6 December 2008

Jernihkan Perjuangan



Assalamualaikum,
memandangkan takde sape nk tulih, ana nk kgsi sedikit pengalaman berada di Baitul Qurra.

Allah menjanjikan kemenangan ke atas perjuangan Islam. atas kita sama ada berada dalam perjuangan atau tidak. seberadanya kita dalam perjuangan, Allah tidak membiarkan kita senang tanpa diuji, maka hanya pejuang yang benar-benar menjaga adab perjuangan sahaja yang mampu melepasi ombak lautan perjuangan yang kian hari kian menerpa.

malah ramai sahaja yang mudah mengaku dirinya memperjuangkan agama Allah ini. di zaman fitnah ini kecelaruan ini menyebabkan ummat kini keliru dan akhirnya suka membuat kesimpulan bahawa kumpulan ini dan itu yang layak disokong untuk membawa panji Tauhid ini.

maka di baitul qurra inilah, walaupun terpaksa berada di separuh pengajian berbanding sahabat lain, kami jelas bahawa perjuangan ini adalah perjuangan akidah. membenarkan hadis nabi SAW yg menyatakan akan bangkit mujadid setiap 100 tahun, kebanyakan mereka seperti Assyahid Hassan Albanna, Imam Assyafie, Imam ibn Taimiyah, Imam Hassan Syaari, Almaturidi, dan lain-lain, tugasan mereka selalunya berkisar mengenai menjernihkan semula akidah ummat yang kian bercampur dengan unsur falsafah yang mengheret ke arah zaman fitnah ini.

sebelum ini, mungkin kita tidak berapa faham mengapa pentingnya akidah, maka benarlah sabdaan nabi, awal pengenalan agama ialah mengenal Allah (akidah). mereka yang membaca artikel ini sekiranya berbisik dihati, 'alah, sama je. akidah ni hanya salah satu cabang je' atau 'apa beza belajar akidah dulu dengan belajar perkara lain dulu, banyak je ilmu yg ptt dipelajari dlm islam', sebenarnya perlu duduk mempelajari akidah. kenali sejarah dan bagaimana ulama menyusun ilmu maarifah sehingga timbul golongan berbeza cara untuk menjernihkan akidah di setiap zaman seperti golongan salaf, golongan ahl sunnah wal jamaah, dan golongan wahabi. perbezaan tersebut berlaku kerana kecelaruan akidah ummat Islam berbeza mengikut zaman mereka.

perjuangan kita adalah perjuangan akidah. setelah kami belajar, kini kami sedar, ada kalanya kita mudah terkeluar dari landasan perjuangan kerana lemahnya akidah kita. wassalam.

annasaiy
zulhijjah 1429

2 comments:

Eh, ade budak saff daku le.. Syafiq harun n Hadi Imran. Belah kiri ujung.. Wa.. bagus nye mereka..

assalamualaikum,nak tanya. Penjernihan aqidah ini tidak dilakukan oleh wahabi. Wahabi hanya merosakkan aqidah. Jadi, Wahabi patut terkeluar dari senarai penjernihan aqidah. Dalam Quran, Hadis Nabi ada menyebut, Laisa Kamithlihi syaiun,wahuwas samiul Basir: Tuada satu pun yang menyerupaiNya dialah tuhan yang Maha mendengar lagi Maha Melihat. Saidina Ali menantu Rasulullah pun sebut: Allah maujudi bila makaan - Allah wujud tidak bertempat. Tapi wahabi menyamakan Allah dengan makhluk, dengan mentakwil ayat Quran bulat2! Mereka menyatakan Allah duduk atas kursi, Allah duduk atas langit dan Allah bertangan seperti manusia, Hahasuci Allah dari sifat MakhlukNya. Tiada daya dan upaya melainkan dengan Allah.