15 October 2007

Suatu hari di hari raya.....

ALLAHUAKBAR ALLAHUAKBAR ALLAHUAKBAR
LAILAHAILLALLAH HUALLAH HUAKBAR
ALLAHUAKBAR WALILLAH HILHAMD

Kedengaran suara takbir dari masjid berdekatan menyedarkan dua pasang mata ini dari lena yang sebentar cuma dek kerana kesibukan membuat kek pada malam sebelumnya. Oleh kerana ketidakcukupan bahan untuk membuat kek, (da siap masuk cheese baru tahu bahawasanya tak beli ‘baking powder’! ) ditambah pula dengan faktor usia yang setahun jagung di dapur, menyebabkan kami mengambil keputusan untuk membuat ‘closed house’ , dan hanya membuat perancangan untuk menyerang rumah-rumah lain yang meng’open’ pintu rumah masing-masing, terutamanya kakak-kakak senior medic. Maka pada pagi raya yang hening tu, berjalanlah kami untuk ke rumah kakak tersebut. Sangat menghairankan, kerana pada saat jarum jam menunjuk ke pukul 7.30 pagi, tidak ada sebarang tanda-tanda pun bahawasanya hari itu adalah 1 Syawal ! Yang ada hanyalah dua,tiga orang kanak-kanak arab yang seronok bermain perang bersama rakan masing-masing, menggunakan pistol plastik. (baru beli pakai duit raya agaknya…)

Tepat jam 7.35 pagi,kami sampai ke rumah senior tersebut. Kak Una dan K.Irhaam menyambut mesra kedatangan kami,sekalipun kami datang dengan tangan kosong. (Sempat buat sejenis biskut raya je, tu pun da tinggal sekerat balang waktu malam raya… ) Mengikut perancangan, kami akan bersembahyang raya pada pagi itu dengan berimamkan ustaz pengajian islam, dan mungkin akan ada seorang dua senior medic ikhwah. Sememangnya, para pelajar akhawat tidak digalakkan untuk solat di masjid, atas sebab-sebab keselamatan. Bumi Anbia’ ini sememangnya diisytiharkan darurat, mungkin terkesan dengan perang-perang terdahulu. Kerana itulah mereka sentiasa dalam keadaan berjaga-jaga. ( On the way nak pergi kuliah tiap-tiap hari pun boleh tengok trak askar atau polis mengawal keadaan sekitar )
Kembali ke cerita asal. Pada jam 8.30 pagi, kami mula solat sunat hari raya. Sebak, syahdu, syukur, terharu, dan segala variasi perasaan menghiasi hati kami, tatkala takbir raya versi Malaysia bergema dari peti suara ustaz tersebut. ( Kat Mesir, takde takbir raya berlagu dan mendayu macam kat Malaysia…) Syukurnya, Allah masih memberi kesempatan kepada kami untuk menyambut 1 Syawal ini, apatah lagi di bumi anbia’ ! Alhamdulillah… Syukur dengan rezeki-Nya.

Selesai sesi luahan hati yang sedih-sedih, kini tiba masanya mengisi perut yang memang sengaja dikosongkan awal-awal, supaya nanti banyaklah ruang yang boleh di`topup’. Terpana sebentar melihat hidangan di atas meja. Soto, rendang, nasi himpit, kuah kacang, roti jala, mee kari, kek coklat….. ( u name it, u got it! ) Belum masuk lagi dengan segala macam kuih dan biskut raya yang bermacam kaler , rupa dan rasa lagi tu… Subhanallah, terfikir sebentar. Larat ke perut ni nak proses? Muat ke usus ni nak tampung?? Berdaya ke nanti nak bawak diri ni balik rumah??? Nasib baiklah ada yang pandai sediakan semua ni, takdela kempunan sangat kami kat sini. Walau tak sesedap air tangan bonda dan umi di kampung, yang penting cukup gula garam, jadila tu... Syukur, syukur, syukur….. Alhamdulillah. Dalam pada mengisi abdomen tu, sempat jugak mulut ni menanya. “ Kak, pesal orang-orang arab ni senyap je? Diorang buat sesi muhasabah ke pagi-pagi raya ni? Ke terlupe kunci jam nak bangun pagi?”

Akak tu pun tolonglah jawab persoalan yang menyerabutkan sereberum tu.. “ Dik, tradisi kat sini tak sama macam kat Malaysia. Diorang ni, lepas sembahyang raya, pakat ramai-ramai pergi taman. Kira buat ‘family gathering’ kat tamanla. Mane boleh buat kat rumah. Ruang rumah yang ada tu cukup-cukup je untuk ahli keluarga diorang. Kalau nak raye jugak ngan diorang, bolehla pergi join diorang berkelah pasni..”

“ Oooo… Gitu upenye… Tak join kot kak, perut ni dah bagi signal suruh stop makan dah ni…” Selamba jawapan yang terkeluar membuatkan akak tu tersenyum sampai telinga.
Tapi kalau kat Malaysia, agak-agak kalau pergi taman time pagi raya, panorama sama kot. Cumanya, yang lagi majoriti, pasangan anak-anak muda berlainan jantina yang datang memeriahkan taman-taman tu. Nauzubillah..... Harap-harap tahun ni, dah tak macam tu lagi.

Memang meriah sambutan yang dibuat. Kedatangan sahabat-sahabat lain, bersama-sama pelbagai jenis biskut raya hasil download resipi dari internet, sesi ramah tamah dan bergambar mengikut warna baju menambahkan lagi keseronokan pagi syawal tersebut. Namun sudah menjadi lumrah, hati ini tetap terpanggil untuk teringatkan kampung halaman yang baru sebulan setengah ditinggalkan. Macammana agaknye raya tahun ni tanpa aku? Ramai ke sedare mare datang? Menu pagi raya sama macam tahun lepas, ataupun makin best? Bestnye main bunga api ngan mercun lawan jiran sebelah rumah..... ( amaran keras! Perbuatan ini bukan untuk dicontohi...! ) Malam raya 1st mesti seronok, adik beradik belah ayah ngan mak pakat kumpul ramai-ramai, buat BBQ. Dan yang pasti, raya tahun ni, gambar aku takde dalam family photo, + tak dapat duit raya dah. Hmmm... Opps.. Kami juga tak lupa memikirkan keadaan sahabat-sahabat sekalian.. (Mesti r ingat! Kang kecik ati plak kalu kami tak ingat... ) Mesti semua pakat-pakat sibuk naik bas balik raya. Agaknya tiket dah dibeli masa 1 Ramadhan lagi kot. Pastu, mesti bengang gila kalau pak cik driver tu jalan lewat. Jumpa mak ayah, jumpa sdare mare, sahabat lama, jiran-jiran, binatang kesayangan... Hmmm..
Pesanan kami, kepada sahabat-sahabat dan diri kami sendiri, hargailah masa bersama keluarga. Dah duk jauh nanti, tambah pulak kalau dah berkeluarga, memang nyesal sangat, rasa macam banyak benda tak buat masa ngan family dulu. Masa mintak ampun, mintak maaf tu, make sure betul-betul ikhlas! Ada masa, tak perlulah mak ayah atau adik beradik mintak tolong, cepat-cepat tawarkan diri untuk tolong. Luangkan sepenuh masa anda, terutamanya dengan mak dan ayah. Bila kita sudah berumur 18,19 atau 20 tahun ni, memang mak ayah sangat rindukan anak-anak mereka yang suatu ketika dulu sangat manja, sangat mengharapkan perhatian mereka. Diorang kalau boleh nak tengok semula anak-anak waktu kecik-kecik dulu, comel! Masa ni la nak rapatkan balik hubungan kekeluargaan tu, setelah hampir setahun bersua muka tanpa erti kemesraan yang sebenarnya. Dan lagi satu, ucapkanlah bahawasanya anda betul-betul sayangkan mak ayah, abang, kakak, dan adik-adik. Tell them you really appreciate them, and how much you miss the precious moments of the family togetherness. Don’t need to be shy to express those feelings, coz Allah had given us these sort of wonderful feels so that we love, care, and appreciate with one another. ( Stated in Al-Quran, but don’t remember which surah n sentence… )

Rasanya sampai di sini dahulu coretan kali kedua ini. Cuti raya yang sekejap (12-15 Oktober) menyedarkan kami untuk tidak terus hanyut dalam keseronokan berhari raya, kerana ada misi yang lebih penting untuk dilaksanakan di sini. Nawaitu sebenar kedatangan kami, Lillahitaala, untuk menuntut ilmu, ditambah dengan amanat yang tergalas di bahu kami sebagai anak, membuatkan kami perlu membuat persediaan rapi untuk kembali menyibukkan diri dengan pelajaran. Buat makluman sahabat-sahabat, kelas kami telahpun diasing daripada pelajar Arab, dan kuliah sekarang menggunakan hampir 100% Bahasa Inggeris. Alhamdulillah, syukur padaNya kerana memudahkan urusan kami. Awal bulan November ini juga bakal menyaksikan persediaan tubuh kami untuk menyesuaikan diri dengan musim sejuk. Berkenaan pengisian rohani, insyaAllah, kami akan mengikuti usrah dalam waktu yang terdekat. Buat masa sekarang, kami disuruh untuk memantapkan dahulu akademik, sebelum disibukkan dengan hal-hal lain. Sama-samalah kita mendoakan kejayaan masing-masing, dunia dan akhirat, agar nanti kita dapat bekerja untuk Islam, dan pada masa yang sama, tidak mengabaikan aspek-aspek lain yang turut menyumbang ke arah kemajuan diri, insyaAllah... Amiin.


p/s : Di sini turut disediakan artikel yang dipetik dari akhbar i-kon, Berita Harian mengenai tangisan. Baca,hayati dan kongsi bersama apa yang terkandung di dalamnya. Moga kita memperoleh manfaat bersama, insyaAllah… Dan perhatian untuk muslimin, artikel kat bawah ni memang sangat menjurus ke arah 'kejantinaan' anda, specially searched and dedicated for all of you! (Terharu...? Taknak baca lagi taktau r... huhu )

1 comments:

salam....
sedih,sayu,sebak,gembira n syukur setelah mmbc article2 dr ha n hanis..