28 August 2008

MY TEAM...ANTARA KENANGAN DAN CABARAN MENDATANG

MY TEAM...ANTARA KENANGAN DAN CABARAN MENDATANG
PENULIS:AL-FAQIR ILA ALLAH MOHD BUKHARI BIN HASHIM


Slot 1



Muqaddimah

Setelah berlalunya pemukiman kehidupan matrikulasi setahun lepas, terasa terpanggil untuk diriku menulis mengingati diriku dan ashabku (MY TEAM) selaku insan yang pernah menghirup udara segar atmosfera matrikulasi tentang nikmat ukhwah bersama dan justifikasi kehidupan kami selepasnya.

Pelbagai duri kaca perjalanan serta manisan madu gula yang menggamit hati untuk dimuhasabah kembali. Persoalan yang ingin dikemukakan penulis dalam tulisan ini merangkumi dua aspek, pertama mengimbau kembali asas-asas kenangan serta faktor pemangkinnya dan kedua rintangan yang bakal melanda amilin jalan itu untuk meneruskan landasan titian hidupnya.




Kenangan Terindah Kami

Murshid yang mengambil berat keatas diri kami



Antara faktor dominan yang menjadikan diri penulis dan ashab kekal dalam perjuangan adalah adanya mudarris (pengajar) yang bersifat mursyid (penasihat), murabbi (pentarbiyah), muaddib (pembentuk akhlak) dan muallim (pemberitahu).

Mereka sentiasa mengambil berat tentang kami sama ada dari sudut fizikal kami seperti sakit sihat kami, permasalahan pembelajaran, kewangan, pergaulan dan kepimpinan serta sudut rohani kami seperti solat dan amalan agama kami.

Apabila mereka melihat kami jauh dari ALLAH mereka akan terus menasihatkan kami, bila kami murung akan mendekati kami, bila kami jarang bersamanya akan bertanya kemana kami pergi serta permasalahannya, bila kami kekurangan idea serta kelemahan gerak kerja, mereka akan membantu serta membangunkan diri kami.

Inilah diantara penulis rasakan kehilangannya ketika ini bila tiada penasihat yang memberi sumbangan seperti mereka. Terima kasih semua murabbiku, andalah permata mutiara pembakar semangat kami (Dedikasi khas buat semua pensyarah khususnya Ustaz Ghazali dan Ustazah Rosma)


Variasi program tarbiyah membangunkan kekuatan individu muslim



MY TEAM bukan sahaja memfokusi terhadap pembentukan ruhiyah diri individu malahan menekankan keperluan-keperluan tarbiyah lain yang dituntut ke atas individu muslim.

Masjid sebagai tempat penyatuan, pangkalan strategi gempur, kem pembangunan kepimpinan dan pelbagai aspek lain diguna pakai untuk memastikan ahli MY TEAM yang bekerja di jalan ini mengetahui bahawa segala perbuatannya adalah ubudiah (perhambaan) kepada Pemilik Alam Ini dan Raja Segala Raja yakni ALLAH.

Kita bukan sahaja menekankan solat berjemaah,berzikir,solat nawafil dan membaca zikir-zikir lain seperti Al-Quran dan Al-Mathurat malah dalam aspek kekuatan fizikal seperti bermain di padang, kemahiran menguasai massa dan percaturan kolej, kekuatan menghadapi tekanan, persediaan akademik


Keterlibatan aktif MY TEAM dalam aktiviti kolej



Perlu diingati bahawa sejarah MY TEAM pernah memenangi tempat ketiga bola tampar lelaki dan perempuan (saya ingat muslimin je) serta melayakkan diri ke separuh akhir bola sepak Karnival Kokorikulum Kolej Matrikulasi Pahang. Malah MY TEAM mempunyai wakil yang hebat dalam sukan golf (cuba teka siapa...) dan wakil dalam sukan skuasy.

Bukan sahaja di padang, malah dalam arena pentas MY TEAM pernah menghantar 2 pasukan pantun dan satu pasukan debat ke pertandingan kolej sehinggakan layak ke pertandingan separuh akhir (dalam perkara ini penulis adalah insan yang sentiasa berjaya menarik diri dari berada di atas pentas, minta maaf ashabku sekalian.

Bukan itu sahaja, malah dalam aktiviti kemasyarakatan MY TEAM menjadi juru bicara ummah sentiasa memberi perhatian kerana sedar perbuatan dapat mengatasi lisan yang bercakap.

Jadi MY TEAM sentiasa menjuarai isu kebajikan seperti menghantar wakil ke Kedah selama seminggu dalam Program Anak Angkat, menghantar sebahagian besar ahli ke Program Pembersihan Makam Mat Kilau dan pelbagai aktiviti kebajikan kolej seperti mengutip derma untuk pelajar kesulitan.


Bersambung Slot ke 2....

**tulisan ini tidak bertujuan untuk membangga-banggakan kumpulan. Harapan pihak SA ialah pembaca dapat menceduk ilmu dan semangat MYTEAM agar dapat membina satu kumpulan yang jauh lebih baik, insya Allah

3 comments:

Terima kasih kepada Kori yg sudi menghantar artikel. Satu perkongsian yg baik saya kira.

Pada saya, kekuatan MY TEAM ialah dengan kurnian 5 pemuda hebat dari Allah. Kori, Wali, Mat, Kimi dan Aji (yg maen golf..). 5 pemuda inilah yg menjadi 'think-tank' terhadap perjalanan tarbiyah MYTEAM.

Dari pihak muslimat, memang ada sebilangan yang terbentuk dari tanzim sekolah. Namun tampak jelas perbezaan, yg bagi saya membenarkan teori Al Ghazli; Lelaki itu kaya pada RASIONAL dan perempuan itu kaya dengan EMOSI.

Rasional dan Emosi apabila digabung-jalinkan, ia menjali satu elemen yang amat kukuh.

Saya masih ingat, muslimat resah gelisah apabila diarahkan mengendali liqa, LDK, disuruh memberi kuliah yg situasinya adalah BERSAMA MUSLIMIN. Dari pihak kami yang masih 'fresh', muslimat tak sepatutnya dikedepankan apabila adanya muslimin. Ya, kami MARAH GILE dengan muslimin mase tu. Sampai korang kene pujuk, bg handsock. Haha...

Tapi apabila terjun ke dunia luar, saya amat bersyukur dengan latihan tersebut. Nyata, dunia luar bukan dunia yg hanya didiami oleh golongan sefikrah dengan kita. Muslimat perlu ke depan.

Sambung jap lagi.. Ado kelas..

ana byk kali trfikir,ap kekuatan y ad pd myteam shggakan smpai skrg myteam msh hidup.sume shbt myteam stll truskn prjuangan kt kmpus msg2.alhamdulillah,x melampau klu ana katakan ni hasil tarbiah drpd murabbi n 'ustaz2' myteam sndri.kami di phk mslmt mmg dpt rsa,klu sblm ni kosong tp bl dh keluar sgt rasa terisi.walupun kdg2 ad salah fhm tp tu sbnrny y mnjadikan ukhwah lg indah.y baik kte ambk,y xbaik pun kte ambk,u pengajaran.y pntg kna ad kesefahaman antr kte,slg back up each other. syukran ye shbt2 myteam.

salam.. sy seringkali ap sbnrnya y mnjd kekuatn myteam, y mnjdkn saya 'terpaut' dngn krja2 islam. Sy jg brfkt bagaimn ingn mnjdkn sy y kini sprti sy y dulu. pd sy, kekuatn utamanya adlh ukhuwh. Krn kmnsn bkrja u islam itu akn trs bila adanya kemanisn ukhuwah.Kengn y sntiasa diingati itu adlh jg krn ksnnya kmnsn ukhuwh itu. Pd sy, kmnsn ukhuwh diantara myteam ini adlh krn brtemunya kita semua ats 1 asbb. Pertemuan y sngt x djngka. Sy mengaku, dr phk mslmt sy sngt trksn dngn trbiyah dr 3 orng shbt : khalisah, tiqah dn k ngah. satu method y sngt bleh diterima o jiwa sy. dn mmng xdinafikn trbiah dr 'ustz2' y mnjdkn myteam lbh kuat. Tak sbr rsnya u keluarn slot strsnya article ini.. Cbrn mndtng?? mg tegar mnghadapinya..