Oleh : Ibnu Hasyim

PAS adalah singkatan dari Parti Islam Se Malaysia. Perjuangan PAS adalah kesinambungan dari perjuangan para Rasul dan Nabi-nabi. Bermula dari Adam AS (Alaihi Wassallam) hingga ke Nabi terakhir Muhammad SAW (Sallallahu Alaihi Wasallam). Disambung oleh khalifah-khalifah Ar-Rasyidin Abu Bakar RA (Radiyallahu An), Umar RA, Uthman RA, Ali RA, Khalifah-khalifah Bani Umayah, Bani Abasiah dan yang terakhir sekali kerajaan Uthmaniah di Turki.

Maka ulama-ulama pewaris para Nabi memegang amanah dan meneruskan perjuangan tersebut. Perjuangan PAS yang bertolak dari kalimat ‘La Ilaha Illallah’ secara seluruhannya berdasarkan kepada Al-Qur’an, As-sunnah dan tokoh-tokoh Khulafa Ar-Rasyidin. As-syahid Sayyid Qutb, dalam bukunya ‘Mu’allim Fit-thariq’ menyebutkan:

“... Tamaddun insan akan terjadi apabila hakimiah yang tertinggi dalam masyarakat itu diletakkan kepada Allah SWT (Subhanahu Wa Taala) semata-mata, tanpa wujudnya pengabdian atau ketaatan kepada selain daripadaNya.”


Di sinilah titik-titik pertemuan dalam perjuangan antara PAS dengan gerakan-gerakan Islam lain. Sehingga golongan-golongan beraliran seperti ini sering dicop atau dilebelkan ‘fundamentalis’. Contohnya, gerakan Ikhwanul Muslimin di Mesir, Jamaat Islami di Pakistan, Masyumi di Indonesia dan lain-lain. Begitu juga fahaman Islam melalui gerakan pembaharuan Islam sejagat dengan arus menentang dan membebaskan diri dari penjajahan barat ke atas negara umat Islam.





Antaranya adalah ulama tiga serangkai Syed Jamaliddin Al-Afghani dan muridnya Syeikh Muhammad Abduh, serta Syed Rasyid Ridha di Asia Barat. Gerakan mereka melalui majalah ‘Al-Manar’ diterbitkan di Kaherah yang mengandungi makalah islah dalam bidang agama dan sosial. Begitu juga majalah ‘Al-Urwatul Wuthqa’ diterbitkan di Paris, yang banyak membincangkan isu-isu penjajahan. Gerakan islah mereka juga telah berjaya mendapat tempat di hati pelajar-pelajar Melayu di Timur Tengah, terutamanya dari Universiti Al-Azhar.

Pelajar-pelajar tersebut termasuk dari Indonesia telah menubuhkan persatuan dan menerbitkan akhbar ‘Seruan Al-Azhar’. Pengaruh ulama tiga serangkai tersebut mula merembas masuk ke Tanah Melayu pada awal kurun ke 20 berpusat di Singapura, Melaka dan Pulau Pinang. Angkatan pembaharuan ini telah muncul tahun 1906, dengan menerbitkan majalah ‘Al-Imam’ di Singapura. Tahun 1926 terbit pula majalah ‘Al-Ikhwan’.

Tahun 1925 akhbar ‘Edaran Zaman’ dan ‘Saudara’ pada tahun 1928. Semuanya terbit di Pulau Pinang. Angkatan tersebut dipimpin oleh Syeikh Mohd Tahir Jalaluddin, Syed Syeikh Al-Hadi dan Haji Abbas Taha. Mereka berpendapat antaranya:

“Kelemahan umat Islam itu adalah disebabkan oleh penganut-penganutnya tidak mengikuti ajaran-ajaran Islam yang betul, sebagaimana terkandung di dalam Al-Qur’an dan Al-Hadith.”


Bukan itu sahaja, golongan reformasi ini telah berjaya menyedarkan masyarakat Melayu tentang betapa pentingnya menghapuskan penjajah barat bagi mewujudkan sebuah negara Islam yang merdeka. Mereka juga dikatakan berjaya mencetuskan revolusi intelektual di kalangan masyarakat Melayu yang akhirnya menubuhkan beberapa kesatuan bagi memajukan bangsa Melayu dan umat Islam pada tahun-tahun berikutnya.

Persatuan Melayu pertama bercorak politik secara nyata ditubuhkan di negara ini ialah Kesatuan Melayu Muda (KMM) pimpinan lbrahim Haji Yaakob. la ditubuhkan pada Mei 1937. Kesatuan ini ditubuhkan atas kesedaran mahu memperjuangkan kemerdekaan negara serta membebaskan Tanah Melayu daripada terus ditindas dan dijajah oleh penjajah British. Malangnya, kesatuan ini tidak dapat bertahan lama kerana ia telah diharamkan oleh Jepun semasa Jepun menguasai Tanah Melayu pada tahun 1941-1945.

Selepas tamatnya Perang Dunia Kedua, sebuah parti politik baru Melayu dibentuk, iaitu Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) atau disebut juga Malay Nationalist Party (MNF). la ditubuhkan pada 17 Oktober 1945 di Ipoh, Perak. Pemimpin awalnya ialah Mokhtaruddin Lasso, yang kemudiannya berpindah tangan kepada Dr. Burhanuddin Al-Helmi dan Ishak Haji Muhammad. Dr Burhanuddin Al-Helmi adalah seorang tokoh agama yang mampu menguasai bahasa Arab dan lnggeris disamping bahasa Melayu.



PKMM telah mengisytiharkan matlamatnya untuk mencapai kemerdekaan negara secara penuh. Dr. Burhanuddin banyak berkorban untuk PKMM dan beliau mendapat kepercayaan golongan agama untuk menyertai gerakan politik bagi menentang penjajah. PKMM telah berjaya perluaskan pengaruhnya dalam masyarakat Melayu sehingga ia berjaya menubuhkan pula beberapa sayap atau bahagian dalam struktur organisasinya. Selain Angkatan Pemuda Insaf (API), Angkatan Wanita Sedar (AWAS) dan Barisan Tani Se-Malaya (BATAS), Majlis Agama Tertingga Se-Malaya (MATA) juga merupakan antara sayap atau bahagian dalam struktur organisasi PKMM. MATA merupakan bahagian agama parti berkenaan.

N.J.Funston menyebutkan, tujuan utama penubuhan MATA adalah untuk mengekalkan pengawalan hal ehwal Islam oleh mana-mana pihak. Di dalam persidangannya, telah diisytiharkan tentang pemisahan hal-hal agama dari dikawal oleh mana-mana negeri secara persendirian. Mereka berpendapat, sultan-sultan tidak cekap membuat keputusan dalam hal-hal agama. Kongres telah mendesak supaya kuasa yang berkaitan dengan agama diserahkan kepada MATA . N.J.Funston. -Malay Politics In Malaysia: A Study of UMNO and PAS, Kuala Lumpur.

Melalui MATA dalam satu mesyuarat agung tahunannya telah berjaya melahirkan ‘Hizbul Muslimin’ pada 14 Mac 1948, di Sekolah Agama Al-Ihya As-Syarif, Gunung Semanggul Perak. Tujuan PKMM melahirkan Hizbul Muslimin sebagai sayapnya adalah bagi mengumpulkan tenaga para ulama. Maka lahirlah sebuah parti Islam pertama di negara ini!

Matlamat utama ditubuhkan:

  1. Untuk mencapai kemerdekaan.
  2. Membina sebuah masyarakat yang berasaskan kepada kefahaman Islam.
  3. Untuk mendirikan sebuah negara Islam atau Darul Islam.

Bagi mencapai ketiga-tiga matlamat ini, Hizbul Muslimin telah mengemukakan 7 lagi objektif.

  1. Untuk menimbulkan prinsip kesedaran politik di kalangan orang-orang Islam di Malaya.
  2. Untuk menyatupadukan umat Islam di bawah satu ideologi.
  3. Untuk menyokong kebebasan cetak, bersidang dan bersuara.
  4. Untuk menambah jumlah sekolah dan menyediakan jenis pendidikan menurut keinginan masyarakat pada waktu itu.
  5. Untuk mempertingkatkan akhlak orang-orang Melayu.
  6. Secara amnya, untuk menjaga kebajikan dan kedudukan ekonomi orang-orang Melayu.
  7. Tambahan pula ia sedia berkerjasama dengan parti-parti politik dan pergerakan Islam dari luar negeri.

Hizbul Muslimin atau Hamim dipimpin oleh antaranya:

Ust Abu Bakar Al Baqir, pengasas HAMIM

    1. Ketua Umum – Ustaz Abu Bakar Al-Baqir.
    2. Naibnya - Ir.Haji Ariffin Alias dari Johor Bahru.
    3. Setiausaha - Ustaz Uthman Hamzah.
    4. Cik Gu Muhammad Daud Jamil dari Kelantan.
    5. 4 orang wakil :
      1. Ustaz Yahaya bin Abdullah selaku ketua.
      2. Ustaz Harun Fahmi Taib.
      3. Ustaz Baharudin Latif.
      4. Ustaz Uthman Hamzah.

Dalam pendiriannya, Hizbul Muslimin menyokong PKMM tetapi sekeras-kerasnya menolak perjuangan UMNO. Bagaimanapun, riwayat hidup Hizbul Muslimin berakhir pada Ogos 1948 apabila British bertindak mengharamkannya disamping menahan seramai tujuh orang pucuk pimpinannya, termasuklah Ustaz Abu Bakar Al-Baqir sendiri di bawah Undang-undang Darurat atau Emergency Regulations.

Rupanya penyekatan, penekanan dan pengempangan ke atas arus kebangkitan Islam yang tidak dapat dibendung itu, secara tidak langsung membantu dan menambahkan lagi semangat untuk wujudnya parti Islam yang lain. Keghairahan sokongan rakyat khususnya dari alim ulama terhadap perjuangan politiknya amatlah memberangsangkan. Semangat dan sokongan kental inilah yang akhirnya merintis jalan mudah ke arah penubuhan PAS seterusnya.

Ada juga ahli sejarah berpendapat penghargaan dan pengiktirafan perlu dihulurkan kepada Ustaz Abu Bakar Al-Baqir, pemimpin MATA dan seterusnya Hizbul Muslimin, kerana mereka telah menggarap sebahagian besar dari ground work yang melebarkan persekitaran untuk memudahkan penubuhan PAS. Peranan Hizbul Muslimin dalam penubuhan PAS lebih tertonjol lagi apabila sebahagian besar dari bekas pucuk pimpinannya turut menyertai PAS dan memainkan peranan secara aktif.

Mereka antaranya termasuklah Ustaz Othman Hamzah yang pernah memegang beberapa jawatan penting dalam PAS, dan pernah berkhidmat sepenuh masa hingga ke akhir hayat dengan PAS. Begitu juga Ustaz Baharuddin Abd. Latiff, Tuan Haji Khaider Khatib dan Ustaz Yunus Haji Yatimi. Juga dikatakan besar kemungkinan Bahagian Agama UMNO yang dipimpin oleh Ustaz Ahmad Fuad Hassan turut diresapi dengan pengaruh Hizbul Muslimin ini. Tambahan lagi ramai pemimpin agama dalam UMNO ketika itu kecewa dengan pucuk pimpinan mereka yang bercadang untuk menaja perjudian (loteri).

Pegerakan reformasi ini dikatakan amat berpengaruh dalam masyarakat dan boleh menggugat pihak penjajah British pada waktu itu dan masa mendatang. Tuduhan ‘bahaya dari gunung’ atau ‘Red Islamic Party’ oleh Datuk Onn Jaafar tokoh UMNO, parti yang dibenarkan dan dibelai oleh penjajah waktu itu, adalah sebagai buktinya.

Apalagi bila kita melihat kepada kepada ‘janji Allah’ pada firman-firman di bawah ini...

    - ‘Dan ketahuilah, bahawa sesungguhnya parti Allah itulah yang mencapai kemenangan.’ Surah Al-Mujadalah ayat 22.

    - ‘Kami menjadikan kamu khalifah di muka bumi.’ Surah Yunus ayat 14.

    - ‘Kalau kamu menolong (agama) Allah, nescaya Allah akan menolong kamu.’ Surah Muhammad ayat 7.

    - ‘Mereka mahu memadamkan cahaya (agama) Allah dengan mulut (ucapan) mereka, dan Allah tidak mahu selain menyempurnakan cahayaNya, walaupun orang-orang kafir itu tidak menyukai. Dia yang telah mengutuskan RasulNya (dengan membawa) petunjuk (Al-Qur’an) dan agama yang benar, untuk dimenangkannya atas segala agama, walaupun orang-orang musyrik tidak suka.’ At-taubah ayat 32 & 33.


Maka bertambah lagi semangat ulama-ulama tersebut untuk menubuhkan parti Islam.



Rujukan:

1. N.J.Funston. Malay Politics In Malaysia: A Study of UMNO and PAS, Kuala Lumpur.
2. Sayyid Qutb, ‘Mu’allim Fit-thariq’

**IBNU HASYIM adalah nama samaran bagi Hj Mohd Hj Hashim. Pernah menulis dibeberapa akhbar tempatan. Mantan Pengarang Majalah Al-Ummah dan pernah menghasilkan beberapa buah buku politik, sejarah dan agama. Dia boleh dilawat di http://www.ibnuhasyim.com

1 June 2008

~SIMBIOSIS... pembelajaran sepanjang hayat~



Aku menutup naskhah suci itu dengan penuh rasa kesyukuran. Sambil bibirku basah mengalun zikir, ku capai Z530i pemberian kakak kesayangan ku.

Jam pada waktu itu sudah menunjukkan angka 3.00 pagi, waktu yang ku kira adalah waktu yang terbaik untuk melelapkan sepasang mata ini. Namun entah kenapa, mataku ini masih gagah meniti kepekatan malam.

Aku segera mengambil wudhu’ dan mengerjakan beberapa rakaaat solat sunat. Mengambil kesempatan selayaknya, kerana kadang-kadang diri yang lemah ini tewas juga dengan godaan kantuk dan selimut tebal yang terlipat elok di atas katil itu.

Dan pada malam yang dingin dan damai itu, fikiranku mula menerawang sendiri, memikirkan mengenai diri ku sebagai hamba Allah yang diberi peluang menikmati hidup di bumi Nya ini selama 20 tahun. Dan dalam keluh kesahku dinihari itu, aku tersenyum saat terkenang cara didikan halus buat hambaMu ini. Maha suci diriMu… Maha Besar kuasaMu… Ya Allah…

Dilahirkan di dalam sebuah keluarga yang sederhana, aku sangat-sangat bersyukur dengan apa sahaja yang dikurniakan Nya kepadaku. Meniti alam kedewasaan, aku mula belajar menilai dan meneliti alam sekeliling, mengkaji simbiosis sesama makhluk hidup dan bukan hidup, menyusuri sunnatullah yang ditetapkan. Dan aku paling terkesan akan apa yang Dia terbiyyahkan melalui kebergantungan sesama ciptaan yang ditetapkan.



Ketika aku sudah bertatih jatuh dan bangun, mulutku pandai berkata-kata, aku bertanya pada bonda tercinta. "Dari mana datangnya kita ya bonda?"

Maka ratuku itu menjawab, "Kamu keluar dari perut bonda sayang."

"Oh, kalau begitu, pasti perut bonda sangat besar sewaktu ku masih di dalamnya!"

Dan dia tersenyum, sambil menyambung, "Kerana itu kamu perlu patuh dan taat pada bonda, sayangi bonda sepertimana bonda menyayangimu. Syurga di bawah telapak kaki ibu. Bonda tahu anak bonda ini baik, mesti nak masuk syurga kan? Jadi kena la buat baik, rajin, selalu tolong bonda"

Dan aku pun mengintai-ngintai di telapak kakinya, mencari rupa syurga di situ.

Kakakku pula menambah, "Kamu mesti sayang bonda 3 kali lebih dari abah!" Tuturnya seolah tahu semua perkara, merujuk apa yang Nabi Muhammad S.A.W sabdakan.

Dan aku menjawab lagi, "Wah, kasihanla abah, nanti mesti dia kecil hati, dan jealous jika tahu aku sayang bonda lebih dari dirinya!"

Dan kami ketawa bersama, sambil ku menggaru kepala memikirkan apa yang lucu ya?




Di kala aku masih hingusan, ku hafal hubungannya begini…

Rumput~ dimakan ulat.
Ulat~ dimakan ayam.
Ayam~ dimakan manusia.
Maka rantaian makanan nya putus.

Begitu sahajakah ??? Lantas, manusia dimakan siapa ya? Kalau begini,maka tidak hairan ada unsur kanibal, manusia dimakan dan memakan manusia, kerna jika rantainya putus di situ, maka yang paling berkuasa di muka bumi ini pastinya manusia. Waah~~ sudah hafal begini, kiranya aku sudah mendapat A untuk subjek Sains UPSR!

Menginjak ke alam baligh, aku teruskan minatku mengkaji hubungan ini. Ku perhatikan kiri dan kananku.


Hmm, nampaknya, hubungan sesama manusia tak putus di situ wahai diri! Lihat sekelilingmu, lelaki dan perempuan saling berhubung... Lelaki dan perempuan saling bertukar senyum, berbalas jeling, bertukar sapa, berutus surat pun ada. Wah, makin menarik nampaknya kajianku. Jika begini, maknanya ia berkadar songsang dengan teori kanibal zaman kecilmu.

Tapi, kenapa ya, hatiku menidakkan hubungan fitrah ini? Kata mereka, hubungan ini manis, kerna ada yang menyayangi diri kita, ada yang memuji dan memuja kita, ada yang memujuk saat diri merajuk.

Hmm, sudah ada ibu bapa yang boleh melakukan itu, malah boleh memberi lebih lagi. Sudah ada rakan sekepala sesama jantina, apa perlu kepada lelaki? Lantas, mengapa perlu ada hubungan sesama yang bukan mempunyai pertalian, malah berlawanan jenis lagi.

Kata Cikgu Farid, itulah manusia jika dikaji saintifiknya. Saling berlawanan cas, maka apabila cas positif dan negatif bertemu, maka jadilah macam magnet, melekat satu sama lain, tak boleh dipisah. Monolog hatiku, ”Cikgu, ni merenyam namanya, 3G~ gatal, gelenyar,geletah!” Dan aku serta rakan-rakan sekumpulan akan ketawa sendiri. Juga, dengan kefahamanku yang ini, maka aku mendapat tempat ke sekolah berasrama penuh.

Meneruskan eksperimenku, tapi kini dalam konteks yang lebih luas. Menginjak ke angka 16, 17 tahun, makin banyak yang ku tahu, dan dalam masa yang sama, makin banyak jua yang ku perlu pelajari. 'Semakin banyak ku tahu, semakin terserlah kebodohanku', begitu kata salah seorang imam 4 mazhab.



Tika ini juga aku pelajari, pendapat alam sekolah menengah tingkatan 1, 2, 3 ku dulu perlu disanggah. Lelaki dan perempuan itu, yang selayaknya halal adalah apabila disahkan nikah mereka, berakadkan mahar dan berwalikan bapa, abang, datuk, atau setarafnya. Maka dari situ, barulah akan berkembang zuriat yang dibenarkan syarak, di saat sperma berenang bertemu ovum, lalu menyusuri tiub fallopio, membahagi, samada satu, mahupun menjadi kembar dua yang seiras ataupun tidak, kemudian melekat di dinding endometrium, membesar, menerima nutrien secukupnya, dan setelah genap waktu yang ditetapkan, barulah lahir insan baru ke dunia ini, lalu menjalani proses yang sama, tetapi mungkin ceritanya berbeza denganku.

Wah, hebat! Hebat sungguh kuasaNya. Dan proses ini diulas di dalam kalamNya,

"Wahai manusia! Jika kamu meragukan (hari) kebangkitan, maka sesungguhnya Kami telah menjadikan kamu dari tanah, kemudian dari setitis mani , kemudian dari segumpal darah, kemudian dari segumpal daging yang sempurna kejadiannya dan yang tak sempurna, agar Kami jelaskan kepada kamu, dan Kami tetapkan dalam rahim menurut kehendak Kami sampai waktu yang sudah ditentukan, kemudian Kami keluarkan kamu sebagai bayi....." (Al-hajj : 5)


Puas! Hatiku puas dengan penjelasan Ilahi yang terperinci mengenai susur galurku, juga manusia-manusia lain.

Nutfah-Alaqah-Mudghah-Tiupan roh-Implantation-Manusia dengan 46 kromosom!

Maka teori ini kurasa cukup jelas untuk mengkhabarkan mengenai perkembangan manusia dan interaksinya sesama persekitaran. Aku tersenyum lagi.

Kemudian, aku menjejakkan kaki ke alam matrikulasi. Alam pra-universiti, kata pensyarahku. Sedang fikiranku tertanam kukuh dengan teori biologiku itu, korneaku terpandang suatu fenomena baru.

Gadis-gadis seusiaku, tetapi penampilannya sedikit berbeza. Bertudung labuh, berjubah, sentiasa tersenyum dan menghulur salam, akan saling mencium pipi kiri dan kanan kawannya. Sementelah aku bukan sekolah agama, aku kira itu memang budayanya, budaya budak sekolah menengah agama, atau maahad!

Tiba-tiba mereka mahu berkawan denganku. Kata mereka, inilah yang dinamakan ukhuwwah, kita bertemu,berkasih sayang dan berpisah kerana Allah S.W.T. Aku pernah mendengar ayat ini, sewaktu sekolah menengah dulu, dituturkan naqibah usrahku. Hati ku sedikit tertarik, sementelah memang sudah lama aku mencari akan nikmat yang satu itu, nikmat persahabatan yang sudah lama hilang!



Bersama mereka, ku belajar sesuatu yang baru. Rakan sudah bertukar menjadi sahabat, study group bertukar menjadi liqa’, stay up sudah terisi dengan qiyamullail, bersukan ditukarganti ke riadhah, roti canai sekeping dua jadi lebih sedap jika dimakan berenam atau berlapan, solat lima waktuku sudah berjemaah di surau, ketua sudah jadi amir atau amirah, malah persahabatan itu sendiri menjadi ukhuwwah!

Dan yang paling baru, hidup kita bukan hanya diri kita, kita wajib mengambil tahu hal sahabat-sahabat yang lain. Bukanlah ertikata `sibuk badan’ atau englishnya busy body, tapi memang Allah sudah tetapkan begitu. Kita dijadikan Allah sebagai khalifah di muka bumiNya, yang bererti kita wajib berdakwah kepada sahabat-sahabat yang tidak tahu, ataupun sudah tahu, tetapi Allah uji sedikit hatinya dengan kelalaian. Kita sebagai dai’e, wajib menjalankan amar maaruf nahi mungkar terhadap para mad’u di sekeliling !

Errkk...DAKWAH? DAI’E? MAD’U?

Aku agak terpinga-pinga, tapi sahabat-sahabatku nampaknya sudah arif benar, ibaratnya sudah hadam sekali kata-kata dari Bukhari si amir masjid itu.

Dan sahabat-sahabatku yang mafhum akan kecetekan dan kedangkalan ilmuku, terus-terusan membantuku memahami akan semua itu. Gerak kerja jemaah, pentingnya melibatkan diri dengan jemaah, bagaimana untuk berdakwah secara berhemah, mengambil hati mad’u atau sasaran dakwah dengan sebetulnya, dan kerja-kerja Islam yang lain.

Dan paling penting, kata K.ngah selaku amirahku, kena ingat, kita buat kerja Islam ikhlas kerana Allah. Islam tak perlukan kita pun, tapi kita yang perlu terhegeh-hegeh hendakkan Islam.

Dan di sini, aku dapat relatekan kembali teori simbiosis ku dulu. Kebergantungan sesama manusia, akan menjadi semakin kuat apabila bergerak di dalam satu kumpulan, yang mana matlamatnya sama. Ibarat seberkas kayu yang sukar dipatahkan berbanding sebatang, umpama seekor kambing yang lagi mudah dibaham sang serigala, berbanding sekelompok yang banyak.

Dan kali ini senyumanku makin melebar, kerana aku rasa hipotesis eksperimenku sudah nampak bayangnya. Dan tautan ini, letaknya bukan sekadar berjumpa muka dan berpelukan, tetapi ikatannya di hati, takkan malap walau dipisah oleh Perlembahan Nil, yang mana method untuk merapatkannya adalah melalui perkongsian suka duka dan ujian, berutus khabar dan masalah, memaafkan dan saling berlapang dada , ifthar makan setalam bersama jika berkelapangan, berusaha menggembirakan hatinya, dan paling penting, saling mendoakan mereka di dalam solat!

Tanpa disedari, setitik demi setitik manik jernih menuruni pipiku. Ya Allah, banyaknya nikmatMu, banyaknya rezekiMu. Terima kasih Ya Allah!!! Sungguh, Engkau mentarbiyyahku dengan halus sekali~

~Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui bahawa hati-hati ini telah berkumpul untuk mencurahkan mahabbah hanya kepada-Mu, bertemu untuk taat kepada-Mu, bersatu dalam rangka menyeru (di jalan-Mu), dan berjanji setia untuk membela syariat-Mu,maka kuatkanlah ikatan pertaliannya, Ya Allah, abadikanlah kasih sayangnya, tunjukkanlah jalannya dan penuhilah dengan cahaya-Mu yang tak pernah redup, lapangkanlah dadanya dengan limpahan iman dan keindahan tawakkal kepada-Mu, hidupkanlah dengan maarifat-Mu, dan matikanlah dalam keadaan syahid di jalan-Mu. Sesungguhnya, Engkau sebaik-baik pelindung dan sebaik-baik penolong. Ameen~

30 May 2008

Cergas = Alif Ranun’s Second Letter





Salam ya sohabat…

Actually I wanna share with u all about one paragraph I got today. I took it from a book (Insan Ingatlah, author: Nik Abdul Aziz Nik Mat)

“Tidak memadai meminta maaf sekadar berkata saya minta maaf, sedangkan penditilan terhadap segala kesalahan tidak disebut dengan nyata. Maka mohon maaf seperti itu tidak memenuhi syarat, ia dianggap sebagai minta maaf secara tradisi, seperti orang minta maaf pada hari raya. Keadaan itu tidak akan diafahami oleh orang yang telah dimaksudkan, kesalahan yang mana dan bagaimana yang telah dilakukan.”




This paragraph makes me remember two things.
1. When I was in SRAI
2. Current situation

1. When I was in primary school; Sek. Ren. Islam Al-Irsyad, there is a day, all students of the year 6 students must gather in the musolla. I can’t remember the details, but there is some kind of a slot; each student has to confess about certain things. When it was my turn, I said that I’m sorry to a friend. But my teacher said to detailed the confession. I realized that it is very hard for a person to make a confession. I am sure it is because of it involves ‘maruah’ and ego. A person would think of the consequences after they confessed. How they will be treated and think by everybody else and especially the person they apologized to. When I relate this situation with the paragraph, now I understood why I must detailed my apology. (of course in the situation I detailed it and it made me cry because of the fault I’ve done)

2. What I mean by current situation is apologize among sohabat. Especially among muslimat (girls). (I don't know for muslimeen). It is common for muslimat here kiss other muslimat cheeks when they met or after prayer in jamaah. I noticed that they like to apologize to each other. I admit, this is a very good behaviour. But for me this situation is like apologize in hari raya. Or we can say it as Adat or tradition. Its like apologizing for nothing. The person doesn’t know what is the fault.

It is normal in sohabat relationship (or friendship), there will be good and hard times. If you want to apologize, please detail it. The person have a right to know. If not, I suggest you not to apologize, instead you pray for him or her to be calm and blessed by ALLAH S.W.T.

ALIF+RA+NUN
NILAI
1 MAY 2008

27 May 2008

Orang Arab Kecek Klate?

Sewaktu berjalan-merayau ke blog orang lain, saya jumpa sesuatu yang amat menarik. Seorang rakyat Mesir yang bukan sahaja mampu berbahasa Melayu, malah dialek Kelantan hah. Huh, kita pun tak mampu. Saksikan



Buat Haneh dan mek Ha, aku tugaskan korang carik mamat ni. Aku redha koram ngan die. Lau jadi madu pun dakpe kan... Jimat kos. Terbayang pulak Mas Fahri.. Huhu. Kalau korang tak dapat, pass ke gue. Hehe... peace

21 May 2008

Jurubina Bebas atau Juruhancur Ganas?

Lama sungguh kiranya jejari ini tidak mencoret sesuatu buat tatapan sahabat sahabiah tercinta di tanah air sana… Ma’alish giddan!!! Nak kata sibuk amat, semenjak dua menjak ni je… Ni pun baru khalas subjek pertama,anatomy dengan selamatnya…Bulan-bulan sebelum ni takdela sibuk sangat pun. Dah kekontangan idea jugak sebenarnya,takde modal nak cerita... Khabar kami??? Alhamdulillah,sihat ...

Everytime bukak tenet, mesti tak miss bukak SA... Jengok contengan2 kat shoutbox tu,alhamdulillah,hilang rindu sikit . Tertarik dengan isu freemason yang latest diupload tu... Tiba-tiba rasa macam ade sumthing untuk dikongsi... Sejak dalam proses pengkhataman buku ’Gerakan Freemansory,Orientalisme.Kristianisasi... Musuh dalam menghancurkan Islam’ ni, memang banyak benda pasal benda alah freemason ni yang sebelum ni macam samar-samar, sekarang dah terang-benderang... Setiap kali baca pasal setiap inci gerak kerja mereka yang sangat licik,halus n sistematik, mase tu jugak rase geram, marah ngan sakit hati tu meluap-luap... Haaihlaa...

Buku ni adalah hasil tulisan dua ustaz Azhar, Haji Nik Azran bin Muhamed dgn Haji Mohd Mahadi bin Haji Isa, dengan izin terbit daripada Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) . Bak kata Mantan Imam Besar Masjid Negara, Ustaz Taib Azamudden Md Taib, buku ni amat membantu umat Islam mengenali secara lebih dekat dan mendalam tentang gerakan penentangan terhadap Islam, agar mereka tidak terpedaya dan terperangkap dengan dakyah musuh-musuh Islam... ”Dan orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan rela kepadamu (Muhammad) sebelum engkau mengikuti agama mereka...” (al-baqarah,120)


DEFINISI

Freemason, jika ditranslate sebijik-sebijik, membawa maksud 'jurubina bebas', yang mana tafsiran secara terus itu sebenarnya tidak mampu menzahirkan misi sebenar gerakan ini. Hakikat yang tersirat, Freemasonry adalah organisasi Yahudi Antarabangsa yang bekerja untuk menghancurkan kesejahteraan manusia, merosakkan kehidupan politik, ekonomi, dan sosial di negara-negara yang dimasukinya, selain berusaha merosakkan bangsa dan pemerintahan Non-Yahudi (goyim)

SEJARAH

Diasaskan pada tahun 43M, gerakan ini adalah hasil cetusan idea dua Yahudi bernama Aheram Ayob dan Muab Lavi,penasihat Raja Herod’s Akriba/Father, dengan tujuan awal untuk menyekat pengaruh ajaran Al-Masih (Nabi Isa A.S) dan untuk menjaga keselamatan bangsa Yahudi. Namun kemudian, penentangan secara langsung terhadap Islam bermula pada kurun ke-17,selepas seminar rasminya di London, dengan menyebarkan fahaman komunisme dan sekularisme selepas kejatuhan agama Kristian pada zaman revolusi Eropah.

MATLAMAT

Matlamat utama? Merealisasikan perancangan untuk merampas Baitul Maqdis dan membina Haikal Sulaiman di atas runtuhan Masjidil Aqsa... (Maka,apa yang sedang terjadi di Palestin sekarang,angkara siapakah???) Jika diperhatikan, cubaan demi cubaan dilakukan,sehingga membawa kepada kesyahidan As-Syahid Syeikh Ahmad Yassin dan As-syahid Dr.Abdul Aziz Rantisi serta mengorbankan berjuta nyawa saudara seakidah, takkanla takde sebarang pertubuhan yang bangkit??? Bagaimana dengan PBB? Ahh... masakan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (bersatu ke???) mampu bertindak,sedangkan kuasa besar dunia,Amerika mempunyai pengaruh major di dalamnya? Bukan itu sahaja,bahkan kebanyakan pertubuhan besar dunia, setiap satunya punya orang besar dari warga yahudi freemason yang mampu melakonkan watak setan bertopeng manusia dengan jayanya. UNESCO? WHO? UNICEF? INTERPOL? FBI? World Bank? Malah International Court of Justice (ICJ) yang sepatutnya berfungsi sebagai mahkamah paling adil (excluded yang memang d most justice one di masyhar kelak...)pun dikuasai orang-orang freemason ni,dah sah dan tak syak lagila.... Memang setiap sudut mereka menguasai!!!



Tak cukup dengan penguasaan badan-badan besar, mereka dengan tamak halobanya menguasai pula bidang-bidang lain dengan rakus... Antaranya, majalah & surat khabar (New York Times,Washington Post,Wall Street Journal), syarikat percetakan (Double Day, Mac Milan), syarikat penyiaran serta perbankan, dan paling berkesan sekali, sudak pastinya industri perfileman. (20th Century Fox, Metro Golden Meir, Fox Itali) Bukti yang cukup jelas, saya sendiri baru selesai menonton sebuah filem lakonan Nicholas Cage bertajuk National Treasures (produksi Jerry Bruckhemeir, pengarah siri Survivor & Fear Factor) yang memang sarat dengan pengagungan terhadap freemason, dengan setiap klu di dalam cerita ini akan mengaitkan minda anda dengan pertubuhan ini. Filem ni siap ada National Treasure 2 lagi~~ Menarik! Memang filem ini sangat menarik sampaikan saya sendiri baru menyedari dakyah Freemason yang cuba disampaikan, hanya di pertengahan jalan cerita, selain simbol-simbol dan gereja-gereja gerakan ini!!! (~~~x sedar diri betul,tengah exam anatomy yang x habes lagi time tu,sempat layan Nicholas Cage lagik!!! )

Panjang pulak tertulis~ Lepas gian... Dah lama tak tulis berkajang-kajang, sejak tinggal esei BM SPM dulu. Hmm... rasanya,cukuplah sampai di sini saya meluah rasa. Maap bebanyak sebab tertulis panjang. Buat sahabat-sahabat yang sudi baca sehingga ke ayat terakhir,sila sebar-sebarkan apa yang anda baru dapat ni, selain mengharap komen mahupun tambahan yang boleh dikongsi bersama. InsyaAllah,jika Allah masih memberi izin,saya akan cuba mencoret sambungan kepada artikel ini. Last paper exam kami adalah pada 2/7 nanti. Maka,sangat mengharapkan doa-doa sahabat buat kami bertiga. Moga kami mumtaz dalam pertempuran ini...Ameen~ Sampaikan salam buat semua Myteam tercinta, serta sahabat2 lain yang sewaktu dengannya.... =)


(sekitar besdey mekhaneeh ke dua dekad... sanah helwa ya gamilah!!!)
:snow14:

29 April 2008

Freemason Caturkan Malaysia!!!

"Tiada paksaan dalam hidup secara Islam, sesungguhnya telah jelas antara yang lurus dengan
yang sesat..."


Sengaja dimulakan dengan ayat ini kerana ia mengandungi beribu hikmah. Dalam menjelaskan situasi ummah kini, begitu banyak yang perlu dibangkitkan hingga tiada satu pun tindakan tegas dan lurus, diambil untuk membendung kemurungan ummah ini.

Mengambil isu setempat, fenomena ketidakstabilan sosiopolitik di Malaysia kini memang banyak yang hendak dibahaskan. Baik dari segi kepimpinan, hak asasi, suara rakyat, perlembagaan, dan tidak lari juga dari perkauman. petikan dari akhbar the star 27 April 2008, 'Malays should follow Jews and Chinese steps in confronting the present'. Ini bukanlah ayat sebenar tajuk akhbar tersebut, tapi sedikit sebanyak menyungkil isi petikannya.

Akhirnya, benarlah sabdaan nabi SAW,' ummat ini akan mengikut apa yang dilakukan oleh
kaum yahudi dan nasrani, hingga ke lubang cacing'.

Terkadang kita terfikir juga, nilai bangsa melayu yang dipertahankan secara kebaratan ini, lebih baik atau ini adalah termasuk dalam perancangan 'The New World Order' yahudi, yang tidak kurang jelasnya mempengaruhi golongan aristokrat negara kita. pernahkah anda mendengar pergerakan Mason, atau Freemason Movement? Inilah yang dimaksudkan oleh petikan akhbar tadi.



Pergerakan freemason telah lama wujud, sejak sebelum kelahiran Nabi Isa lagi. Pergerakan inilah yang menjatuhkan benteng terakhir Khilafah Islamiyah, di mana seorang berpelajaran Freemason, tanpa diketahui, telah diangkat menjadi hero ummah, dan akhirnya telah menukar pusat Khilafah Usmaniyah di Turki kepada republik Turki yang kononnya telah mendaulatkan bangsa Turki.

Hal ini mungkinkah dibincangkan di malaysia, dimana kita telah merdeka secara aman daripada imperialis Britain, sama seperti republik turki. kita telah mengangkat dan mengagungkan Britain dan Amerika sebagai kuasa besar yang perlu disegani dan ditakuti, sama seperti Turki semasa di zaman kemerdekaannya. Tapi tidak perlu disingkap sejarah silam apabila bukti atau kesannya jelas kelihatan di zaman ini.

Sekiranya anda membaca buku karangan Ian Gittins, 'Unlocking The Masonic Code' mengenai sejarah Freemason, anda akan memahami bahawa adanya perkaitan kerajaan pusat malaysia dengan Freemason. gerakan ini tidaklah dilihat seperti gerakan zionis, yang mana hubungan antara zionis dan Freemason tidak lari sama seperti dua jemaah yang berbeza tapi mempunyai matlamat yang serupa. tapi antara yang perlu dihairankan atau tidak, Freemason bergerak secara berlesen di malaysia. buktinya, bangunan pergerakannya ada terletak di Kuala Lumpur.

Mari kita lari dari tajuk asal sebentar, bagamanakah wujudnya individu berpemikiran kritikal di dunia barat? kerana mereka telah diberi pelajaran yang serius mengenai gerakan untuk mencapai suatu matlamat, seperti memecahkan benteng turki usmaniyah, mendapatkan negara kuasa besar, seperti amerika dan britain, dan juga perkara yang membantu ke arah mendapatkan kekuasaan seperti, menubuhkan syarikat gergasi seperti syarikat automobil Ford, menjadi penyanyi yang glamor, novelis yang mampu menulis cerita yang pelik dan complicated, rumit untuk sekiranya difikirkan oleh orang awam biasa, pemain bola, golf, kereta lumba, arkitek menubuhkan syarikat besar dan terkenal dalam bidangnya, seperti warner brothers studio, dan makanan seperti kentucky fried chicken.

Hal ini memang jelas kebenarannya. mereka tidak dapat buat semua itu tanpa sokongan daripada sesiapa. Orang yang memberi sokongan tersebut tidak lain mempunyai fikrah dan pemikiran yang sama baik dari segi matlamatnya, dan hala tujunya.

Kembali kepada tajuk asal, bagaimana pula dikatkan dengan mMlaysia? kita dapat tahu adanya dikalangan pemuda Umno berpelajaran oxford, dan lain-lain di barat. Kita tidaklah menuduh mereka punya kaitan dengan freemason, tapi apa yang mereka buat, seperti percaturan politik, gaya pemikiran yang kritikal, dan semangat untuk mempertahankan nasionalisasi sebagai isu perpaduan, sama seperti yang tersingkap dalam sejarah, yang dimainkan oleh golongan Freemason yang beragama Islam. tidak hairanlah kerana sekolah-sekolah elit, ada ditubuhkan satu kelab elit yang didokongi oleh guru yang lebih kurang sama ideologinya dengan Freemason.

Di universiti, jangan terkejut kalau ada juga kelab seperti ini... Penulis tidaklah mahu menunjukkan nama-nama kelab tersebut, atas sebab kekurangan bukti hitam putih.

Tapi beberapa isu juga boleh diketengahkan berhubung kekuasaan beberapa Freemason dalam kerajaan, sehingga membenarkan FTA, free trade agreement Amerika... Rasanya kalaupun kita negara kecil takut pada kuasa besar, tidaklah sampai maruah dan martabat negara yang kononnya dijaga, sampai kepada perjanjian ini, kecut perut nak menolak... Mesti ada udang disebalik batu... Musuh dalam selimut... Dalam kerajaan yang telah berakar lama..

Cukuplah dengan berkata,'habislah isteri nabi', ketua munafik, Abdullah bin Ubai telah memulakan fitnah terhadap aishah RHA, cabaran menghadapi golongan Islam yang munafik, menyebelahi pihak kafir yang membenci kesucian Islam, mereka telah lama bijak memijak kita.

Kita telah berbaiah dengan gerakan Islam, kitalah yang perlu tampil, menjadi insan yang mendekatkan diri pada Allah, dan takut bahawa hati ini dibolak-balik kepada kesesatan.

Caturkanlah diri kita, untuk agama..