Artikel ini ditulis bersumberkan pandangan penulis hasil dari pembacaan, konvensyen dan seminar yang dihadiri. Semoga gagasan idea yang direncanakan dapat membuka minda keseluruhan mahasiswa dalam menjadi nadi Gerakan Mahasiswa yang sememangnya menjadi tulang belakang negara dalam menjaga banyak kemaslahatan ummah yang digegar saban saban hari. Arus perubahan yang membuka kepada dimensi dunia yang mempunyai nilai benar, amanah, keilmuan dan saling menampung dapat disegerakan dengan lahirnya pejuang yang luhur dari saff pelajar (mahasiswa).
Revolusi dan evolusi sememangnya menjadi suatu kepastian dalam Gerakan Mahasiswa sedunia. Gerakan Mahasiswa Islam sememangnya memerlukan suatu daya lonjak dari masa ke masa dari segi sudut gerakan yang sememangnya menelusuri sistem Tarbiyah Madrasah Rasulullah yang tetap dengan matlamat dan prinsip perjuangan dan fleksibel dari segi uslub (kaedah /method) yang digunapakai serta bersesuaian dengan zaman yang dilaluinya. Revolusi menunjukan suatu daya lonjak yang besar berbeza dengan evolusi dimana evolusi berlaku secara beransur-ansur manakala revolusi adalah perubahan mendadak dalam struktur suatu sistem mahupun ‘rupa’.
Kini mahasiswa secara umumnya mengalami suatu proses transisi dalam mengenali ertikata sebenar ‘politik semasa’ yang dianggap tidak berintegriti kerana sering berubah seperti hanya mengikut arus media perdana atas kesan pembawakan pemimpin besar yang mencengkam negara sahaja . Mengetahui kondisi mahasiswa yang zahir dan batinya hanya terikat dengan pegangan tuntutan agama, nilai intelak dan fitrah manusia yang luhur menjadikan mahasiswa sebagai agen perubah semasa dalam agenda perubahan negara yang semakin membangun atau runtuh. Mahasiswa mempunyai pandangan yang cekap dan telus kerana pemikiran mahasiawa belum lagi diwarnai sepenuhnya kekusutan dan kekalutan hidup dibekalkan mempunyai daya juang kepemudaan yang tinggi. Saidina Ali pernah mengatakan bahawa ‘Jika hendak lihat negara pada masa hadapan, lihatlah golongan mudanya pada masa kini’. Perihal ini menjelaskan persoalan yang terbungkam sekian lama bahawa perlukah mahasiswa diletakan di dalam kondisi yang dikepung dari menjalankan fungsi sebagai masyarakat biasa di dalam negara dalam menggerakan kelompok masyarakat itu sendiri dalam segala hal. Saya yakin dan pasti bahawa mahasiswa akan lebih cepat matang dalam menggerakan agenda pembangunan masyarakat tanpa rantai yang yang selama ini telah mengikat golongan mahasisawa di mana dengan sekatan yang ada sehingga masa kini.
Renungkanlah kata-kata Bapak Mohamad Natsir, seorang tokoh cendikiawan Islam Nusantara yang hidup sezaman dengan Sukarno dan Hamka dimana di dalam bicaranya menyebutkan;
“ Bisa ada percetakan yang mampu mencetak mencetak pemimpin, pemimpin tidak lahir di bilik-bilik kuliah dan tutorial, tetapi tumbuh dari hempas pulas kancah, muncul di tengah-tengah pengumpulan masalah, menonjol di kalangan rakan-rakan seangkatan, lalu diangkat dan dijulang oleh ummat”
‘Politik Baru’ yang digagaskan oleh sebilangan pemimpin dari terdiri dari pimpinan dari ahli akademik dan pimpinan politik serta keseluruhan pimpinan mahasiswa kini di peringkat nasional sendiri seolah-olah telah mengiakan tsunami politik yan telah berlaku di nagara-negara luar dan dialami sendiri oleh Malaysia menjadi suatu tuntutan yang pasti dalam membuat perubahan kea rah yang lebih demokratik secara keseluruhanya. Demokrasi yang telah tercemar akibat kerosakan sistem politik negara yang dipanggil ‘politik lama’ telah menjadi seolah-olah ‘tokak luka’ atau barah yang harus dipulihkan. Persoalanya mahasiswa perlu menjadi pejuang yang lebih agresif dalam menyatakan revolusi politik diperlukan oleh negara dan bukanya evolusi yang mempunyai ‘roh’ politik yang lama. Keseluruhan mahasiswa seharusnya tidak bisa dipalitkan dengan suatu cemar (yang terdapat dalam politik lama) kerana terdiri dari golongan yang berkapasiti intelek yang tinggi.
Agenda ‘Politic of hope’ sebagai dimansi politik baru perlu disegerakan oleh mahasiswa bagi menggantikan politik lama dalam dimensi ‘politic of fear’ yang masih
digunapakai oleh sebilangan pemimpin di Malaysia walaupun terdiri dari ahli akademik sendiri seperti di kampus-kampus di mana hilangnya maruah dan nilai pandang dengan ilmu oleh segelintir ahli akademik. Ini turut digagaskan sendiri oleh Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Malaysia, Dato’ Saifuddin Abdullah dan disokong sendiri oleh ahli akademik baru yang tersohor iaitu Datuk Naib Canselor UTM sendiri. Faktor ‘fear’ masih lagi digunakan dan menebal di kalangan sebilangan kecil ‘sang penguasa’ di kampus menyebabkan gerakan mahasiswa ditekan dan terkesan kepada semua kelompok mahsiswa. Situasi ini tidak akan menyokong sendiri Pelan Pembangunan Mahasiswa yang digagaskan oleh Datuk Naib Canselor yang bakal dijalankan.
Persoalan sehingga saat ini, adakah mahasiswa sudah benar-benar memahami realiti idealisme dan gerakan mahasiswa yang harus digerakan. Fikir-fikirkan?????
Ikuti sambunganya......
hadid_as-syabab
14 June 2009
REVOLUSI MAHASISWA DALAM MENJADI AGEN PEMACU ‘ POLITIK BARU’
Posted by Nur Azim Fahada Bin Ahmad on Sunday, June 14, 2009. idealisme,pembangunan - 1 comment
1 comments:
Tulisan yang mantap. Baru baca secara kasar, belum dapat absorb sepenuhnya lgi. Ins Allah
Post a Comment