30 November 2007

Makan Untuk Hidup, Hidup Untuk Kenyang?


Aku mulakan tiap patah kata dengan NAMANYA, satu-satunya TUHAN, tiada dua mahupun setengah.

Dan aku juga berlindung dari syaitan yg telah berbaiah untuk menyesatkan kita hingga akhirnya.



Senario & gaya pemakanan hari ini tak langsung membenarkan ungkapan itu. Tak usah angkat jari atau muncung mulut menunjuk pada orang lain, tapi nilailah nasi+lauk-pauk di pinggan sendiri.

Mungkin kita sendiri silap pertimbangan. Benarkah makan banyak, banyak tujahan tenaga kita? Dan apakah makan sikit, maka lesulah badan untuk beraktiviti? Ini yang perlu kita perbetulkan.

Bukan banyak atau sikit makanan yang menjana tenaga seseorang, jauh sekali pada rasa makanan itu sendiri.

Lihatlah bagaimana Nabi dan para sahabat mampu untuk menggali parit dalam cuaca yg cukup mencabar dan tempoh yg singkat. Tenaga mereka hanya dibekalkan dari sebiji kurma. Itu pun bagi yg benar-benar mewah, selalunya sebiji kurma akan dibelah-bahagikan buat sahabat2.

Nah. Silap mata apa yg digunakan oleh mereka? Tanpa kopi Radix HPA, tanpa tongkat ali mahupun karbohidrat yg secukupnya, mereka mampu menghasilkan tenaga yg menakjubkan.

Dan kita? Dengan nasi berlauk ayam goreng, sambal petai, belacan - sebutlah apa sahaja, semua kita telan! Benar, Islam turut menyuruh kita hidup mengikut sosio semasa. Bukan saya menggesa semua untuk makan setengah biji kurma satu hari, makanlah mengikut budaya kita. Tapi cukuplah sekadarnya.

Apa pula yg dimaksudkan 'sekadarnya'? Apakah nasi+kicap adalah zuhud yg baik? Makanlah makanan yg cukup zatnya, tapi tidak menggnggu kualiti ibadah kita. Sedih sekali andai rezeki yg Allah beri kita gunakan untuk tersengguk-sungguk semasa bekerja, malah tenaga lebih banyak diguna untuk memproses makanan berbanding mengeluarkan buah fikiran dan keringat.

Kita juga silap mendidik manusia yg lain. Ok, bukan silap, tak perasan mungkin. Saya tak berhajat mengecilkan hati sesiapa, lebih-lebih lagi pada org yg menyediakan makanan - Kredit buat golongan ini, kerana pahala mereka berganda-ganda andai makanan itu diguna oleh pemakan untuk beribadah secara optimum.

Seringkali dalam kem, apa jenis kem, peserta dihidang dengan makanan yg agak banyak. Pengalaman sebagai pemakan dan pemerhati, rata-rata terseksa untuk menghabiskan makanan! Nabi suruh kita berhenti sebelum kenyang, tapi sabda itu bukan tiket untuk membazir. Lantas dipaksa juga tangan menyuap, tak larat ke mulut sendiri, mulut orang lain jadi mangsa. Otak disuruh fikir benda lain supaya tak ingat bahawa perut sudah kata JANGAN.

Dan bila peserta mengeluh atau tak habih makan, kita marah (kalau kita urusetia) atau dimarah (bila jadi mangsa). Lantas keluarlah pendoktrinan; "Aktiviti banyak+berat, nanti tak larat kalau tak habis makan!". Iye ke? Kalau aktiviti selepas makan itu adalah menuntut telinga untuk mendengar, otak untuk memahamkan, saya rasa makanan menjadi sia-sia. Kerana oksigen lebih tertumpu untuk memproses makanan, bukannya untuk otak.

Natijahnya, peserta tersengguk-sengguk, menguap mungkin. Lagi dasyat sepanjang waktu hingga ayat "Sekian, wassalam" mata tertutup rapat. Hasilnya, satu pembaziran waktu (dan makanan). Yg dapat ialah mimpi, gelap atau perut kembung dengan air garam. Kadang-kadang didenda kerana kesalahan tertidur, kononnya tak mahu berkomitmen.

Adilkah itu?

Sekali lagi ditegaskan, bukan bermaksud menyalahkan sesiapa. Kita guna win-win situation. Tukang masak puas hati, urusetia tak pening kepala, peserta dapat input yg mereka idam. Saya percaya bahawa setiap peserta sedaya-upaya menggagahkan diri untuk 'turut serta secara sedar'. Maksudnya roh mereka tak menerawang ke mana-mana. Cumanya apakan daya, mata sudah terlalu berat, dek kesemputan oksigen ke anggota.

Mungkin selepas ini kita patut mendidik diri dan orang lain hakikat makan. Lebih2 lagi makan dalam dulang, kenyang+berkat lebih terasa. Masaklah sesedap rasa, dengan apa jua modul, cuma jangan pula dicemar dengan hal KETERLAMPAUAN.

Pada hemat saya, cukuplah makanan itu sekadar memastikan kelangsungan hidup dan kebolehan beribadah, bukan untuk kenyang. Atas sebab ini di matrikulasi dahulu saya sanggup membeli roti berharga RM2.30 seketul di bakeri, yg nampak seperti lebih kurang harganya dengan sepinggan nasi berlauk sederhana. Tapi atas asbab saya tak mahu terlepas satu patah perkataan dari mulut pensyarah, dan atas asbab tak mahu TERmalas, saya nilai makanan dari sudut berbeza. (Situasi saya sekarang kurang mengizinkan, kerana susah jumpa roti & selalu dipaksa makan oleh ahli bait yg suka makan & masak. Hinggakan terpaksa pura2 tak balik rumah demi menjaga perut)

Biar lapar dari kenyang, kerana saya tak pernah lagi rasa lapar yg menyebabkan otak susah berfungsi dan anggota tak mampu nk diangkat. Tapi lapar selalunya menjadikan makanan seterusnya lebih nikmat. Tak tahulah pada orang lain.

Tak mahu bercakap panjang. Banyak cakap banyak silapnya. Memadai sampai mesej yg hendak diberi.

Memetik kata-kata As-Syahid Hassan Al-Banna : "Setiap kata manusia boleh ditolak, kecuali manusia itu yg diberi wahyu".

Wallah hu 'alam wa astaghfiruka wa atubu ilaik.

"Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku, matiku, tambah satu lagi : MAKANKU; hanya untuk Allah"

Penglipur lara,
Nur Syahida Abdul Majid
Pelajar tahun pertama sem I
UTHM Johor

22 November 2007

HIDUPKAN KEMBALI MAHASISWA

Suasana malaysia kini seolah-olah tiada apa yang dapat dibanggakan... apa yang kita banggakan? apa yang dapat menjadi contoh kepada yang lain, lagaknya negara kita lebih terkehadapan dari negara islam yang lain..

"kita mesti pastikan media massa, mahkamah telus, berkata benar biarpun pahit" ujar seorang tokoh. pada masa yang sama pergaduhan kaum di pasir gudang antara Melayu dan India tidak disiarkan, campur tangan politik kes Altantuya, hingga kini masih tidak selesai, dan isu perhimpunan aman menuntut pilihanraya bersih, dikatakan 'melanggar undang-undang' padahal dihalalkan perlembagaan. masih gunakan media massa untuk menutup kesalahan kerajaan, dengan memburukkan perhimpunan Bersih, yang ternyata lebih 100 000 rakyat Malaysia sanggup bersusah payah, biarpun dah larut umurnya, biarpun disekat sana-sini, masih lebih dari 100 000 rakyat yang berhimpun!!!

Juga menggunakan media untuk mendoktrin rakyat kini yang telah dicorak oleh kerajaan, menjadi tidak sensitif terhadap pergolakan Islam, dengan mengatakan pilihan raya selama ini bersih, padahal, berapa banyak kes bas pengundi hantu ditahan, tapi digunakan pula polis untuk melepaskan pengundi hantu tersebut. depan mata... cakap tak serupa bikin.

lihat saja setiap media massa yang sangat mencorakkan minda rakyat malaysia.. semua akhbar dan saluran tv mahupun radio, menyokong bahawa keadaan sekarang adalah yang terbaik yang pernah kita capai, dan negara kita akan mengorak langkah lebih jauh kehadapan lagi.

sumber-sumber seperti matapelajaran sejarah, di sekolah menengah, semuanya dihalakan supaya masyarakat melihat keadaan negara kita kini merdeka, aman damai... sedangkan kita tidak diberi penerangan sejarah sebenar kemerdekaan, siapakah pejuang sebenar kemerdekaan, iaitu para ulama'. namun, kerna strategi barat, permainan nasionalis, iaitu boneka barat yang juga anak watan Malaysia, segera diwujudkan, dan dipromosikan lalu mereka dilepaskan sebagai pemimpin kepada rakyat yang sentiasa mengimpikan merdeka. sekarang, bangsa kita sendiri tersepit ditanah air sendiri, krn yg memimpin kita menjual maruah.

lihat saja, orang kita menyebut mengenai pejuang-pejuang Islam silam seperti Sultan Salahuddin Al-Ayubi, dan Sultan Muhammad Al-Fateh, tapi kita sendiri bergerak bertentangan dengan perjuangan yang dilaungkan mereka.

kisah ashabul kahfi, bagaimana mereka merancang strategi untuk memberitahu yang hak kepada kerajaan Rom, apakah tak sama dengan kisah perjuangan (sama dari segi strategi, dan stail) Pas keatas Umno? kenapa, musuh, biarpun dia beragama Islam, tapi membantu perjuangan orang kafir, iaitu sekular, sampai sekarang susah kita nak dengar secara terang-terangan mereka ini, MUSUH ISLAM.... kita tidak mempersoalkan keislaman seseorang pun dalam kes ini..

hal ini bukan berkaitan dengan politik, tapi berkaitan dengan ketulusan dalam beragama...

sabda Nabi SAW,
"barangsiapa yang menyeru kepada perkauman, maka dia bukan dari kalanganku"

kenapa kita biarkan ini berlarutan. kebenaran (Islam itu sendiri) semakin disamarkan.. hanya difahami seperti dongengan, dan kisah ajaib. kisah ashabul kahfi, yang kemudiannya dipenjarakan, untuk dihukum bunuh tapi dilepaskan senyap-senyap oleh panglima yang mendapat hidayah, lalu melarikan diri kedalam gua, untuk menyelamatkan iman. mereka kemudian ditidurkan selama 309 tahun. kisah ini difahami seperti kisah fairy tale sahaja. sebenarnya mereka tidak ubah seperti dipenjarakan oleh kerajaan, atau dikenakan ISA, atas tuduhan melampau...

biar lama-lama, kanser bertambah parah, menjadi barah. lalu benarlah sabda Nabi SAW:

"di akhir zaman nanti, berbuat kebaikan dipandang seperti berbuat keburukan, dan keburukan dipandang seperti kebaikan"

kita tidak mahu hal ini terjadi secara total... oleh itu untuk memandu kita yang sama-sama telah bergelar mahasiswa selama satu semester ini, ada beberapa perkara yang perlu kita laksanakan:

1) bina individu muslim, dengan melengkapkan tarbiyah diri kita dengan berterusan, iaitu

a) Tarbiyah ruhiyah
-jaga solat fardhu,
-zikir, malan sunat,
-doa (doakan kebaikan keturunan kita agar lebih baik daripada
kita),
-yang penting ikhlas dan berterusan

b) Tarbiyah fikriyah
-kenali jahiliyah (analogi: mengumpat, kita cakap dia gemuk pun
mengumpat, sebelum ni, kebiasaan masyarakat kata itu bukan
mengumpat),
-banyakkan dengar kuliah agama daripada dengar lagu,
walaupun nasyid, baca buku pemikir Islam (cth:apa erti saya menganut
agama Islam, manhaj hidup Muslim)
-baca bahan bacaan semasa yang datang dari golongan pejuang Islam,
seperti Harakah, Majalah I, agar dapat kenal mana satu kebenaran dari
Islam, mana satu yang nampak seperti kebenaran, tapi kesamaran dari
musuh Islam

c) Tarbiyah jasadiyah
-bersenam, riadhah, sukan
-jaga pemakanan, halal haram dititikberatkan
-ambil vitamin, amalkan gaya hidup yang sihat, gaya hidup orang yang
bersungguh-sungguh
-yang penting berterusan, dan lillahitaala.

2) Carilah teman yang baik, sebagai teman sms, teman sejati, dan bersedia untuk menjadi
teman.
- wujudkan suasana yang mendorong untuk beramal ibadah, kerana sahabat
umpama pengganti kepada keluarga Islam. kita masih belum berkahwin,
jadi sekarang, kawan-kawanlah yang menjadi keluarga kita.
- tempat berkongsi masalah dan tempat meminta nasihat, kerana dalam ramai-ramai orang, dialah yang kita rapat.

3) Bersama-sama dengan gerakan Islam, sebagai pendokong, pembantu, penyumbang
- sebagai tempat untuk melatih diri bersusah payah untuk Islam, dan menghayati
kesusahan memperjuangkan Islam
- supaya kita dapat sedarkan diri kita dari dibelenggu, dari ditidurkan, oleh anasir luar
mahupun diri kita sendiri.

sama dengan point bukhari dalam artikelnya, HILANGNYA KHILAFAH ISLAMIYAH. sebab kami dpt tarbiyah sama, so sama la pointnya...

insyaallah... sama-sama kita bina kembali cita dan harapan, agar tersinar kembali cahaya kebenaran, dicelah kegelapan kekufuran sistem masyarakat dan negara...

7 November 2007





NOVEL ISLAMIK.....


….

Dunia penulisan kini dibanjiri dengan lambakan novel penulis- penulis tempatan tetapi adakah novel yang dihasilkan bermutu dan menepati ciri-ciri islam.
Selalunya melibatkan cerita pasangan yg bercouple ataupun pasangan yg dah berkahwin dan hampir kesemuanya tidak menepati siri-ciri yang islam kehendaki( ditekankan disini terutamanya dalam konsep muamalat dan konsep cinta HANYA kepada ALLAH)….

Dan kebelakangan ini jika anda perasan (kalau peminat novel kompem perasan) ada
sedikit kesedaran islamik dikalangan penulis novel. Contonya seperti watak permpuan digambarkan bertudung, tunaikan solat 5 waktu,berbuat baik tapi apa yang menyedihkan pada mase yg same masih boleh bercouple, berpimpinan tangan dgn bukan muhrim, kiss pipi dgn pakwe & sbgnya – sekadar menyebut beberapa perbuatan terlarang dan sering dilakukan remaja masa kini…

bagi sahabat2 yg faham sudah tentu dapat
membezakan yang mana salah dan yg mana betul.. tapi bagi sahabat2 kita di luar sana.. ramai yang menganggap ianya betul dan boleh dicontohi ..nauzubillah… ( ini juga adalah berdasarkan pemerhatian dan survey yang saya buat dikalangan kawan-kawan sekeliling saya!)

Ingin saya tarik perhatian dari sahabat-sahabat semua betapa novel-novel sebegini turut memberi impak yang besar kepada masyarakat islam selain dari media eletronik. Tidak ramai yang sedar novel sebegini banyak melalaikan remaja islam dari perjuangan islam dan seolah-olah hidup dalam dunia merka sendiri….

Jadi disini saya ingin mengesyorkan beberapa novel yang sesuai dijadikan bahan bacaan dan juga patut dipromotkan kepada sahabat2 diluar sana. Antara penulis yang popularvseperti faisal tehrani,fatimah syarha mohd, habiburrahman el shirezy dan banyak lagi.. (sekadar menyebut beberapa nama)

ANTARA NOVEL YANG DISYORKAN:

Faisal tehrani- KOMBAT 1511H (sangat disyorkan terutama untuk pelajar muslim aliran sains)
TUNGGU TEDUH DULU

Habibirrahman- AYAT-AYAT CINTA

Fatimah syarha- TAUTAN HATI









p/s: maaf diatas kelemahan dalam artikel ni…(budak baru belajar nak minta sahabat ajarkan)