30 October 2007

HILANGNYA KHILAFAH ISLAMIYAH

Oleh : Alfaqir Mohd Bukhari bin Hashim

الحمد لله نحمده ونستعينه ونستغفره ونعوذبالله من شرور انفسنا ومن سيئات اعمالنا من يهد الله فلا مضل له ومن يضلله فلا هادى له والصلاة والسلام على من لا نبى بعده


PENDAHALUAN

Tangisan dan penderitaan umat islam hari ini kedengaran di mana-mana.Perisai umat yang sepatutnya melindungi dari kepelbagaian torpedo serangan (mental dan fizikal) telah hilang sejak kehilangan khilafah Turki Uthmaniah seperti tercatat dalam sejarah:

3 Mac 1924 – Berita pembubaran khalifah dan pemisahan antara agama dan urusan pentadbiran negara disiarkan secara rasmi. Sultan Abdul Majid diperintah keluar dari Turki

DETIK-DETIK KEJATUHAN

• SEBELUM KEJATUHAN KHILAFAH
    – Orientalis
    – Kristianisasi
    – Memutuskan hubungan dengan pemerintahan pusat
• SEMASA KEJATUHAN KHILAFAH
    – Penyebaran Nasionalisme
    – Sekularisme
• SELEPAS KEJATUHAN KHILAFAH
    – Al Quran tidak dijadikan perlembagaan dan rujukan mutlak

SEBELUM KEJATUHAN

Orientalis

Pasukan terdepan yang membuka jalan bagi missionaris untuk menimbulkan keraguan kaum muslimin terhadap akidah Islam. Mereka berupaya merentas jalan bagi misi kristian untuk mencela agama Islam dan Nabinya saw. Sudah tentu dengan berbagai cara sulapan ilmiah yang mereka istilahkan dengan pengkajian dan istinjaj tahlili (inference analysis).

Kristianisasi

Tidak ada jalan untuk memurtadkan kaum muslimin selama akidah Islam masih hidup dalam hati mereka. Kerana itu usaha Kristenisasi melalui Perang Salib mengalami kegagalan kerana akidah pada tentera islam.Serangan pemikiran melalui penubuhan maktab perguruan berselindung kristian, biasiswa ke Negara eropah, prasana moden barat dan seminar intelektual diadakan di Negara islam untuk mempengaruhi bahawa barat moden dan kehadapan.

Memutuskan Hubungan dengan pemeritahan pusat

Melakukan serangan bersenjata dan politik. Maka terjadilah kesepakatan antara dua Negara (Perancis dan Inggeris) pada waktu itu untuk memotong akar daulah Islamiah dan membagi-bagikannya untuk mereka.

SEMASA KEJATUHAN

Penyebaran Nasionalisme

Untuk menjauhkan Islam,mengosongkan aturan sosial politik dari ajara Islam. Kemudian menempatkan filsafat dan akidah lain sebagai pengganti akidah Islam, dan untuk menjauhkan hubungan negara Islam yang satu dengan yang lain. Sebaliknya untuk menjalin hubungan yang akrab dengan bangsa-bangsa lain yang beragama berhala yang begini belum pernah terjadi selama ini. Dengan demikian maka putuslah hubungan antara negara Islam yang satu dengan negara Islam yang lain. Ikatan dan hubungan kebudayaan menjadi kendur. Dan akhirnya mereka memporak–porandakan hubungan ukhwah Islamiah..

Sekularisme

Penerapan pemisahan agama dengan kehidupan kerana agama merumitkan kehidupan dan beranggapan manusia mampu mentadbir dunia dengan kekuatan fikiran.


SELEPAS KEJATUHAN

Menjauhkan Al-quran dalam kehidupan

Kata-kata Zwemer di dalam muktamar pendakwah kristian di Quds.
“ Sesungguhnya perancangan kamu terhadap dunia Islam hendaklah untuk melahirkan generasi yang tidak mengenal hubungannya dengan Allah dan tidak berkeinginan untuk mengenaliNya, kamu mengeluarkan mereka dari ajaran Islam tetapi kamu tidak mengkristiankan mereka. Dengan itu, akan lahir generasi muslim yang bertepatan dengan kehendak kita (penjajah) , generasi yang tidak mengambil berat pada perkara-perkara besar, generasi yang suka berehat dan pemalas, generasi yang menggunakan sepenuh keupayaan dalam kehidupannya untuk syahawat, apabila belajar adalah untuk syahawat keduniaannya, apabila mengumpul wang adalah untuk syahawat keduniaannya, apabila mendapat kedudukan dalam kepimpinan adalah untuk syahawat keduniaannya”

Formula Kebangkitan

“Generasi muda ialah rahsia kehidupan ummat dan sumber matair kebangkitannya. Sejarah ummat ialah sejarah para tokoh yang dilahirkannya, yang memiliki aqliyah yang kuat dan ruh yang membara. Kuat lemahnya umat sesungguhnya diukur dari sejauh mana kemampuan ‘rahim’ umat itu melahirkan tokoh – tokoh yang memenuhi syarat rijal yang sebenarnya…” [Al Banna: Hal Nahnu Qaumun Amaliyun]

Peranan Pemuda Islam

    1. Membina peribadi muslim. Peribadi yang sentiasa diasuh dengan setiap ajaran Islam mampu menghadapi setiap cubaan dan dugaan hidup. Kerana ia sentiasa terarah kepada syurga Allah.

    2. Memilih teman yang baik. Maksudnya teman yang sentiasa menegur kepada kebaikan dan sentiasa membimbing ke arah jalan yang lurus mengikut yang dikehendaki oleh Allah. Teman inilah juga sebagai pembantu dalam perjuangan Islam.

    3. Bersama dengan gerakan Islam. Gerakan tersebut mestilah memenuhi ciri-ciri gerakan yang syumul mengikut kaedah Islam dan mempunyai matlamat menegakkan Khilafah Islamiyah mengikut kaedahnya.


PENUTUP

Semoga kita sentiasa menjadikan diri kita orang yang berjuang untuk menegakkan kembali Khilafah Islamiyah dan meletakkan Islam kembali ke tempatnya setelah sekian lama momentum perjuangan ini tidak dijanakan dengan sebaik mungkin.Perancangan teliti dan penggunaan sumber tenaga yang terarah mesti difikirkan dan diresolusikan demi mencapai sasaran yang kita inginkan.


MOHD BUKHARI HASHIM
KULIAH PENGAJIAN ISLAM DAN BAHASA ARAB
INSTITUT PERGURUAN ISLAM SELANGOR

0 comments: