15 June 2009

LAMEGA 09 di Kelantan

Alhamdulillah pada 29/5/09 saya sekali lagi berpeluang terlibat dengan program Lambaian Menara Gading (LAMEGA 09) selama 3 hari. LAMEGA merupakan satu program khas untuk bakal mahasiswa Kelantan (lepasan SPM, STPM, STAM, matrikulasi) anjuran Markaz Siswazah Kelantan, MSK dan kerajaan negeri Kelantan. Program tahunan ini bertujuan memberi pendedahan tntang alam kampus kepada bakal-bakal mahasiswa Kelantan yang kebanyakan akan melanjutkan pelajaran di luar negeri Kelantan. Dan memang tidak dinafikan rakyat kelantan merupakan antara yang teramai merantau ke luar negeri.

Kali ini saya telah dilantik menjadi fasilitator mewakili kampus UMK yang mana fasilitator diambil dari wakil-wakil MSK kampus di kampus-kampus seluruh Malaysia. Tetapi, sedikit mendukacitakan kerana tidak semua wakil kampus yang dapat hadir. Mungkin ini adalah antara masalah yang dihadapi oleh pihak penganjur sepanjang bertahun-tahun program LAMEGA diadakan.

Kali ini seramai lebih 200 peserta menyertai program, mungkin sudah kuotanya 200 sahaja disebabkan penginapan yang tersedia itu sahaja. Berdasarkan pengalaman saya sebagai AJK pendaftaran LAMEGA tahun lepas, kami terpaksa menutup penyertaan bagi yang terlewat mendaftar. Dan ada juga yang komen menyatakan ketidak-puasan hati mereka kerana tidak berpeluang menyertai program ini sehinggakan ada yang mencadangkan supaya menutup penyertaan kepada lepasan matrikulasi. Tahniah MSK atas kajayaan ini. Dan seperti kebiasaannya peserta muslimat lebih ramai dari peserta muslimin. Tidak silap peserta mslimin ¼ sahaja dari peserta muslimat. Walaubagaimanapun tahniah kepada semua peserta.

Seperti tahun-tahun sebelumnya LAMEGA mnjadi tarikan kepada kebnyakn pelajar-pelajar sekolah Yayasan Islam Kelatan, YIK seperti Maahad dan SMU dan hanya segelintir sahaja pelajar dari sekolah biasa dan matrikulasi. Bukan ingin dikatakan pelajar-pelajar sekolah YIK sudah bagus dan tidak perlu lagi menyertai program ini tetapi persoalannya, pelajar-pelajar tajaan YIK lebih mendapat mendapat pendedahan promosi untuk program ini berbanding pelajar sekolah biasa dan lepasan matrikulasi. Oleh itu, untuk tahun-tahun kehadapan sy mengharapkan promosi tentang program tahunan MSK ini perlu ditingkatkan untuk pelajar-pelajar sekolah biasa juga.

Seramai lebih 30 fasilitator dari pelbagai universiti yang hadir. Daripada program 3 hari ini saya juga berpeluang untuk berkenalan dengan sahabat-sahabat kampus lain dan berkongsi pandangan dan bertukar-tukar pendapat dalam menyemarakkan lagi agenda dakwah di kampus masing-masing. Ukhuwah itu indah jika ia kerana Allah.

LAMEGA kali ini telah dirasmikan oleh Dr Rosli Allani, Timbalan Pengerusi Yayasan Amal Kelantan yang juga merupakan Pegawai Khas Dato' Husam Musa. Manakala perasmian penutup pula Ustaz Baihaqi Atiqullah, Exco kerajaan Negeri Kelantan.Antara program2 yang disediakan untuk peserta adalah seperti slot IPT, slot Nisa' ceramah, riadah dan LDK. Antara penceramah yang dijemput adalah Saudara Nazman Che Iberahim (UTM) dan Ustaz A. Ubaidillah bin Alias.

Slot LDK pula lebih bertemakan peranan mahasiswa Islam sebagai khalifah da’ie ila Allah apabila melangkah ke alam kampus. Rumusan akhir slot LDK adalah gambaran kepada peserta tentang kehidupan di alam kampus dan menekankan kepada peserta bahawa pengajian di kampus bukan sahaja untuk belajar tetapi tanggungjwab yang dipikul lagi berat. Dalam slot IPT, peserta dibahagikan mengikut IPT pilihan mereka dan fasi IPT masing-masing menerangkan tentang IPT mereka sebagai persediaan kepada peserta sebelum melngkah ke alam kmpus. MSK juga mengambil peluang ini untuk memperkenalkan MSK di peringkat kampus seperti di kampus UKM sebgai PERDANA, UM sebgai PMKUM dan lain-lain lagi.

Akhir kata, tahniah kepada semua AJK yang terlibat, fasilitator, dan kepada semua yang terlibat sm ada secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan program LAMEGA kali ini. Tahniah juga kepada MSK dan kerajaan negeri kelantan yang telah berjaya meneruskan program LAMEGA pada tahun ini. Diharap LAMEGA dapat dilaksanakan lagi pada tahun-tahun hadapan dan segala objektif program tercapai.


Al faqirah Ila Allah,
Wan Afifah Wan Ghazali
LIM MyTeam

0 comments: