“Barangsiapa yang bertakwa kepada Allah, nescaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar dan memberinya rezeki dari punca yang tidak disangka-sangka. Dan barangsiapa yang bertawakal kepada Allah, nescaya Allah akan melaksanakan urusan (yang dikehendaki oleh-Nya). Sesungguhnya Dia telah mengadakan KETENTUAN bagi tiap-tiap sesuatu”
(Surah At-Thalaq, ayat 2&3)
video ini tidak mengandungi suara, dan menjadi gelap setelah di'upload' harap maaf
Alhamdulillah… Setelah menaiki penerbangan seawal 12.40 pagi, 26 haribulan September 2007 selama 12 jam,transit selama sejam lebih di Mumbai,akhirnya dua pasang kaki ini selamat menjejakkan kaki ke bumi penuh baraqah,bumi anbia’, kota seribu menara… Mesir. Bagaikan bermimpi di siang hari, tatkala dua pasang mata ini memerhatikan pemandangan bumi Musa dan Firaun dari tingkap kapal terbang Egypt Air, hati kami tertanya-tanya.. “Betul ke aku dah sampai Mesir ni?”.
Serasa baru semalam kami berbual kosong bersama sahabat-sahabat muslimat di Surau Al-Muttaqin, berbincang dan masing-masing mengulas mengenai novel Kang Abib, Ayat-Ayat Cinta. Di imaginasi masing-masing, tak terbayang betapa enaknya asir mangga saat diminum tatkala suhu mencecah 40 darjah celcius di Mesir, bagaimana agaknya situasi ketika bakul diturunkan dari tingkat atas ke bawah untuk membeli sayur dan buah-buahan, serta betapa gigihnya Fahri menadah ilmu dari imam-imam besar di sana. (muslimin,sila beli naskhah novel anda sendiri untuk mengetahui kisah selanjutnya kalau nak tahu). Semangat sungguh Fifah ngan Syi mem’promote’ novel ni kepada kami untuk dikhatamkan. Alih-alih, Allah pilih kami berdua untuk merasai sendiri nikmat dan cabaran menuntut ilmu di bumi baraqah ini. Alhamdulillah,segala puji bagi-Nya…
Setelah mengambil bagasi-agasi kami yang berkilo beratnya, kami dibawa melawat simbol kemashuran Mesir ,satu daripada benda ajaib kat dunia ni, piramid kat Ghiza. Ada 3 semua,yang masih elok; piramid Khufu’, Khufra’, Monkara, dan satu patung kepala singa, ‘sphink’, melambangkan penjaga kepada ketiga-tiga makam firaun tu. Lepas piramid, kami melawat pula Kol’ah Salehuddin Al-Ayyubi, kubu yang dibina sekitar tahun 1172 – 1183 M bertujuan sebagai benteng pertahanan terpenting bagi menangkis ancaman dan serangan tentera salib. Waktu melangkah masuk dan melawat sendiri muzium ketenteraan, terpana sebentar kami tatkala melihat rentetan sejarah kegemilangan pemerintahan Sultan Salehuddin Al-Ayyubi dan kegigihan baginda menumpaskan tentera salib. Dengan ketinggian tembok mencapai 10 meter dan tebal 3 meter serta kedudukannya di atas Bukit Muqattam, kubu ini pernah menjadi Istana Negara pada waktu itu.
Malamnya, kami dibawa ke penempatan kami. Imarah Dr.hussein, khusus untuk akhawat sahaja. Alhamdulillah, tempat tinggal yang pada kami, memang sangat-sangat bersyukur dengan apa yang dikurniakanNya. Berjalan kaki ke kuliah hanya mengambil masa 15-20 minit sahaja. Memang sangat dekat! Syukur di atas segala rezekiNya...
Pagi 31 Ogos,2007, kami dibawa ke Stadium Kelab Sukan Nasr City Kaherah, Mesir. Tujuannya,tentulah untuk menyambut 50 tahun kemerdekaan Malaysia! Hmm.. lebih kurang kat Malaysia je sambutannya, cuma lagi sederhana, dan pastinya dalam suasana penuh kesyukuran. Dimulakan dengan bacaan doa,ada perarakan jugak, ada persembahan silat, dan ada nasyid. Dan yang pasti jugak, ’takde’ konsert heboh-heboh dan acara yang sewaktu dengannya.. Alhamdulillah. Malam sebelum tu, kami tidur kat Dewan Malaysia Abbasiyyah Kaherah @ bahasa ’omputeh’nya, ARMA. Kira ni Malaysian Hall la.
Rasanya,cukup sampai di sini dahulu catatan pertama kami sepanjang berada di sini.. InsyaAllah, di lain waktu dan kelapangan,kami akan cuba lagi mencoret sesuatu buat tatapan sahabat-sahabat di tanah air. Kami sangat-sangat mengalukan cadangan dan komen sahabat-sahabat supaya artikel ini dapat diperkemaskan di masa hadapan. Di kesempatan ni, kami nak mintak maaf banyak-banyak dengan sahabat-sahabat, sebab sepanjang kita berukhwah dan bekerja selama ni, rasanya memang banyak hati masing-masing yang terluka. Halalkan makan minum, doakan kejayaan kami, agar kami dapat pulang ke Malaysia, untuk berbakti dan berkhidmat demi islam. SALAM AIDILFITRI!!!
p/s : (Walau puasa masih berbaki 2 hari,namun nak kongsi jugak!!!) Ramadhan tahun ini adalah satu pengalaman yang syahdu dan menginsafkan bagi kami.. Namun yang paling menarik untuk dikongsi, sepanjang bulan mulia ni, hampir semua penduduk yang kami temui akan membawa bersama Al-Quran dan dibaca di waktu lapang. Tak kira pak guard, pak cik kedai runcit, abang jual topup, orang yang jual sayur ngan buah, penumpang bas ngan teksi, semuanya tak ingin melepaskan ganjaran berlipat ganda di bulan puasa ni. Agaknya,bila la nak tengok budaya membaca Quran ni di Malaysia ye??? Sama-sama kita doakan dan kepada sahabat-sahabat yang membaca artikel ni,tak salah andai anda memulakan dulu budaya ni.. Bila sorang membaca, 10 orang lagi tertarik dan mengikut sama, bukankah anda sudah memulakan usaha membentuk generasi membudayakan Al-Quran ni??? SELAMAT MENCUBA!!!
(huhu..macam nak masakla pulak...^-^)
Nik Nur Fariha Zalami & Nur Hanis Shifuddin
+20166592031 & +20166459054,
Perubatan,
Universiti Mansoura,
Mesir
2 comments:
assalamualaikum.harap antuma brdua trus menulis n hidup bahagia di ardhul kinanah.HRP Antuma bleh tulis tentang keindahan menuntut ilmu agama di mesir,ulamak2 di sana terutama ulamak ikhwan serta biah solehah pnduduk sana yang kami bleh praktikkan di MALAYSIa.doakan saya jadi ulamak amilin...insyaALLAH
Tahniah kerana berjaya melaksanakan taklifan, huhu.. terharu daku...
Mengimbau kembali pengalaman (perasaan sebenarnye) membaca AYAT-AYAT CINTA, tentang budaya membaca AQ di mana-mana yg akhirnya Syi, Hanis n Jue praktikkan mase RM (bce kat pondok bus), mmg terasa seronok andai budaya itu dapat dibawa bersama2 shbt, msyarakat amnya.
Benar, apabila seorang mula membaca, org yg disebelah (andai jiwanya lembut) akan terpengaruh untuk membaca sama. Tapi terkadang masyarakat kita meletakkan AQ di tempat yg terlalu special, hinggakan nk dibawa keluar terasa menjadikan kitab itu tidak suci lagi.
Walhal galakan membaca adalah dimana-mana, asalkan tempat itu bukan kediaman iblis (kotor, terlalu banyak maksiat dan sebagainya).
Meh generasi myteam mulakan budaya ini. Jika org cina boleh membaca surat khabar dengan bangganya (angkat surat kabo komain tinggi lagi), kenapa tidak kita membaca AQ dengan lebih rasa bangga, membesarkan mukjizat kebesaranNya?
Post a Comment