29 December 2008

Masalah Sesudu Garam...., Cita-cita Selautan Air.

Penulis: LaJDaT MyTeam
Assalamualaikum wbt...

Selamat menyambut tahun baru Hijrah, 1 Muharam 1430. Tahun Masehi pulak, 1 Januari akan datang. .InsyaAllah tidak lama lagi..

Sebut je tahun baru, macam2 azam baru, harapan baru, semangat baru menerjah fikiran setiap individu. Ada yang berazam tuk tingkatkan pointer, ada yang xnak tido dalam kelas lagi dah, ada yang nak tambahkan ilmu2 sedia ada, malah macam2 lagi. Kalau sebut semua, memang jenuh nak membacanya. Yang pasti ada azam yang baik dan azam yang buruk. Ada juga yang tak nak buat azam baru kerana azam lama belum lagi terlaksana. Azam barunya nak menyempurnakan azam yang lama. Tidak kisah la yang mana2 pun, yang pasti Tahun Baru tetap akn datang, mengiringi perjalanan setiap insan.

Dalam menyambut Tahun Baru, kita di ajar berdoa awal dan akhir tahun. Kerana ape?? Sudah pasti kerna inginkan keberkatan dalam menghadapi saat2, minit2, minggu2, bulan2, tahun2 akan datang malah sehingga nafas terakhir kehidupan.. Kita memrlukan `campurtangan' Allah dalam menghadapi sisa hidup yang mendatang. Kebersamaan Allah dalam setiap inci kehidupan itulah yang kita perlukan...

Namun, tidak semua yang berfikiran sedemikian. Alhamdulillah, kita sepatutnya bersyukur kerna kita masih sdar kewujudan Allah dalam setiap apa yang kita lakukan. Wujudnya sifat IHSAN dalam diri itulah kunci tahap keimanan kita. Kita akn berfikir dua kali untuk melakukan tindakan yang membuahkan dosa, kerna sifat IHSAN dalam diri.

Azam dan cita2 hendaklah seiring. Hendaklah selari dengan kehendak Allah, barulah Allah turut merealisasikan impian kita. Biar azam baru adalah taqwa kepada Allah. Dan apakah azam dan impian terbesar kita?? Sudah tentulah ingin mendapat keredhaan Allah. Yang paling penting kita terus istiqamah dan perlu kepada mujahadah..


Dalam merealisasikan kehendak kita, ujian yang datang pasti menjelma, pasti menimpa. Adakalanya susah dan terlalu berat. Adakalanya senang melalui pandangan mata, tetapi hakikatnya, hanya yang pernah merasainya tahu pahitnya ujian yang menimpa.

Allah uji kita dengan ujian melalui tahap keimanan kita. Allah xkan beratkan kita apa yang kita tidak mampu. Yang pasti, setiap ujian yang menimpa sebenarnya tuk ajar kita erti ukhuwah, erti perjuangan dan erti kesabaran mungkin. Ingatlah ujian yang menimpa adalah tarbiyah terus dari Allah.
Ana tertarik dengan ulasan seorang sahabat yang berkaitan dengan azam. Sekadar perkongsian:

Betapa besar cita-cita yang nabi tanamkan dalam diri para sabahatnya. Kejayaan menakluki Rom dan Parsi adalah sesuatu yang besar, berkali-kali ganda besarnya daripada memenangi peperangan dengan barisan bersekutu ini. Secara tidak langsung, para sahabat kembali bersemangat menggali parit seperti yang dirancang. Lihat pula kisah bagaimana para sahabat yang disiksa sewaktu awal dakwah Islamiyyah. Selain iman yang teguh, mereka juga ditanam dengan cita-cita yang besar - syurga, maka seksaan-seksaan yang bagi kita sangat perit dan dahsyat, dapat mereka hadapi dengan penuh konsisten.

Laksana segelas air diletak sesudu garam. Setelah dikacau, maka air tersebut masin. Jika sesudu garam itu dikacau pula dalam seteko air, maka kemasinan itu berkurangan. Bagaimana jika sesudu garam dikacau dalam sebaldi? Sekolam? Setasik...? Maka rasa masin itu bagaikan hilang, tidak terasa, walaupun kuantiti sesudu garam itu tetap ada tersebati dalam air.

Begitulah perumpamaan antara masalah dan cita-cita. Garam itu umpana masalah yang menimpa. Air pula berupa cita-cita. Semakin besar cita-cita, masalah yang datang tidak akan membebankan kita. Dan mati syahid adalah cita-cita tertinggi yang perlu kita azamkan dalam kehidupan kita di dunia. Pasti segala masalah menjadi kecil tidak berbekas. Bercita-citalah mahu kembali tertegaknya khilafah Islamiyyah. Bercita-citalah dengan Islam.

Andaikata azam kita hanya setakat mahu berjaya dalam peperiksaan, maka ujian 'banyaknya program persatuan' akan menjadi masalah besar kepada kita. Andainya azam kita setakat mahu menjadi Jurutera, pasti keputusan peperiksaan yang tidak konsistsen mungkin akan menjadi masalah besar bagi kita. Padahal bagi orang yang bercita-cita besar, semua itu bukan masalah, tetapi hanya rempah ratus untuknya berjaya dalam kehidupan dunia dan akhirat. Seandainya kita ditimpa musibah, atau ujian, atau masalah, usahlah meminta dikecilkan ujian tersebut . Tetapi mintalah diperbesarkan iman bagi menghadapi ujian.

Semoga azam baru menjadi pencetus semangat tuk terus merealisasikan impian2 akan datang.. Ingatlah wahai sahabat, matlamat tertinggi hidup kita..

Allahu ghaayatunaa
Ar-Rasuulu qudwatunaa
Al-Qur'aanu dusturunaa
Al-Jihadu sabiiluna
Al-Mautu fii sabilillah
Asma amaanina

Allah adalah tujuan kami
Rasulullah teladan kami
Al Qur'an pedoman hidup kami
Jihad adalah jalan juang kami
Mati di jalan Allah adalah cita-cita kami tertinggi

Waalahua'lam. ...

0 comments: