Salam seindah ukhuwah buat sahabat-sahabat sekalian..
Sirrul Asrar (SA) dibangunkan demi mengeratkan tautan hubungan antara ahli myteam yg kini berjarak jauh antara satu sama lain. Hendak bersms, terkadang kredit lebih di'awla'kan untuk sesuatu yg jauh lebih penting. Oleh itu, pihak admin turut menyediakan 'shoutmix', yg kita dapat anggap ia sebagai tempat untuk berchatting secara online dan percuma. Alhamdulillah, 'kotak' itu nampaknya mendapat sambutan hangat dari sebilangan sahabat yang bertandang.
SA juga dibangunkan demi percambahan ilmu dan perkongsian maklumat dari semua. Kita sedia maklum, masing-masing menempuh hidup dan suasana di tempat yang baru di institusi masing-masing. Saya kira, banyak kisah-kisah yg menarik untuk dikongsi bersama. Malangnya, sahabat-sahabat kurang menggunakan post entry untuk menyampaikannya.
Buat masa ini, pihak admin telah pun memberi taklifan kepada beberapa sahabat untuk menambah cerita pada SA ini. Untuk makluman, ada antara sahabat gagal untuk menghantar artikel, gara-gara gagal untuk menempuh laluan 'sign in' blog ini. Dan tahukah kalian apa sebabnya? Hal ini kerana username 'muttaqin' telah mati (expired) dek kerana terlalu lama tidak digunakan!
Ini memberi satu bukti bahawa hampir tiada yg berusaha untuk menambah artikel melalui username 'muttaqin'. Atau mungkin langsung tiada sesiapa yang berminat untuk menulis?
CARA-CARA MENGHANTAR ARTIKEL
Di sini disediakan langkah mudah + terperinci untuk menghantar artikel. Diharapkan dengan langkah yg telah ditunjukkan, tidak ada lagi alasan untuk tidak menulis "Saya tak reti nak hantar".
9 October 2007
SA Yang Hampir Hilang Nyawa!
Posted by Miss X on Tuesday, October 09, 2007. - 2 comments
2 comments:
marah nmpk..
alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Allah setelah ana baca blog ni
masih ada lagi di antara kta yang mempunyai kesedaran mengenai Islam
semoga apa yang kita ada ni dapat disampaikan sebaiknya kepada orang lain
kita adalah ejen perubah, bukan ejen yang diubah oleh masyarakat yg rosak..
perjuangan yang bersenang lenang adalah perjuangan yg ada smthg wrong dalam die..
wallahu a'lam
mintak maaf mencelah.. hehe..
Post a Comment