29 December 2008

Tarbiyah Ruhiyyah

Penulis: LaJDaT MyTeam

Di dalam buku – Dr. Abdullah Nashih Ulwan menyampaikan cara-cara danamalan-amalan yang dapat membantu menumbuhkan ruhiyah dalam diri kitaseperti:


A. Memperbanyakkan Tilawah al-Quran dengan Tadabbur


Bacaanyang disertai dgn tadabbur yang khusyu' mampu mempertajamkan minda,melapangkan fikiran-fikiran sempit, dan ubat bagi hati yang sakit.Apabila seorang mukmin itu membaca al-quran dengan tenang, tadabbur& khushu' dengan begitu konsisten sekali, maka akan terbukaperkara- perkara yang mengganggu perasaan & hatinya dan akanterpancar pula cahaya al-Quran di dalam jiwanya. Rasulullah SAW sendirimembaca al-Quran secara dawan (rutin). Beliau memohon kepada Allah agarmenjadikan al-Quran sebagi taman dalam hatinya, cahaya bagipandangannya, penghapus duka dan pemusnah kebingungan.


Panduandari Hassan al-Banna dalam rutin pembacaan al-Quran adalah mengikutkemampuan seorang mukmin/da'i. Yang amat penting jangan biarkan satuhari pun terlewat tanpa membaca Kitabullah Al-Quran. Amat digalakkanpaling kurang 100 ayat satu hari. Dan jangan melebihi 3 bulan sekalikhatam.


B. Hidup bersama Rasulullah melalui Sirahnya yang harum semerbak.


Rasulullahmerupakan contoh terbaik bagi seluruh umat. Fenomena yang tampak untukdicontohi adalah bagaimana beliau menyatukan agama dan dunia, ibadahdan kehidupan, tazkiyah dan jihad. Semuanya beliau lakukan tanpaberlaku ketimpangan antara keduanya.


Hendaklah selalu terbayang di benak fikiran kita akan:


1. Ibadah nabi. Bersungguh-sungguh melakukan ibadah, beribadah sepanjang malam dengan tidur yang sedikit.


2.Kezuhudan nabi. Nabi SAW tak pernah makan roti sampai kenyang dalamtempoh 3 hari berturut-turut. Hendaklah setiap da'i selalu waspada danmengekang diri dari kesenangan duniawi semampu mungkin.


3.Ketakwaan Rasulullah. Duduk tanpa alas, makan bersama pembantu,menjahit sendiri pakaian, memperbaiki sandal, membantu pekerjaanisteri, duduk dimana saja dalam pertemuan.


4. Kesabaran dan kelembutan nabi. Beliau selalu memberi maaf dengan sebaik-baiknya.


5. Keteguhan Nabi dalam mempertahankan prinsip.



C. Selalu menyertai orang-orang pilihan, yakni mereka yang berhati bersih dan mengenal Allah.


Ulama generasi salaf berkata. "Bersahabatlah dengan orang-orang yang keadaannya bisa menunjukkan kamu ke jalan Allah."


D. Dzikir kepada Allah di setiap waktu dan keadaan.


Merasakankeagungan Allah dalam semua keadaan berupa zikir pikiran, hati, lisanatau perbuatan. Zikir perbuatan termasuk tilawah, ibadah, dan keilmuan.


E. Menangis kerana takut kepada Allah di saat berkhalwat.


Mengingati kembali dosa-dosa yang telah lalu dan yang mungkin akan terjadi.

Terbayang akan kematian dan apa-apa yang terjadi sesudahnya.

Membandingkan amalan kita dengan amalan generasi sahabat.


F. Bersungguh-sungguh membekali diri dengan ibadah-ibadah sunnah.


Berupasolat, puasa, sadaqah. Abu Hurairah meriwayatkan, Nabi SAW bersabda,"Solat yang paling afdhol setelah solat fardu adalah solat malam."


"Kalianharus solat malam, sebab itulah jalan para solihin, itulah pendekatandiri pada Rabb kalian, penghapus kesusahan dan pemusnah dosa-dosa." HRMuslim.


Wallahua'lam. ...


18 December 2008

Jangan Merajuk Wahai Daie

[Gambar anak saudara sahabat saya yg baru belajar utk berdiri. Apa yg menarik, bayi kecil ini tidak pernah jemu untuk berusaha walau gagal beberapa kali]

Hidup ini menuntut mujahadah berterusan, setiap hari pasti ada sahaja perkara yang perlu di usahakan. Seringkas bangun pagi memerlukan kekuatan menolak keseronokan tidur yang lena, begitu juga dalam kesungguhan mengulangkaji pelajaran, kesabaran melayani kerenah sahabat handai, hinggalah keteguhan mendirikan Islam dalam diri setiap insan. Inilah kehidupan, tidak lari dari, suka duka, perit jerih, dan susah payah. Apatah lagi bagi tiap jiwa yang dalam sedar berikrar menyerahkan diri mereka kepada Allah, menggelar diri sebagai Dai’e, mengajak jiwa-jiwa kembali tunduk pada Allah yang Esa. Malah mereka lagi perlu menunjukkan kesungguhan dalam tiap perkara, mengelak fitnah menimpa.


Yang pastinya, dalam kesungguhan pasti ada mehnah melanda. Dalam saat seronok mengajak manusia kembali ke jalan Allah, kita terlupa bahawa hati-hati itu ada pemegangnya, yang mengawal tutup buka nya ia. Membuatkan kita kecewa dan putus asa apabila usaha tidak membuahkan hasil seperti yang dijangka. Membuatkan kita terlupa tugas kita hanya pemberi peringatan, sedangkan natijahnya di bawah takdir Allah yang Maha Kuasa. Bak kata pepatah ‘menabur benih di bumi, hasilnya dari Ilahi’.


Di saat hati rajuk, mencari hikmah atas apa yang menimpa, Al-Quran menjadi tempat kembali, isinya penuh istimewa, pasti sesuai di setiap keadaan dan masa. Namun, bergantung kepada kesediaan hati itu untuk mengaitkannya dalam kehidupan, mengambil manfaat dari tiap bait Kalamullah. Siapa sangka, kisah Nabi Yunus a.s yang tidak selalu diceritakan mampu memberi seribu pengertian dalam kehidupan.

Nabi Yunus menyeru pada kaumnya
Sembahlah Allah Yang Maha Esa
Tinggallah berhala yang tidak bernyawa
Jauhi perbuatan yang sia-sia

Seruan Nabi tidak diterima
Nabi diejek dan Nabi dihina
Baginda tidak berputus asa
Walau dicaci walau dihina

Akhirnya Nabi merasa hampa
Umatnya masih menderhaka
Lalu dia pergi membawa hati
Ke tepi pantai seorang diri

Kapal pedagang Baginda menumpang
Membawa diri ke rantau orang
Malangnya laut bergelombang
Hampir karam ditengah lautan

Bila diundi Nabi merelakan
Terjun ke laut penuh bergelora
Baginda ditelan ke perut Ikan Nun
Gelap gelita tidak terkira

Sedarlah baginda akan silapnya
Ditarbiyyah Allah sebegitu rupa
Menangislah Nabi penuh duka
Memohon Ampun dari Tuhannya

Begitulah Kisah seorang Nabi
Diuji Allah begitu sekali

Wahai Dai’e Rabbani, cukuplah kisah Nabi Yunus a.s pemujuk diri, jangan diikut rajuk di hati, usah dilayan kecelaruan emosi, tergesa-gesa melarikan diri dari situasi. Melangkahlah dengan penuh hikmah dan kesabaran dalam meneruskan da’wah lillahi. Begitulah di kala Nabi Yunus lari dari kaumnya yang ingkar, rasa marah dan kecewa hingga terlupa tugas beliau menyampaikan ajaran yang hasilnya adalah dari Tuhan. Menyoroti kehidupan Dai’e, tidak ubah seperti kisah ini, siapalah kita meletakkan hidayah dihati manusia kerana ia adalah urusan Ilahi, hanya usaha yang akan dipersoalkan nanti. Hadamlah kalam Allah apabila Dia berfirman:

“Dan tidaklah Kami mengutus kamu melainkan hanya sebagai pembawa kabar gembira dan pemberi peringatan. Katakanlah: "Aku tidak meminta upah sedikitpun kepada kamu dalam menyampaikan risalah itu, melainkan (mengharapkan kepatuhan) orang-orang yang mahu mengambil jalan kepada Tuhannya.” (Al-Furqan:56- 57)

Dalam kegelapan perut ikan Nun, hati Nabi Yunus a.s mulai bergerak bertasbih kepada Allah, memohon taubat kerana putus asa dengan rahmat Tuhannya sambil berkata: “Bahawa tidak ada Tuhan selain Engkau. Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku adalah termasuk orang-orang yang zalim” (Al-Anbiyaa’:87)

Dengan ketulusan hati berdoa, mengakui kesempurnaan ketuhanan dari sebarang kekurangan dan kelemahan, mengakui kezaliman diri, akhirnya taubat Nabi Yunus a.s di terima. Allah menyelamatkan beliau dari kecelakaan mati di dalam perut ikan Nun kepada kesejahteraan hidup bersama kaumnya yang kembali kepada jalan Ilahi. Dengan rahmat dan kasih sayang Allah, segalanya mungkin terjadi, asalkan hati jernih mengharap redhaNya. Apa lagi yang Dai’e mahukan selain ketenangan dalam kehidupan seharian. Walaupun penuh ujian, hati penuh taubat mengakui kesalahan.

“Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah (pula) kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi (darjatnya), jika kamu orang-orang yang beriman” (Ali-‘Imran:139)

Inilah Dai’e Rabbani, tidak takut menghadapi salah, tetapi lekas kembali kepada Allah yang Maha Pemurah. Memujuk hati mencari hikmah mengakui kelemahan insani. Berbekal ibadat di kala senang, menjadi keselamatan di waktu susah. Tabah dan sabar dalam berdakwah tanpa mengira ketidakberhasilan hidayah, kerana tiap langkah di atas jalan ini adalah kejayaan.

sumber:bahantarbiyy ah.info

kesimpulan:
wahai shbt2ku,sesungguhny a perjuangan dalam menegakkan islam ini penuh dgn dugaan & cabaran.. ada yg pernah diludahi o shbt baiknya sendiri,ada yg dicemuh dan diejek,ada yg diugut gara2 menegakkan amar ma'ruf nahi munkar ttp adakah cubaan & dugaan yg kita hadapi i2 setanding dgn para anbiya',para sahabat & ulama'2 dulu..mari renungkan jgn lh mudah give up & patah hati dgn dugaan yg Allah timpakan kpd kita krn disana tersirat rahsia & hikmahNya.. sama2 kita berdoa agar diberi kekuatan oleh Allah kpd diri & shbt2 kita dlm meneruskan agenda dakwatunnabi ini.. smoga keikhlasan terus tertanam dlm setiap amal perbuatan kita disamping kita bermujahadah dgnnya..

wallahualam. .

maaf ats kekurangan..
daku mengharapkan teguran dan respon drpd shbt2 dlm agenda pentarbiyyahan dan dakwah ini

muhammad saiful azzam bin hamdan
lajnah dakwah & tarbiyyah MyTeam (LAJDAT)
UMP

16 December 2008

Pengakhiran Membuah Permulaan. Misi Menawan Malaysia


World-Class future leaders, insya Allah


Lewat hampir 2 minggu untuk mengulas tentang hari bermakna buat saya dan sahabat. Gara-gara hobi saya yang suka mengolah gambar sedangkan idea dan kreativiti tak seberapa. Mohon ampun buat 12 muslimin dan 5 muslimat yang setia menanti.



2 dan 3 Disember lalu MYTEAM serata Malaya menerjah bumi Kelantan untuk berkumpul kembali memautkan cinta. Rehlah Mahabbah Myteam 2008. Rata-rata muslimin sudah pun berada di sana seminggu lebih awal dengan projek ntah apa-apa mereka. Asalnya rehlah ingin dilaksana pada 25 dan 26 Nov, tapi nampaknya mejoriti muslimat terlampau aktif dikampus masing-masing (hehe) hingga akhirnya seorang sahaja muslimat yang mampu hadir pada tarikh tersebut.

Atas permintaan, tarikh ditukar ke awal Disember. Tapi muslimin tetap dengan perancangan asal, maka berehlahlah mereka dengan lebih awal.

Ini adalah pertama kali saya berprogram di resort bersebelahan pantai. Pemilihan lokasi di Sri Nipah Resort, Bachok sangat saya puji. Bukan sekadar tempat, malah bab pengurusan, dana, dan makanan amat-amat layak diberi anugerah buat skuad Projek Khas yang mengelola majlis.

Saya, Khalisah (Diksu) dan Zuraida (Jue) tiba ditapak program kira-kira pukul 9 pagi setelah sesat bersama pakcik teksi yang beriya-iya mahu menghantar kami ke pintu resort. Hingga pukul 10 pagi, kelibat peserta muslimin masih belum ada bayangnya. Kalau mengikut tentatif, sepatutnya upacara pembukaan diadakan.

Sekitar 10 lebih, 4-5 muslimin tiba. Sungguh, hampir 2 tahun tak bertemu, terasa gelombang lama mula bergetar. Ini bukan masalah hati, tapi tautan hati..

Mat, Kori, Faisal dan Abe Din merangka kembali program

Makin lama, makin ramai muslimin yang hadir. Kami 3 kuntum bunga makin rasa tak mahu keluar bilik. Malu rasanya sekadar bertiga untuk berprogram dengan 10 muslimin. Masing-masing sedaya upaya hubungi segala myteam sekitar Kelantan. Alhamdulillah, Afifah tiba lewat tengahari. Tapi bilangan kami masih jauh ketinggalan!


Kemaskini cerita masing-masing

Sesi dimulakan dengan pengenalan semula dengan ahli. Mendengar cerita-cerita baru, perancangan masa depan dan tak lupa resipi Myteam yang tak basi - buat lawak tak habis-habis. Boleh dikata hampir semua kini memegang potfolio besar di kampus masing-masing. Alhamdulillah, hasil pembentukkan Allag selama setahun di matrikulasi. Cerita nikah tunang mula kedengaran. Em, dah dewasa sangatkah Myteam ni.. Oh ya, tak lupa jemputan Kori ke rumahnya 20 Disember ini. Entah walimah al arus atau apa, kita tunggu sahajalah.

Makan tengahari diangkut dari Kota Bharu dengan seekor Unser Abe Din. Disebabkan dengan bilangan muslimin yang lebih meriah, kami merendah diri membawa makanan jauh ke chelet kami.

Usai Zohor diisi dengan modul Ice Breaking oleh Faisal. Sekali lagi, disebabkan bilangan peserta muslimat yang jauh ketinggalan, perjalanan acara agak kaku oleh malu-segan kami. Akhirnya kami diselamatkan dengan kehadiran Hidayati bersama keluarganya ke lokasi.

Antara saya, Jue, Dqsu dan Afifah, boleh kata saya yang paling kenal Yati kerana kami dulunya satu blok kediaman. Biliknya jarang saya terjah, tapi tudungnya pernah juga lah saya rembat. Yati pada mata saya hari itu tampak terlalu kurus. Jauh beza dengan Yati yang saya kenal dulu. Kalaulah Aisyah, bekas roomate Yati yang juga sepatutnya hadir; ada di situ, pasti dia juga akan terkejut. Em, kenapa ya Yati?

Jemput Yati naik ke chalet, Asar sudah pun masuk. Jadi yang bukan musafir siap-siaplah untuk solat. Sedang solat, pintu chalet kami diketuk. Hanya saya yang telah jama', maka dengan berdebarnya saya buka pintu. Faisal. Dia hulur sebiji telur ayam yang dianalogi sebagai Myteam yang harus dijaga.

Disebabkan muslimat lain masih belum selesai solat, maka saya seorang termangu-mangu dengan telur, cari idea. Saya balut ia dengan plastik dan sumbat ke dalam bekas kecil, dengan penuh harapan kekukuhan bekas itu tak akan rosakkan telur. Usai solat, chalet kami digegar, paksa penghuninya keluar.

Bekas kecil berisi 'Myteam' ditangan Jue


Kami sebenarnya tak menyangka 'Myteam' yang bujur itu akan diuji sebegitu rupa. 'Myteam' menjadi ujikaji pertama dan pecahlah ia. Keciwa juga dihati ini, tapi tak apalah, memang kami tak sedia. Kalau tak..

Yang muslimin pula, macam-macam dibungkusnya 'Myteam' itu. Ada dengan kasut, sampah, sabut kelapa, macam-macam. Ada satu kumpulan yang tak pecah selepas diuji, tak silap kumpulan Amir, kan?


Aktiviti diteruskan dengan solat Asar buat muslimin dan kemudian acara boling pantai. Satu permainan yang menarik di kala langit kian mendung dan angin seakan-akan ingin bermesra. Boling dengan menggunakan buah kelapa, apalah sangat daya kami muslimat yang lemah-lembut (ahaks!). Tergeliat jugalah tangan. Tapi seronok!

Lewat hari itu kami dimaklumkan Hajar chomey akan tiba di Kota Bharu. Rancangan kami, Diksu akan pandu kuda besi Amir. Tapi nampaknya, Abe Din yang bijak lestari mengangak jalan utama ke KB dinaiki air, dan hanya angsa besinya mampu berenang atasnya. Maka pergilah kami bertiga, Abe Din, Diksu dan daku.

Ha.. Dalam kereta banyak cerita kami kongsi. Tapi, rahsia kami tiga orang la..

Senja itu, barulah hujan ingin menyapa kami di bumi Kelantan. Hujan barokah mungkin. Sejuk yang mengundang kantuk. Terlena juga dalam angsa Abe Din. Setibanya di lokasi, sayup-sayup kelihatan semua berkumpul di chalet pertama, mendengar kuliah. Bagi diri yang lewat ini, kurang dapat tangkap isi perbincangan. Tapi yang pasti, ia tentang hidup haraki seorang mahasiswa, kan?

Usai solat, kami ke acara paling seronok. Apa lagi kalau bukan MAKAN! Bbq ayam yang sudah diperap oleh ma Jue. Bukan pakar, malah tak pernah pun libatkan diri dalam acara bakar-bakar ni. Jadi, berpeluh juga la. Tapi seperti biasa, dibereskan oleh muslimin yang pakar.


Hasilnya, mengiurkan! Bak kata Pipah, teringat ayat-ayat cinta. Makan ayam atas bumbung berlaukkan nasi kerana banyaknya ayam. Aduhai, daku yang alah ayam ni dalam hati menjampi-jampi tiap keping ayam tersebut. Moga malam ini wajah ku tak terseksa dek gatal. Dengan bismillah, kami ganyang ayam tersebut.

Memang enak!

Hajat dihati ingin dibuai saja mata yang sudah berat itu. Tapi nampaknya Bukhari ada rancangan lain. Sedikit brainstorming dibuat. Ya, ini yang aku tunggu. Ini yang buat aku ingin ke mari. Ingin tahu apa disebalik 'Gagasan Menawan Malaysia'. Satu retorik kritikal, bak kata Bukhari.

Kita berhajat melahirkan amilin yang pakar dalam bidang masing-masing tapi di waktu yang sama mantap jiwa daie, murabbi. Amilin yang boleh kita pantau aktif-senyapnya, amilin yang akhirnya memakmurkan bumi Malaysia.

Menarik!

Malam itu, dengarnya sang lelaki ada modul tambahan. Mungkin simpati dengan jumlah muslimat, kami dibenar beribadah senyap. Yahoo!! Tapi dibenar pun, pukul 3 juga tidurnya..

Pagi, suria keluar dengan penuh minat. Masya Allah, adakah berkat kami yang datang dari kejauhan, menghasilkan cuaca yang selesa buat Bachok? Ehehe.. Astagfirullah, masalah aqidah nih.

Pagi itu, aktiviti terbuka buat semua. Tapi pasti, semuanya menuju ke pantai. Muslimat turun dengan sebuku roti, jem dan biskuat. Hehe.. Jamu sarapan di gigi air.. Tak terasa kenyangnya. Kaki dah tak sabar untuk dibasahkan dengan air laut. Jadi, saya, Jue dan Yati warming up untuk menjelajah pantai. Photographer of the day is saudari Afifah!


Jalan-jalan melihat ciptaanNya yang mengasyikkan. Tak sedar Jue dah hilang. Huhu.. Dan tak sedar langit kian tinggi. Yati pun kian pulang ke pangkuan.. Tinggal daku berlari-lari anak kembali ke tepian. Sayup kelihatan yang lelaki telah kuyup dibasah air masin. Sedang bercanda mungkin, menanam Bukhari yang kepingin bernikah awal.


Matahari kian melangit, cuaca kian terik. Tanpa sedar, hampir tiba ke penghujung majlis. Semua dijemput ke bangsal belakang chalet. Di depan mataku, tersusun kerusi-kerusi. Entah kenapa, hati ini terdetik 'Macam tahu je, cuak'.

Nampaknya firasat orang beriman selalu tepat. Tiba-tiba Faisal bersuara, melarang sebarang senyuman mahupun suka-suka. Dia membelek borang biodata ahli. Bukhari dan Zuraida disuruh berdiri. Bak taaruf, Faisal memekik. Ditanya latar belakang Bukhari dan Zuraida. Bila tak tahu dimarahnya, macam biasa.

Kecut juga perut dibuatnya. Entah dari mana, tiba-tiba datang senyum dari bibir Faisal. "Gurau je lah.. Dah.. Dah, senyum" Hampeh. Sesi penutup itu diisi dengan pembongkaran Skuad Projek Khas. Cerita yang mengundang memori.

Kami dikembalikan pada musim Minggu Keterampilan Minda. Waktu semua sedang kalut dengan pantun dan bahas. Skuad inilah yang menyamar menulis surat untuk muslimat, menggesa menyiapkan pantun buat peserta. Skuad ini jugalah yang pernah memberi misi mencari bahan serta kek coklat, selain buatkan air untuk masjid. Ditunjukkan jua surat-surat yang masih disimpan kemas. Ah, waktu itu kembali bermain di minda lagi.

Akhirnya majlis diakhiri dengan kata-kata pengarah program. Dan tak lupa, beberapa nama disebut, termasuk namaku. 'Apo pulok nih?'. Faisal serahkan sekeping sampul duit raya bertampal JKR didepannya. Ah, agakku, duit. Tepat sekali, duit raya haji yang lebih awal. Baru daku perasan, semua yang luar Kelantan diberi sama.


Terasa terharu dijiwa. Sudahlah penginapan dan makanan kami ditanggung semuanya, ini dapat duit pula. Masya Allah, entah bank mana Skuad Projek Khas ni rompak.. Siqah lah, halal. Hehe..

Biarpun rehlah ini tamat secara rasminya pada tengahari 3 Disember, tapi rehlah secara tak rasminya terus berjalan. Kami sempat singgah makan tengahari di rumah Afifah di Bachok. Hanya sebahagian muslimin yang dapat serta, Amir (driver kami), Faisal dan Abe Nik. Yang lain setia bersama angsa Abe Din menghantar pinggan mangkuk ke kedai ma Jue di Kota Bharu.

Alhamdulillah, dapat juga berkenalan dengan ayah Afifah yang saling tak tumpah rupanya dengan Pipah. Hehe.. Bagus juga ada muslimin yang bersama, kalau tak keras kami tak pandai berbasa basi dengan En Wan Ghazali. Boleh la die pilih mana satu nak buat menantu, kan Pipah.. Rugi la muslimin lain..

Kami bergerak ke KB dalam pukul 4 petang. Alhamdulillah, bas tiba tanpa perlu menunggu lama. Rasanya, kami sahaja penumpang bas hingga ke KB. Kantuk yang tersimpan dilepas dalam bas puas-puas, tak ada orang lah katekan..

Hajar terus pulang, sedang saya, Jue dan Diksu membetulkan mamai di gerai ma Jue. Kami kemudian berjalan sekitar KB, mencari ole-ole untuk dibawa pulang. Adalah satu dua berjaya dirembat Diksu. Tapi buat diri ini yang memang tak reti beli jubah atau tudung kerna selama ni merembat umi punye je keje, tak ada satu pun dibeli.

Bila melewati satu tempat, terasa seperti ada tenaga yang dikenali. Ah, Abe Din and the geng tengah menyantap dengan lahap! Buat-buat tak nampak je la..

Kononnya hendak terus menunggu hingga malam, 8.30 malam Diksu akan berlepas ke Seremban. Tapi dek abang Jue yang rajin nak ulang alik, dapatlah kami balik dan bersihkan diri dahulu. Sebelum balik, kami sempat disapa oleh muka-muka yang dah terlalu biasa, Abe Din and the geng.. Rupanya angsa besinya diparkir berdekatan dengan kedai ma Jue. Masing-masing dengan ramahnya menyapa. Eleh, macam tak tau, nak tunjuk baik depan ma Jue..

Bila batang tubung mereka masuk ke perut angsa, ku tanyakan soalan cepu emas buat ma Jue. 'Ma, nok pilih hok mano so buat nantu?' Ma dengan coolnya menjawab 'Biarlah Jue pilih hok dio nok..' Ahaha..

Sampai di rumah Jue, penat, rimas, semua ada. Ikutkan hati nak labuhkan badan sahaja. Tapi sayang pula kalau tak hantar Diksu sama. Rupanya Diksu satu gerabak dengan Nazoro. Aih, jumpa lagi la puok-puak tu di stesen bas. Bila nazoro ditinggal oleh kaumnya di stesten, kami tetap setia bersama Diksu. Apalah sangat KBMall tu..



Malam itu juga ku beli tiket ke Kuala Lumpur. Kononnya nak ronda-ronda melawat umi di belakang Hosp Pakar Perdana. Tapi ada pula panggilan yang menuntut ku pulang segera. Alahai.. Tetap, Kuala Lumpur, 9.00 pagi.

Pagi esoknya, sekali lagi, Myteam dipertemukan. Sejurus daku dan Jue keluar rumah, angsa besi Abe Din pun muncul bersama Wali, Azim dan Kimi. Sangkaanku akan naik sekali bersama Kimi ke Kuala Lumpur. Rupanya, satu bas dengan orang Raub pulak.. Aduhai dunia.. Jeles pula Kori mendengarnya. Ahaha..

Maka berakhirlah kembara kami di bumi Kelantan. Sungguh, masih terasa manisnya. Paling ku ingat, bagaimana Nazri melabel ahli Myteam sesukinya, Kimi manusia paling pelik tapi istimewa, Amir macam dah berumah tangga, Azzam orang yang paling tenang dalam dunia, Kori macam tak matang. Ahaha..

Semua ini mengundang suka, jua duka buat daku yang bakal pergi. Trimas buat semua yang hadir. Hadiah paling bermakna buatku sebelum berlepas. Memang rugi buat yang tak dapat hadir. Tak apalah, nanti boleh buat lagi insya Allah.

Buat adik beradikk, terus thabat dalam perjuangan ini. Jadi bak air, biar disekat terus mengalir. Dihangat ia terbang ke udara, disejuk ia keras dan menyakitkan. Teruskan usaha menawan Malaysia. Ins Allah, doa daku iring hingga akhir waktu. Moga ukhuwah kita tak terbatas dengan sempadan waktu dan negara, mahupun alam mana-mana.

Sirru 'ala Barkatillah..

6 December 2008

Jernihkan Perjuangan



Assalamualaikum,
memandangkan takde sape nk tulih, ana nk kgsi sedikit pengalaman berada di Baitul Qurra.

Allah menjanjikan kemenangan ke atas perjuangan Islam. atas kita sama ada berada dalam perjuangan atau tidak. seberadanya kita dalam perjuangan, Allah tidak membiarkan kita senang tanpa diuji, maka hanya pejuang yang benar-benar menjaga adab perjuangan sahaja yang mampu melepasi ombak lautan perjuangan yang kian hari kian menerpa.

malah ramai sahaja yang mudah mengaku dirinya memperjuangkan agama Allah ini. di zaman fitnah ini kecelaruan ini menyebabkan ummat kini keliru dan akhirnya suka membuat kesimpulan bahawa kumpulan ini dan itu yang layak disokong untuk membawa panji Tauhid ini.

maka di baitul qurra inilah, walaupun terpaksa berada di separuh pengajian berbanding sahabat lain, kami jelas bahawa perjuangan ini adalah perjuangan akidah. membenarkan hadis nabi SAW yg menyatakan akan bangkit mujadid setiap 100 tahun, kebanyakan mereka seperti Assyahid Hassan Albanna, Imam Assyafie, Imam ibn Taimiyah, Imam Hassan Syaari, Almaturidi, dan lain-lain, tugasan mereka selalunya berkisar mengenai menjernihkan semula akidah ummat yang kian bercampur dengan unsur falsafah yang mengheret ke arah zaman fitnah ini.

sebelum ini, mungkin kita tidak berapa faham mengapa pentingnya akidah, maka benarlah sabdaan nabi, awal pengenalan agama ialah mengenal Allah (akidah). mereka yang membaca artikel ini sekiranya berbisik dihati, 'alah, sama je. akidah ni hanya salah satu cabang je' atau 'apa beza belajar akidah dulu dengan belajar perkara lain dulu, banyak je ilmu yg ptt dipelajari dlm islam', sebenarnya perlu duduk mempelajari akidah. kenali sejarah dan bagaimana ulama menyusun ilmu maarifah sehingga timbul golongan berbeza cara untuk menjernihkan akidah di setiap zaman seperti golongan salaf, golongan ahl sunnah wal jamaah, dan golongan wahabi. perbezaan tersebut berlaku kerana kecelaruan akidah ummat Islam berbeza mengikut zaman mereka.

perjuangan kita adalah perjuangan akidah. setelah kami belajar, kini kami sedar, ada kalanya kita mudah terkeluar dari landasan perjuangan kerana lemahnya akidah kita. wassalam.

annasaiy
zulhijjah 1429

29 September 2008

Bulan Itu Bulan Yang Memudahkan


KMPh diselimuti malamNya

Lewat malam itu aku dengar ketukan pintu bilik. Cahaya bilik suram, tanda penghuni sepatutnya tidur, paling tidak bermalasan atas katil. Ah, ketukan itu pasti dia, moga malam ini ada rezeki buat aku dan teman sebilik.

Pintu kami kuak dengan gembira. Benar, Zu, memang dia. 'Nah nasik lebih'. Kagum aku pada kesungguhannya, berniaga pada malam yang amat selesa untuk menelaah. Bungkus-bungkus nasi kami sambut dengan penuh suka. Bismillah, mula iftar dan pra sahur kami berempat. Aku, Syud, Tiki dan Rima si gadis orang Asli yang baik 'Melayu'nya.

Malam itu aku bangun dengan penuh cinta. Untung sungguh, surau benar-benar dihadapan bilik ku. Tanpa perlu menjejak koridor, aku langkah terus masuk ke perut rumahNya. Malam itu seperti malam-malam biasa bulan ini. Malam untuk bercanda melafaz cinta, hanya aku dan Dia.

Usai subuh ku ambil kitab suci. Kucup penuh ta'zim. Targetku mahu habiskan bacaannya bulan ini. Kalau benar, satu rekod baru buat aku yang selama ini sesat dengan fatamorgana. Ku belek tanda, ya, rekodku amat baik. Bulan ini cukup mudah. Lagi-lagi selepas fenomena Ayat-ayat Cinta, membaca kalamNya dimana-mana sudah menjadi budaya. Kadang menunggu sang pengerusi memulakan acarapun, aku dan Salihah sempat berlumba membaca.

Makan tengahari yang tiada, amat mendamaikan jiwa. Kalau tak, orang asyik bertanya 'Kenapa tak makan? Diet?'. Sahabatku mengerti, tapi tak mungkin aku tegar untuk menjadi tempat dia beramal mulia. Jika tidak, sekeping roti pengalas lapar akan dipandang hina. Tapi bulan ini bulan yang mendamaikan. Tengahari itu kami bersama mengisi rohani.

Ah, sungguh, damainya hari-hari yang dilewati.

Pabila petang mula menyinggah, yang lelaki sibuk membeli juadah. Kami hanya akan menanti di tangga masjid, menunggu arahan andai mereka perlukan dulang tambahan. Sana-sini dicelah rak Al Quran ada yang sedang berbicara sendirian, meneliti kata-kata dari Tuhan.


Kami akan beratur dikaki tangga, ada juga yang berlari-lari memakai sarung kaki untuk turut serta mengangkut dulang dibawah. Biar badan letih, tapi masing-masing berlumba beramal.

Bisik-bisik mula kedengaran, siapa imam malam ini? Ah, Rozi, pemuda yang lunak suaranya. Lembut jiwa mendengar dia mengalun pesan Sang Pencipta. Ruang masjid terasa bahang kerana penuh dengan mereka yang ingin mengaut pahala. Biar begitu, kamilah yang paling sukacita. Selama ini lantai masjid hanya dipenuhi oleh serangga, tapi kini oleh sang hamba.

Ah, indahnya bulan ini ya Illahi! Kenapa tidak Kau lanjutkan saja ia ke 11 bulan yang seterusnya?

Penghujungnya tetap tiba. Sang cinta merintih hiba, kerana tiada lagi yang seumpama ini, entah akan berjumpa kembali entah tidak.


27 Ramadhan 1427
Kolej Matrikulasi Pahang
Ramadhan ku yang pertama
Sejak diri ini diterima semula olehNya

28 August 2008

MY TEAM...ANTARA KENANGAN DAN CABARAN MENDATANG

MY TEAM...ANTARA KENANGAN DAN CABARAN MENDATANG
PENULIS:AL-FAQIR ILA ALLAH MOHD BUKHARI BIN HASHIM


Slot 1



Muqaddimah

Setelah berlalunya pemukiman kehidupan matrikulasi setahun lepas, terasa terpanggil untuk diriku menulis mengingati diriku dan ashabku (MY TEAM) selaku insan yang pernah menghirup udara segar atmosfera matrikulasi tentang nikmat ukhwah bersama dan justifikasi kehidupan kami selepasnya.

Pelbagai duri kaca perjalanan serta manisan madu gula yang menggamit hati untuk dimuhasabah kembali. Persoalan yang ingin dikemukakan penulis dalam tulisan ini merangkumi dua aspek, pertama mengimbau kembali asas-asas kenangan serta faktor pemangkinnya dan kedua rintangan yang bakal melanda amilin jalan itu untuk meneruskan landasan titian hidupnya.




Kenangan Terindah Kami

Murshid yang mengambil berat keatas diri kami



Antara faktor dominan yang menjadikan diri penulis dan ashab kekal dalam perjuangan adalah adanya mudarris (pengajar) yang bersifat mursyid (penasihat), murabbi (pentarbiyah), muaddib (pembentuk akhlak) dan muallim (pemberitahu).

Mereka sentiasa mengambil berat tentang kami sama ada dari sudut fizikal kami seperti sakit sihat kami, permasalahan pembelajaran, kewangan, pergaulan dan kepimpinan serta sudut rohani kami seperti solat dan amalan agama kami.

Apabila mereka melihat kami jauh dari ALLAH mereka akan terus menasihatkan kami, bila kami murung akan mendekati kami, bila kami jarang bersamanya akan bertanya kemana kami pergi serta permasalahannya, bila kami kekurangan idea serta kelemahan gerak kerja, mereka akan membantu serta membangunkan diri kami.

Inilah diantara penulis rasakan kehilangannya ketika ini bila tiada penasihat yang memberi sumbangan seperti mereka. Terima kasih semua murabbiku, andalah permata mutiara pembakar semangat kami (Dedikasi khas buat semua pensyarah khususnya Ustaz Ghazali dan Ustazah Rosma)


Variasi program tarbiyah membangunkan kekuatan individu muslim



MY TEAM bukan sahaja memfokusi terhadap pembentukan ruhiyah diri individu malahan menekankan keperluan-keperluan tarbiyah lain yang dituntut ke atas individu muslim.

Masjid sebagai tempat penyatuan, pangkalan strategi gempur, kem pembangunan kepimpinan dan pelbagai aspek lain diguna pakai untuk memastikan ahli MY TEAM yang bekerja di jalan ini mengetahui bahawa segala perbuatannya adalah ubudiah (perhambaan) kepada Pemilik Alam Ini dan Raja Segala Raja yakni ALLAH.

Kita bukan sahaja menekankan solat berjemaah,berzikir,solat nawafil dan membaca zikir-zikir lain seperti Al-Quran dan Al-Mathurat malah dalam aspek kekuatan fizikal seperti bermain di padang, kemahiran menguasai massa dan percaturan kolej, kekuatan menghadapi tekanan, persediaan akademik


Keterlibatan aktif MY TEAM dalam aktiviti kolej



Perlu diingati bahawa sejarah MY TEAM pernah memenangi tempat ketiga bola tampar lelaki dan perempuan (saya ingat muslimin je) serta melayakkan diri ke separuh akhir bola sepak Karnival Kokorikulum Kolej Matrikulasi Pahang. Malah MY TEAM mempunyai wakil yang hebat dalam sukan golf (cuba teka siapa...) dan wakil dalam sukan skuasy.

Bukan sahaja di padang, malah dalam arena pentas MY TEAM pernah menghantar 2 pasukan pantun dan satu pasukan debat ke pertandingan kolej sehinggakan layak ke pertandingan separuh akhir (dalam perkara ini penulis adalah insan yang sentiasa berjaya menarik diri dari berada di atas pentas, minta maaf ashabku sekalian.

Bukan itu sahaja, malah dalam aktiviti kemasyarakatan MY TEAM menjadi juru bicara ummah sentiasa memberi perhatian kerana sedar perbuatan dapat mengatasi lisan yang bercakap.

Jadi MY TEAM sentiasa menjuarai isu kebajikan seperti menghantar wakil ke Kedah selama seminggu dalam Program Anak Angkat, menghantar sebahagian besar ahli ke Program Pembersihan Makam Mat Kilau dan pelbagai aktiviti kebajikan kolej seperti mengutip derma untuk pelajar kesulitan.


Bersambung Slot ke 2....

**tulisan ini tidak bertujuan untuk membangga-banggakan kumpulan. Harapan pihak SA ialah pembaca dapat menceduk ilmu dan semangat MYTEAM agar dapat membina satu kumpulan yang jauh lebih baik, insya Allah

19 August 2008


18 July 2008

Familiku.

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera.

Memandangkan tiada siapa yang nak menulis pasal famili lagi, biar saya la yang start dulu.

Oh familiku,

Abah, Emak, Kak Idah, Abg Ha, Kak Ogy, Kak Yati dan adikku Wani.

Taaruf skit ttg ahli familiku..

Abah dan Emakku dah berumur lebih ½ abad. Abahku berasal dari rembau Negeri Sembilan, manakala ibuku pula berasal dari Kuala Terengganu, Terengganu.

Adik beradikku semuanya lahir di Pahang (ku fikir..). Kak Idah, yang sulung dah ada 3 orang anak; Adani Sumayyah, Abdul Muhaimin, dan Ammar Haziq (ambil dari nama anak Ustaz Ghazali hehe) dan K. Ogy dah ade sorang anak perempuan namanya Nur Ilya Nabila. Kakakku sorang lagi tu baru saja bernikah tahun ni. Yang len masih solo lagi. Hehe.

Kalau nak tahu lebih lagi boleh la buat research ok! Assignment.. baru mencabar.

Ok kita ke segmen seterusnya. Saja nak share dengan semua. Tak nak baca pun takpe.

Semenjak dari tadika sampaila ke alam matrik tidak pernah ku belajar di institusi luar Kuantan. Bila masuk 1st year start la belajar kat Negeri Sembilan. Barulah jauh dari kg halamanku dan jauh dari ibubapaku.

To be honest, sejak dulu memang tak selalu call family untuk tanya khabar or beritahu good or bad news. Kemudian baru tersedar bila dengar nasihat dari seorang Ustaz and seorang Ustazah supaya selalu menghubungi parents.

“Bila membeli credit reload rm 30, berapa ringgit yang digunakan untuk call mak, ayah dan setiap seorang adik beradik?.”

Teringat kata ustazah tu, lalu start la menghubungi mak dan abahku serta adik beradikku. Rupa-rupanya call mereka ni best, walaupun hanya tanya: "apa khabar? Buat apa tu? Saje je call." Mula-mula rasa kekok dan aku yang selalu call sebab biasa kalau call tu mesti ada something (biasa nak minta belanja hehe), lama-lama mereka pula yang call. Ada yang tanya “Bila nak balik rumah?,” dan nak tanya khabarku. Ini adalah satu petanda baik.

Barulah ku sedar yang aku amat menyayangi mereka ni. No matter what happen, they’re still my dearest family especially my parents.

Yup, memang selalu teringat kat famili di dunia kampus ni, terfikir tentang apa yang telah kulakukan untuk mengislahkan keluargaku, especially bab ibadat. Aku mahu memasuki syurga dan aku juga mahu ahli keluargaku masuk ke dalam syurga.

Teringat pula tentang salah satu kelebihan mati syahid setelah membaca novel sejarah: Ikramah, iaitu diperkenan memberi syafaat kepada 70 orang ahli kerabatnya. No wonder ada diantara sahabatku yang katanya cita-citanya adalah mati syahid.

In conclusion, love your family. No matter how they are to you (good or bad), always search for their bright side. They're apart of you. Wassalam.

"Cergaskan dirimu sentiasa"